Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

Kulit yang cantik dan sihat menjadi keutamaan wanita. Salah satu cara untuk menjaga kulit sihat dan cantik adalah dengan mengambil makanan yang terbaik.

Apakah jenis makanan yang terbaik untuk kulit? Ikuti perkongsian oleh Pakar Nutrisi, Puan Syaza Lyana ini.

Menurut Puan Syaza,“Nak kulit cantik, paling penting kena kurangkan pengambilan makanan berminyak dan kurangkan makanan / minuman manis.

“Makan terlalu banyak makanan manis yang tinggi Glycemic Index (GI) menyebabkan inflamation seterusnya merosakkan collagen dan elastin dalam kulit. Ia juga akan membuatkan jerawat dan eczema makin teruk.”

“Banyakkan makan sayuran dan buah yang tinggi antioksida serta 8 Makanan di bawah ini.”

8 Makanan Terbaik Untuk Kulit

Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

Ads
1-Brokoli

Brokoli adalah sumber vitamin, mineral dan carotenoid yang baik untuk kesihatan kulit. Ia juga mengandungi sulforaphane, yang boleh membantu mencegah kanser kulit dan melindungi kulit anda dari selaran matahari.

2-Lada Benggala Merah Dan Kuning

Lada Benggala mengandungi banyak karotena dan vitamin C. Kedua-duanya adalah antioksidan penting untuk kulit anda. Vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen, struktur yang menjadikan kulit anda licin, kuat dan anjal.

Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

3-Tomato

Tomato adalah sumber vitamin C yang baik dan sumber semua carotenoids utama terutama lycopene. Carotenoids ini melindungi kulit anda dari kerosakan matahari dan membantu mencegah kulit berkedut.

Ads

Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

4-Avocado

Avocado mempunyai lemak baik yang tinggi dan mengandungi vitamin E dan C, yang penting untuk kulit yang sihat. Ia juga kaya dengan sebatian yang boleh melindungi kulit anda dari kerosakan matahari.

Artikel Berkaitan:
Dietitian Ini Syorkan Kuantiti Protein Boleh Diambil Tanpa Bahayakan Kesihatan Badan
Buah-Buahan Berwarna Kuning Baik Untuk Kesihatan & Kulit, Ini Sebabnya!

5-Ikan Berlemak Banyak

Cubalah Ambil 8 Makanan Terbaik Ini, Pasti Kulit Cantik & Sihat!

Ads

Ikan berlemak banyak seperti salmon, kembung, parang, dan lain-lain mengandungi Omega-3 yang mengurangkan keradangan, dan mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, vitamin E dan zink.

6-Ubi Keledek

Ubi keledek adalah sumber beta-carotene yang sangat baik. Ianya akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan yang bertindak sebagai sunblock semulajadi dan boleh melindungi kulit anda dari kerosakan matahari.

7-Teh Hijau

Catechin yang terdapat di dalam the hijau adalah antioksidan yang kuat yang dapat melindungi kulit anda dariapda kerosakan matahari dan mengurangkan kemerahan serta meningkatkan penghidratan, ketebalan dan keanjalannya.

8-Dark Chocolate

Koko mengandungi antioksidan yang boleh melindungi kulit anda daripada selaran matahari. Antioksidan ini juga boleh mengurangkan kedutan, meningkatkan ketebalan, penghidratan, aliran darah dan tekstur kulit. Pilih dark chocolate yang mengandungi minimum 70 peratus kokok dan kurang gula tambahan.

Sumber: Syaza Nutritionist #syazanutritionist #PakarNutrisi
Foto: foodiesfeed

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI