
Isi Kandungan
ToggleTahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah yang telah selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam semalam.
Seperti mana yang dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya Cik Piah menerangkan bayi lelakinya dilahirkan dengan berat 3.38 kilogram secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.

Cik Piah Lahirkan Anak Lelaki Ketiga
Pemilik nama sebenar, Nor Shafiza Iskandar Azizan ini juga menerangkan segalanya dipermudahkan buat dirinya ketika proses bersalin.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga.
“Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” tulisnya.
Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatannya & Bayi
Anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini juga turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya,” kongsinya lagi.
Baca Disini Juga:
Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU
Feeya Iskandar Rindu Jadi Pengacara TV
‘Kenalah Faham Urat Mak-mak Banyak Putus’ Punca Cik Piah Pakai Seluar Terbalik
Selamat Berpantang & Semoga Sihat

Sumber/Sumber Foto: Instagram Feeya Iskandar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Pasangan OKU Meninggal DiRempuh Pemandu Mabuk.’ Anak Sedih Hilang Mak Ayah Serentak

Isi Kandungan
Toggle‘Pasangan OKU meninggal dirempuh pemandu mabuk.’ Anak sedih hilang mak ayah serentak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hilang dua insan tersayang serentak merupakan perkara yang sukar ditelan.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan diharap keluarga ini kuat menerima takdir ini.
Pasangan OKU Meninggal
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21.
Dia adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.
Baca Di Sini:
Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu
Sehari Sebelum Hari Lahir Ke-29, Isteri Terima Hadiah Duka Suami Meninggal Kemalangan
Tiada Lagi Gurauan. Suami Meninggal Kemalangan Traktor Terbalik Ke Tebing Sungai
Pemain JDT Kemalangan, Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal
DiRempuh Pemandu Mabuk
Menurut Munirah, ketika kejadian dia bersama empat lagi adik-beradiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
Anak Sedih
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.

Hilang Mak Ayah Serentak
Tambah Munirah, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak ini terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah. Al-Fatihah.
Sumber: myMetro
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahu Fungsi Pedal Minyak & Gear, Polis Tolak Dakwaan Unsur MISTIK Budak 6 Tahun Pandu Kereta

Isi Kandungan
ToggleMemang cukup membimbangkan apabila kanak-kanak yang masih kecil cukup berani memandu kenderaan sendiri. Namun terkini, polis menolak sebarang unsur mistik dikaitkan dengan kes kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Tahu Fungsi Pedal Minyak & Gear
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan wujud isu mistik seperti ditularkan, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
Shariman berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut juga tahu dan menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek kenderaan itu.
“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta.
“Antara lain, kanak-kanak lelaki itu mampu menerangkan penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik, selain tahu mengundur kereta,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Pemanduan Tidak Stabil
Tambah beliau, melalui pemeriksaan dashcam, pihaknya mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika kejadian pada malam Selasa.
“Kadangkala, sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan ke kanan,” katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada kanak-kanak itu turut diambil keterangan, beliau menyatakan kanak-kanak tersebut ada dibawa ke balai polis trafik Langkawi oleh ibu bapa semasa keterangan ibu bapa diambil.
Menurut beliau, pihak polis telah menemubual awal kanak-kanak tersebut sebelum ini.
Unsur Mistik
Terdahulu dilaporkan kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta dikaitkan pula dengan unsur mistik.
Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Sebelum ini, seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) dengan membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai di Langkawi sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mesti Baca:Wanita WAJIB Kena Pandai Bawa KERETA Untuk Waktu Terdesak & Tak Bergantung Harap
Baca Lagi Di Sini:Balut Dengan Kain Kanvas, Lelaki Ini Bawa Mayat Ibu ‘Bersiar-Siar’ Naik Kereta
Mingguan Wanita: Walau apa pun yang berlaku, orang ramai diharap jangan membuat spekulasi sendiri, serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Paling penting sebagai mak ayah, pantau perlakuan anak-anak selalu.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dihina Kerana Positif Covid-19, Akhirnya Dua Kali Jadi Penderma Plasma

Isi Kandungan
ToggleSekitar Ogos lalu, berat ujian yang ditanggung wanita ini, Nur Hafiza. Disahkan positif Covid-19, malah adik perempuannya juga disahkan positif sama. Bertubi-tubi kecaman diterima dirinya dan ahli keluarga.
Biar pun, ramai sedia maklum. Covid-19 itu tidak mengenal mangsa. Siapa saja jika sudah ditakdirkan diuji pasti akan melaluinya. Maka, bermulalah episod menghabiskan tempoh rawatan yang sunyi dan terasing dari orang ramai. Dan, akhirnya wanita ini bangkit melawan Covid-19. Sehingga menjadi ‘hero’ yang tidak didendang.
Positif Covid-19, Bangkit Melawan Virus Dalam Tubuh
Tiada siapa yang meminta dan tiada siapa yang menduga. Saya disahkan positif Covid pada 4 Ogos 2020 setelah menjalani saringan disebabkan ahli keluarga saya disahkan positif pada 3 Ogos.
Sesungguhnya besar ujian ini kerana saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa saya salah seorang daripada insan terpilih.
Bermula daripada ahli keluarga saya disahkan positif seluruh ahli keluarga kami menerima kecaman berunsur hinaan malah ada yang mengambil kesempatan menyebarkan berita yang tidak sahih ke atas keluarga.
Namun masih ada rakan rakan yang tidak putus mengirimkan doa dan kata semangat. Sewaktu saya menerima panggilan daripada pihak Pejabat Kesihatan, mental dan emosi saya sudah bersedia kerana saya menerima ini ujian daripada Allah.
Lalui 14 Hari Yang Sunyi Bersama Adik
Saya bersama adik perempuan saya disahkan positif. Fizikal saya sihat namun perasaan berdebar itu tetap ada. Ini kali pertama saya menaiki ambulans dan perasaan teruja itu ada.
Setibanya di HSB, saya agak terkejut dengan suasana di sini kerana membayangkan 14 hari saya akan berada di sini.
Ini kali pertama saya dimasukkan ke wad HSB dan persekitaran baru buat saya. Saya dibawa naik ke tingkat 2 dan wad di sini kelihatan sunyi.
Saya ditempatkan bersama adik saya di dalam satu bilik yang sama. Memang selesa dan saya bersyukur dengan kemudahan dan semuanya selesa.
Pada sebelah malamnya doctor datang untuk mendapatkan maklumat perjalanan dan juga pergerakan dalam tempoh 13 hari yang lepas.
Saya mula perasan saya kehilangan deria rasa dan bau pada pagi hari raya Aidiladha dan saya hanya menyangka ini simptom saya akan demam disebabkan cuaca yang kerap hujan.
Selama 14 hari di dalam wad, saya tidak mengalami pertambahan gejala melainkan deria rasa dan hidu. Saya tidak dapat membezakan rasa pahit mahupun manis.
Doctor akan datang melawat satu hari sekali bertanyakan khabar tahap kesihatan dan jururawat pula akan memantau tahap tekanan darah, bacaan suhu dan pernafasan tiga kali sehari.
Selebihnya saya banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Allah, melukis dan menulis.
Daripada Sebar Berita Palsu, Sokong Pesakit Covid-19
Jika ditanya apakah perasaan sewaktu mula-mula masuk, saya hanya menyatakan rasa syukur kerana saya dipilih dan dirawat dengan segera di bawah pemantauan KKM.
Pesanan saya pada yang di luar sana, berikanlah sokongan dan elakkan daripada menyebarkan berita yang tidak berasas kerana ini akan menimbulkan rasa panik kepada orang lain.
Pihak Pejabat Kesihatan juga terpaksa membuat semakan terhadap berita palsu yang tidak berasas. Terima kasih yang tidak terhingga buat staff PKD yang membantu. Rasa bersalah itu tetap ada walaupun saya cuba menangkis perasaan itu…
Setelah melalui 14 hari kuarantin wajib di hospital, saya dibenarkan pulang ke rumah. Perjalanan pulang saya dihantar menggunakan ambulans disebabkan kawasan rumah saya masih lagi dalam tempoh TEMCO.
Setelah 15 hari di rumah akhirnya tanggal 31 Ogos 2020 saya bebas.
Erti kemerdekaan sebenar buat saya. Kini saya kembali meneruskan rutin harian saya bekerja seperti biasa.
Dari Positif Covid-19, Akhirnya Jadi Penderma Plasma
Saya lebih yakin dan kuat untuk meneruskan kehidupan seharian saya.. Tanggal 17 September 2020, saya dihubungi semula oleh doctor untuk bertanyakan keadaan kesihatan saya. Seperti biasa saya sihat dan bertenaga kerana itulah saya.

Doktor bertanyakan kesudian saya sama ada bersedia untuk menjadi penderma plasma untuk diberikan kepada pesakit di ICU.
Jawapan yang diberikan saya adalah YA! Dua hari selepas itu saya diminta hadir untuk menjalani ujian darah dan swab test sekali lagi.
Tanggal 21 September saya disahkan negatif dan saya boleh menderma.
Maka prosedur pendermaan dilakukan keesokkan harinya di bawah pengawasan dan pemantauan doctor dari HSB.
Tempoh pendermaan lebih kurang 30 minit dan saya gembira kerana saya berjaya melalui dengan tenang sedangkan saya seorang yang takutkan jarum dan darah.
Kini saya telah menderma sebanyak dua kali dan saya yakin kekuatan yang ada ini adalah doa dan galakkan dari kawan-kawan dan keluarga.
Semoga kita semua rakyat Malaysia akan Berjaya melawan virus ini sampai habis. Buat doctor dan seluruh warga KKM terima kasih kerana membantu dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia!
Covid Fighter 9022
19 Oktober 2020
MW : Semoga lebih ramai rakyat sedar, Malaysia belum lagi bebas Covid-19. Sentiasa jaga diri, patuhi SOP. Jika duduk rumah itu pilihan terbaik, maka DUDUK RUMAH saja.
Sumber/Foto : Nur Hafiza
Follow :
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI