Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 berkongsi berita sedih, kehilangan ibu tersayang, Noraini atau lebih dikenali Cik Ani pada pukul 6.20 pagi tadi. Allahyarhamah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun selepas 10 hari di masukkan ke hospital akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain, serta berdepan dengan peyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
Meninggal Dengan Tenang Dalam Tidur
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memaklumkan ibunya telah meninggal dunia ketika tidur dalam keadaaan tenang di Hospital Gleneagle pagi tadi.
“Dengan penuh rasa sedih, ibu saya telah meninggal dunia dengan tenang pada 6.20am ketika tidur di Hospital Gleneagle pagi ini”
Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” ujarnya.
Ads
Dimaklumkan juga, jenazah Cik Ani akan dibawa di Masjid Putrajaya dan akan kebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.
Ramai selebriti dan para peminat mengucapkan salam takziah buat Chef Wan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang, serta turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Ads
Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah buat ibunya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ibu tersayang. Semoga roh CIk Ani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Aduh, kasihannya.Hampir 24 jam hilang, kanak-kanak perempuan hiperaktif ditemui cedera dalam parit sedalam lebih satu meter di ladang kelapa Sawit Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, kanak-kanak berusia dua tahun itu hilang dari rumahnya di Kampung C, Batu 18, di sini, 4.30 petang, kelmarin menyebabkan keluarganya cemas.
Katanya, ahli keluarga dan penduduk kampung bertindak mencarinya, namun gagal sehingga 4.50 pagi, hari ini.
“Ibu bapa mangsa menghubungi pihak bomba 4.55 pagi bagi mendapatkan pertolongan. Seramai 24 anggota dikerahkan ke lokasi dan dibantu pihak polis serta orang awam,” katanya.
Mohd Kamal berkata, pihaknya memulakan pencarian di sekitar ladang 5.20 pagi dan membahagikan kepada tiga kumpulan.
“Selepas sembilan jam mencari, mangsa ditemui terjatuh dalam parit sedalam lebih satu meter, 2.25 petang. Kami sebak mengangkat kanak-kanak itu dan mendapati dia cedera di kepala, tangan dan kaki selain calar dan lebam di anggota badan,” katanya.
Beliau berkata, lokasi kanak-kanak itu ditemui dianggarkan sejauh dua kilometer daripada rumahnya.
“Berdasarkan siasatan awal, ibu bapa mangsa berusia 40-an memaklumkan anak mereka adalah kanak-kanak hiperaktif. Ini bukanlah kejadian pertama kerana mangsa sebelum ini pernah hilang, namun berjaya ditemui,” katanya.
Mohd Kamal menegaskan, kejadian itu bukanlah disebabkan masalah keluarga atau penculikan sebaliknya mangsa seorang yang aktif.
“Buat masa ini kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) selepas hampir 24 jam tidak makan. Biarpun mangsa cedera, syukurlah keadaannya selamat,” katanya.
Anak-anak kategori istimewa ini sememangnya memerlukan perhatian penuh daripada mak ayah. Mohon mak ayah lebih prihatin dan jangan mudah terleka terhadap anak-anak ini.
Menari di Batu Caves seolah buat fashion show, gadis minta semua hormat tempat ibadah agama lain. Bila sebut tentang Batu Caves, warga kota tahu bahawa setiap kali berlangsungnya Thaipusam, berjuta warga India yang hidup harmoni di negara ini akan datang untuk tujuan ibadah. Ada datang bersembahyang dan tak kurang juga menunaikan nazar yang telah dibuat.
Batu Caves telah diiktiraf sebagai tempat ibadat suci bagi kaum India beragama Hindu yang tinggal di Malaysia. Bahkan ia merupakan tempat yang sangat popular untuk pengunjung dari dalam mahu pun luar negara dan kerap dikunjungi ramai dan disenaraikan sebagai lokasi pelancongan menarik di ibu kota.
Bahkan kerana keunikan dan kecantikannya, tak kurang juga ramai merasakan ia tempat sesuai dibuat fotoshoot kerana 272 anak tangganya sudah dicat berwarna warni dan tampak cantik dalam gambar bila dirakam.
Seperti kita fahami, Malaysia dihuni masyarakat berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bahkan sebagai mana semua tahu, isu agama adalah isu yang sangat sensitif dan tidak wajar diusik sama sekali. Sikap toleransi yang dimulai sejak zaman nenek moyang dahulu menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati kerana keunikan ini.
Barang kali memikirkan Batu Caves diwartakan tempat pelancongan negara, membuatkan ramai pihak tertarik membuat fotoshoot di lokasi ini.
Tidak salah sebenarnya namun melakukannya dengan cara berlebihan itulah dirasakan kurang sesuai hingga mendapat perhatian dari masyarakat India bila kuil tempat sembahyang mereka disajikan dengan gerakan seakan tarian dan fotoshoot seperti yang tular baru ini.
Dalam video dikongsi di Tik Tok @cb.fashion.aceh kelihatan seorang gadis menggayakan dress labuh berwarna biru seakan menari dan berjalan menaiki tangga tersebut sebelum gambarnya dirakam. Jika dilihat pada perkongsiannya ternyata mereka ini warga jiran, iaitu dari Acheh.
Sebaik gambar ini dimuat naik, dapat dilihat, ramai bersuara mengenai dan rata-rata bercakap soal menghormati agama lain kerana Batu Caves merupakan tempat ibadah agama Hindu.
“Salam tolarensi saudari. Saya telah lihat muatan saudari dan pakaian saudari sangat cantik. Tetapi saudari, apa yang telah saudari lakukan di sini, bukan sesuatu yang perlu digalakkan.
“Tetapi bukan saudari seorang saja yang perlu kita salahkan dalam keadaan sebegini. Tapi juga pihak pengurusan kuil Batu Caves juga sepatutnya peka terhadap apa yang berlaku di perkarangan tempat sembahyang agama Hindu.
“Batu Caves memang tempat pelancongan tetapi ia juga tempat sembahyang penganut agama Hindu. Kelakuan saudari boleh mengganggu ketenteraman penganut agama Hindu. Yang bernazar, yang ingin menunaikan hajat mereka atau pergi sana untuk fokus pada sembahyang.
“Dan tiba-tiba pula nampak saudari yang sangat cantik dan comel menggayakan pakaian. Jadi tak salah untuk saudari gunakan tempat cantik begini untuk mempamerkan fesyen tapi apa yang salah di sini ialah ia tempat penganut agama Hindu sembahyang. Ia menjadi hal sensitif kerana kita perlu menjaga sensitiviti semua kaum di negara Malaysia.
“Katakan rakyat agama Hindu dan mereka pergi ke masjid-masjid yang cantik dengan menayangkan sari mereka dan menari di perkarangan masjid. Adakah ia sesuai. Tentunya tak boleh bukan?. Inilah logik yang ingin saya mahu saudari fikirkan,” katanya memaklumkan hal sebegitu boleh membuatkan lebih ramai lagi pereka fesyen atau yang ingin menonjolkan pakaian mereka yang cantik datang ke kuil kami.
“Ini tidak sesuai saudari. Jadi kami berasa kurang selesa dengan perlakuan begini. Tapi it’s ok kerana pengurusan juga tidak peka dengan hal ini. Ini adalah kesalahan pengurusan Batu Caves,” jelasnya.
Apa pun semoga penggayaan fotoshoot di lokasi pelancongan ini tidak dilakukan secara berlebihan dan kita semua menghormati agama lain.
Ibarat mimpi ngeri apabila insiden tertukar bayi boleh berlaku. Kesilapan ini tidak wajar berlaku dan bukan boleh diambil mudah.
Malah bukan sebab duit dan wang ringgit, atau taktik pemasaran perniagaan seperti didakwa, sebaliknya tindakan Siti Suriani Wahiddin memfailkan saman pemula ke atas sebuah hospital di Seksyen 13, Shah Alam adalah demi keadilan susulan bayinya tertukar, Jun lalu.
Beri Peringataan Pihak Hospital
Usahawan dalam talian dikenali Siti Jamumall, 22, itu nekad menggunakan proses undang-undang untuk mengadili kes berkenaan selepas gagal mendapat kerjasama pihak hospital, selain mahu ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.
“Awalnya hati saya agak berbelah bahagi untuk memfailkan kes tetapi, nekad untuk membuka mata masyarakat agar berhati-hati dan peringatan kepada hospital di negara ini supaya lebih bertanggungjawab.
“Saya tahu bukan sekali tetapi pernah beberapa kali kes sebegini berlaku, jadi perlu ada prosedur yang lebih ketat supaya insiden sama tidak berulang.
“Bagi saya, ia (tertukar bayi) satu perkara yang besar, misalnya kes saya ini kerana sehingga sudah menjadi ibu susuan kepada bayi bukan anak kandung.
“Alhamdulillah, suami (Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23) menyokong tindakan saya untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana dia yang ada dengan saya daripada awal, mula di wad bersalin hingga melahirkan anak dan tertukar bayi,” katanya.
Terkilan Tidak Dapat Kerjasama
Siti Suriani yang mempunyai dua anak berkata, melantik peguam Tetuan Marcus Tan & Co untuk menguruskan proses selanjutnya dan 10 November ini ditetapkan untuk permohonan penzahiran yang mana pihaknya akan memohon bagi memperoleh maklumat lengkap kes tertukar bayi daripada hospital.
“Sebelum ini peguam saya sudah menghantar surat beberapa kali kepada pihak di sana (hospital) untuk mendapatkan maklumat lengkap kejadian, namun kami tidak menerima kerjasama dan ia membuatkan saya terkilan.
“Jadi jalan terakhir adalah dengan mengambil tindakan ini (saman). Belum ada lagi nilai tuntutan ditetapkan buat masa ini dan soal siapa bersalah serta nilai ganti rugi itu biarlah mahkamah tentukan nanti,” katanya.
Atas Nasihat Peguam & Persetujuan Suami
Mengenai tindakannya mengadakan sidang media secara live di Facebook dan TikTok, Sabtu lalu, katanya, ia dilaksana selepas mendengar nasihat peguam dan persetujuan suaminya.
Katanya, peguam mewakili pihak hospital juga sudah dimaklumkan mengenai rancangannya untuk mengadakan sidang media bagi kes berkenaan.
Dalam pada itu, Siti Suriani berkata, sehingga kini dia masih berhubung dengan Diana Hanani Abdullah, 23, iaitu ibu kepada bayi susuannya, Aysar Aryan Muhammad Khairulazman.
“Tipu kalau saya katakan tiada perasaan sayang terhadap Aysar Aryan (anak Diana) kerana pernah menyusukannya. Disebabkan itu, saya akan menghantar mesej kepada Diana jika ada kelapangan untuk bertanya khabar dan mengikuti perkembangan Aysar Aryan,” katanya.
Sepakat Bawa Kes Ke Mahkamah
Sementara itu, suami Diana Hanani, Muhammad Khairulazman Moh Pardon, 27, ketika dihubungi berkata, pihaknya juga mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital berkenaan menerusi peguam sama.
“Kami sepakat bawa kes ini ke mahkamah. Ada segelintir pihak mengatakan apa dilakukan untuk tujuan pemasaran sedangkan niat kami adalah menuntut keadilan, jadi biar mahkamah tentukannya nanti,” katanya yang memberitahu mengekalkan hubungan baik dua keluarga selepas kejadian berlaku.
Kecuaian Pihak Hospital
Dalam insiden Jun lalu, bayi Siti Suriani dinamakan Putra Aiman Zhafran yang lahir pada 10 Jun tertukar dengan bayi Diana Hanani dipercayai akibat kecuaian pihak hospital. Mereka menyedari kejadian berkenaan dua hari selepas kelahiran, iaitu ketika Mohammad Syafiq mahu memotong tanda nama pada kaki bayi yang didapatinya tertera wanita lain.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...