Isi Kandungan
ToggleTip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Didakwa Ratah Tubuh Anak 3 Tahun, Perbuatan Durjana Dibuat Ketika Isteri Keluar Cari Nafkah
Bapa didakwa ratah tubuh anak 3 tahun, perbuatan durjana dibuat ketika isteri keluar cari nafkah. Terlalu kejam untuk seorang anak kecil melalui penderitaan begini.
Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung sebaliknya bertukar menjadi syaitan apabila didakwa meratah tubuh anak kecil berusia 3 tahun tanpa rasa kesal.
Menyesakkan dada, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika isteri keluar mencari nafkah untuk keluarga di negara jiran Singapura kerana suaminya tidak bekerja.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bapa Durjana Kena Hukum 426 Tahun, Jadikan 2 Anak Kandung Pemuas Nafsu
Ayah Durjana, Tergamak Cabul Anak Perempuannya Sendiri Yang Baru Berumur 12 Bulan!
Bapa Liwat Anak Ketika Di Tanah Suci Mekah, Lagi Keji Sampai Terkeluar Najis!
Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan yang mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
Pendakwaan bagi tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh dalam bilik air di rumah keluarga itu di Tampoi pada 13 Disember 2022.
Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius yang tidak boleh dijamin.
“Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang merupakan anak kandungnya dan wujud kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa,” jelasnya.
Mahkamah kemudian bersetuju tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebelum menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Difahamkan, tertuduh yang juga seorang penganggur ditahan pada jam 11 pagi, 28 Disember tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada isterinya iaitu ibu kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika isterinya yang juga rakyat tempatan keluar bekerja di Singapura dan ketika itu tertuduh hanya tinggal bersama mangsa dan juga dua anak yang lain, manakala dua lagi sedang bersekolah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkini, Penemuan Mayat Wanita Kulit Putih Dalam Kawasan Pencarian Nora Anne
Isi Kandungan
ToggleOperasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, memasuki hari kesepuluh hari ini sejak gadis itu dilaporkan hilang daripada sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.
Nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.
Penemuan Mayat Wanita Kulit Putih
Namun, terkini dimaklumkan pasukan mencari dan menyelamat dipercayai menjumpai mayat di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu pada 1.57 tengah hari ini.
“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu.
“Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.
Pasukan SAR Terbesar
Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.
Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.
Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi mayat itu ditemui.Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan mayat berkenaan dengan menaiki kereta.
MW: Apa juga keputusannya semoga pihak keluarga Nora Anne diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini hendaknya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup TAK KAHWIN Demi Tanggungjawab Jaga Ibu Terlantar Sakit & Adik OKU
Isi Kandungan
ToggleSanggup tak kahwin. Bukan kerana tiada jodoh tapi mungkin belum tiba masanya untuk dia berumahtangga. Memikirkan keadaan ibu dan adik tidak seperti orang lain. Jadi, biarlah dia menjaga mereka sehingga akhir hayat.
Cukup cekal dan bertanggungjawab, Hazana Abdul Hamid, 45 tahun sanggup tidak kahwin dan mengetepikan hasrat untuk mendirikan rumahtangga demi menjga orang yang disayangi.
Malahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjaga dua orang sekaligus yang sangat memerlukan perhatian. Sebaliknya, bagi Hazana semua itu sudah tanggungjawabnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Banyak Bersabar Dan Santuni. Itulah Cara Jaga Mak Ayah Sakit, Bukan TUNGGU
“Saya Tak Nak Menyesal&”, Sanggup Berhenti Kerja Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh
Sanggup Tak Kahwin, Jaga Mak & Adik OKU
Hazana yang bekerja di kedai makan berdekatan rumahnya di Kampung Beris Jambu, Jalan Panji di sini reda menjaga ibunya, Kamariah Daud, 88, yang terlantar sejak sebulan lalu dan adik tiri, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), cerebral palsy.
Hazana Abd Hamid, 45, berkata, dia tidak pernah lelah menguruskan ibunya yang terlantar sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan serta adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30.
Rutin harian Hazana bermula seawal selepas azan Subuh dengan menyiapkan ibu dan adiknya sebelum keluar bekerja jam 6.30 pagi.
Hazana terpaksa berkejar masa kerana perlu mengurus adik di rumah pusaka peninggalan arwah bapa manakala ibunya berada di rumah kakaknya, Hamshah Abd Hamid, 69, kira-kira 20 meter dari rumah itu.
“Saya akan pulang pada jam 12 tengah hari untuk memberi adik dan ibu makan. Kakak tidak mampu mengurus ibu sendirian kerana faktor usia dan memerlukan bantuan.
“Adik pula tidak boleh ditinggalkan terlalu lama keseorangan kerana bimbang keselamatannya,” katanya.
Penat Tapi Demi Tanggungjawab
Bercerita mengenai adiknya, sejak mengambil alih menjaga Siti Zulaiha selepas kematian ibu kandungnya tujuh tahun lalu, adiknya itu sudah beberapa tahun tidak menikmati ‘suasana’ di luar rumah.
Hazana memberitahu, agak sukar untuk membawa Siti Zulaiha keluar bersiar-siar kerana dia tidak dapat duduk dengan selesa di atas kerusi roda.
Bagaimanapun katanya, adiknya sangat gemar makan nasi bersama lauk dan gembira jika disuapkan makanan ketika makan bersama.
Berkongsi mengenai keadaan ibunya pula, Hazana memberitahu, sudah lebih sebulan warga emas itu terlantar selepas mengalami muntah dan angin ahmar ringan sehingga mengakibatkan lumpuh sebelah kiri badan.
Jelas wanita itu lagi, ibunya tidak boleh makan makanan biasa dan memerlukan susu formula khas berharga RM95 setin dan habis dalam tempoh seminggu.
Menurut Hazana, ibunya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan manakala adiknya sebanyak RM500 sebulan.
“Alhamdulillah, walaupun tidak mencukupi tetapi dapat membantu saya membeli keperluan terutama susu khas untuk ibu dan lampin pakai buang kedua-dua mereka selain membayar khidmat doktor yang merawat dan menukar wayar susu ibu,” katanya.
.
Hazana tidak menafikan penat menjaga kedua-dua mereka tetapi dia tetap bersyukur kerana keluarga lain turut bertanya khabar.
“Walaupun penat saya akan menjaga ibu dan adik kerana itu tanggungjawab dan berharap keadaan akan lebih baik selepas ini,” katanya.
Orang ramai yang mahu memberi bersimpati boleh menyumbang di akauan Maybank 162272012590 atas nama Hazana Abd Hamid.
Mingguan Wanita : Moga dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI