Peningkatan kes Covid-19 di dalam negara cukup membimbangkan. Sehingga ke hari ini, Negeri Selangor mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi secara konsisten. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat pertimbangan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu masih tidak menunjukkan penurunan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan wabak tersebut.
Selangor, Negeri Tertinggi Kes Jangkitan
Menurut beliau, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari.
Dr Adham Baba berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Facebook rasminya memaklumkan, jumlah jangkitan di negeri itu mungkin meningkat sekiranya 388 individu yang dikesan positif menerusi Saringan Komuniti minggu lalu tidak datang mendaftar.
Oleh itu, STFC meminta orang ramai menyebarkan maklumat dan hadir saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri bagi melawan virus.
“Jika 388 individu tersebut tidak datang mendaftar untuk saringan, pasti mereka akan menjangkiti orang lain yang menyebabkan perebakan lebih luas.
“Saringan Komuniti secara percuma ini sangat penting untuk kita melawan virus ini. Sebarkan maklumat dan hadir ke saringan berdekatan,” kata STFC .
Saringan Percuma
Pada 8 sehingga 11 Mei lalu, saringan percuma dilaksana di lapan lokasi di Hulu Langat dengan 8,585 individu mendaftar dan 388 daripadanya didapati positif.
Ads
Sementara itu, STFC memaklumkan, jumlah kes baharu Covid-19 di Selangor naik pada minggu lalu dengan pertambahan lebih 3,000 kes berbanding minggu sebelumnya.
Katanya, dalam tempoh 8 hingga 14 Mei lalu sebanyak 10,611 kes dikesan berbanding 7,380 kes bagi tempoh yang sama pada minggu sebelumnya.
MW: Memang cukup membimbangkan apabila kes jangkitan dan kes kematian akibat COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Semoga kita semua dilindungi, berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Sumber: Utusan
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Emas, inilah yang menjadi idaman setiap mak-mak. Kalau yang ‘gila emas’ mahunya tiap-tiap bulan dibelinya. Ini juga cara nak menabung dan bukan hanya simpan duit semata-mata. Boleh dikatakan semua perempuan memang suka emas, tak ada banya, seutas dua pun jadilah.
Jangan salah anggap dengan mengatakan beli emas membazir dan ada yang kata untuk menunjuk-nunjuk. Tapi, di sebaliknya emas sangat penting untuk jaminan masa depan juga. Bayangkan, kalau tak ada wang tunai, emaslah yang boleh membantu dalam menukarkan dalam bentuk tunai.
Sebab itu, jangan pertikaikan mak-mak beli emas. Inilah salah satu cara mak-mak yang susah nak menabung wang tunai tapi duit yang ada beli emas sebagai satu pelaburan masa panjang.
Walau bagaimanapun, jangan beli emas sebab ikut trend sampai kita tak tahu sebab apa kita beli emas. Seperti apa yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini.
“Saja suka, tengok ramai orang beli, aku pun ikut jer lah”
“Oh, ini melabur ikut ikut orang nie ya”
“Nasihat aku, cari dulu sikit ilmu pelaburan emas ini agar kita tak ‘lemas’, beli emas yang salah boleh buat kita lemas dalam pelaburan atau simpanan kita”
“Oh, bukan beli simpan saja ka?”
“Dalam emas nie juga ada beberapa mazhab yang kita kena fahami, jika tidak kita tak tahu emas mana perlu simpan emas mana tak perlu beli”
“Aku ikut trend jer sekarang nie”
“Jangan begitu Musalmah Sameon Mustafa Kamal oi”
Kawan kawan yang mulia,
Jangan melabur sebab ikut trend semasa, melabur sebab kita nak belajar dan dapat pulangan yang baik.
Emas adalah pelaburan jangka panjang, sama seperti hartanah. Ada ruang kita masuk dan ada ruang untuk kita keluar.
Beli emas juga salah satu cara untuk kita menabung. Pesan saya, jika susah sangat nak menabung, jom belajar kumpul emas bersama sama.
Isteri akan sayang kalau kita beli emas dari lengan sampai, senang dia nak jaga diri bila kita dijemput pergi nanti.
MW: Nak beli emas, janganlah ikut trend dan sebab nak menunjuk semata-mata. Mak-mak kena tahu, itulah pelaburan jangka masa panjang.
Shuib dedah Datuk Seri Vida hanya rakan bisnes, sebelum ini menerusi laporan sebuah portal berita jutawan kosmetik itu menyatakan dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.
Menerusi respons Shuib mendedahkan wanita itu bukan individu yang sedang dikenali buat masa ini. Namun Shuib menjelaskan dia berasa selesa berkawan dengan Vida dek kerana urusan bisnes makanan yang diusahakan bersama ketika ini.
Shuib Dedah Datuk Seri Vida Hanya Rakan Bisnes
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Shuib akui ramai yang cuba meneka dengan individu mana yang dia sedang berkawan.
“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.
“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” luah Shuib.
“Saya Mencari Seseorang Yang Sederhana”
Malah Shuib juga menerangkan dia hanya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anaknya yang masih kecil.
“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” ungkapnya.
Perlu Dapat Persetujuan Ibu Bapa
Bercerita lanjut mengenai jodohnya yang bakal hadir, wanita yang dipilih perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya.
“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif.
“Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.
“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” ulasnya.
Alhamdulillah, seribu kesyukuran dilafazkan apabila mendapat khabar berita bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di London semalam.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Pembedahan Berjalan Lancar
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.
Ainul Stabil
Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.
“(Ketika pembedahan) tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.
“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.
“Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan,” katanya.
‘Kelahiran Semula’ Ainul
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika ditemui selepas operasi pembedahan anaknya, berulang kali mengucap syukur kerana diberikan peluang untuk ‘sekali lagi’ menjadi bapa kepada bayinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.
“Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul,” katanya yang ditemani isteri, Nurul Erwani Zaidi.
MW: Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia dimakbulkan. Semoga Ainul segera pulih dan diberikan kesihatan yang baik.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...