Peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 cukup membimbangkan. Disebabkan perkara ini, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tempat tambahan penyimpanan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.
80 Peratus Melibatkan Golongan Berusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun rasmi Facebook berkata, sebanyak enam kematian akibat koronavirus dilaporkan di hospital tersebut semalam.
Tambahnya, lebih 80 peratus jangkitan Covid-19 di negara ini melibatkan golongan berusia dan menghidap lebih daripada satu penyakit kronik atau komorbiditi.
“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata kenyataan tersebut semalam.
Sebelum ini, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Itali dan India telah menggunakan kontena khas bagi menyimpan mayat yang maut akibat Covid-19 ketika sistem kesihatan negara masing-masing tidak mampu menampung peningkatan mendadak kes jangkitan.
MW: Memang cukup membimbangkan apabila kes jangkitan dan kes kematian akibat COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Semoga kita semua dilindungi, berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Zaman sekarang ini ada mak-mak yang siap hantar kedai sebab malas nak lipat kain. Bukan nak membazir duit tapi kalau kain baju pun dah nak macam kubu perang, upah orang melipat lagi bagus.
Ini ikut poket masing-masing lah ya. Sekurang-kurangnya mata tak sakit dan kain baju tak berlonggok dan menimbun.
Haaa… tetapi ada juga mak-mak yang jenis letak dalam bakul siap-siap. Hujung minggu baru tarik bakul sebab nak lipat. Ok lah daripada main longgok atas sofa!
Jangan biasakan ya mak-mak walau suami OK je, seeloknya mak-mak cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kain baju ni secepat mungkin. Atau mak-mak boleh ikut idea yang dikongsikan kali ini…
Idea Lipat Kain Baju
Baju dan Seluar
Tudung dan Shawl
Pakaian Dalam
Peraturan Lipat Kain
1. Letak phone jauh-jauh, kalau melipat kain sambil main phone memang hasilnya kelaut. Kerja yang patut settle 15 minit pun boleh bertukar sejam kalau hadap phone.
2. Asing dulu kain besar dan kecil ikut kategori. Lepas itu, sila fokus kain besar-besar dulu. Yang ecil-kecil pungut letak BOX.
3. Gantungkan kain baju yang patut digantung, contoh mudah jubah, baju kurung dan kemeja suami. Haaa… tak payah lipatlah kemeja, senang nak gosok kalau dah gantung.
4. Boleh lipat cara gulung dan masukkan dalam kotak. Kemudian masukkan dalam laci almari.
Ok, kalau nak kemas dan cantik mak-mak boleh tiru cara lipat kain guna Teknik KonMari. Nak tahu apa itu Teknik Konmari boleh baca artikel ini:
Admin terpanggil mengulas mengenai isu memakan escargot atau siput babi yang pernah tular beberapa ketika dahulu apabila seorang selebriti terkenal memuat naik video menikmati hidangan tersebut di luar negara. Perkara tersebut telah menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat Islam yang mengatakan escargot itu haram di sisi agama.
Siput Escargot? Halal ke dimakan?
Menerusi tinjauan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia menjawab mengenai persoalan mengenai mengapa siput babi atau escargot tidak boleh dimakan sedangkan siput sedut boleh dimakan?
Laman sesawang https://muftiwp.gov.my/ mengulas mengenai perkara tersebut di mana ia membezakan terlebih dahulu mengenai kedua-dua haiwan tersebut.
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Manakala siput sedut pula atau nama saintifiknya Cerithidea obtuse adalah merupakan salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem).[2]
Oleh itu, secara ringkasnya kita boleh katakan bahawa perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua siput tersebut ialah siput babi adalah merupakan hidupan darat manakala siput sedut adalah merupakan siput akuatik (hidupan air).
Baru-baru ini, kelihatan pasangan selebriti tempatan dilihat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka di salah sebuah restoran steak terkenal di Kuala Lumpur. Dalam muat naik foto pasangan tersebut, kelihatan menu escargot di atas meja makan malam mereka. Admin juga pernah menikmati steak di restoran terkenal itu dan pernah melihat menu escargot itu terdapat di dalam menu yang disediakan.
Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pendirian seperti berikut.
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa semua siput akuatik seperti siput sedut adalah halal dimakan selagimana tidak memudaratkan manakala bagi siput daratan seperti siput babi dan escargot, dan lain-lain, kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkannya sebagaimana jumhur ulama kerana ia dianggap sebagai jijik dan kotor serta tabiat manusia semulajadinya akan menjauhi perkara-perkara tersebut.
Imam al-Nawawi menjawab mereka yang berhujah dengan hadis al-Talib bin Tha’labah al-Tamimi bahawa perkataannya yang mengatakan dia tidak mendengar (mengenai pengharaman hasyarat), tidak menunjukkan perkara tersebut tidak didengari oleh sahabat yang lain. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/17)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Ketentuan jodoh memang istimewa dan rahsia daripadaNya. Siapa sangka, jodoh yang dicari dan dinanti-nantikan selama ini rupanya hanya berada di depan rumah. Itulah jodoh jiran depan rumah.
Itu yang berlaku kepada Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan, dari Bekasi, Jawa Barat, selepas video pertunangan mereka tular di TikTok.
Jarak 5 Langkah
Rakaman yang dibuat rakan Rani menunjukkan rombongan meminang pihak lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat.
Tak Sangka Jodoh Jiran Depan Rumah
Menurut Rani, beliau juga tidak sangka jodohnya adalah jiran depan rumah yang dikenali sejak dari kecil.
“Saya berkenalan secara serius dengan Afan pada 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” katanya kepada portal berita Tribunnews.
Pada permulaannya, hubungan mereka ditentang ibu dan bapa Rani kerana bimbang jarak rumah terlalu dekat boleh menimbulkan masalah di masa hadapan.
Namun, disebabkan jiran tetangga sering bercakap soal hubungan mereka, membuatkan orang tua Afan risau lalu merestui perkahwinan mereka bersama.
Pasangan yang viral di TikTok ini akan mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
MW: Siapa sangka kan, jodoh depan mata rupanya. Jadi yang masih ‘single’ tu, cuba perhati-perhati jiran depan rumah tu, manalah tau itulah jodoh yang telah ditentukanNya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.