Panas situasi set Mingguan Wanita Talk Show, nak tahu kenapa panas? Hari ini topik berkenaan “Nafkah & Belanja : Suami Jangan Lepas Tangan”. Dikendalikan oleh PU Azman dan Siti Elizad turut diundang berkongsi komentar Ustazah Nik Suhaila Nik Hussin; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS dan Tuan Musa Awang (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Terma dan pengertian nafkah itu sendiri merujuk kepada ‘pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam’ merangkumi nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Menurut Nik Suhaila lagi nafkah itu tersendiri terpecah kepada tiga bahagian menurut Islam iaitu Nafkah untuk keperluan peribadi isteri, nafkah untuk keperluan keluarga dan juga nafkah batin; bukan hubungan intim semata. Pujian dan penghargaan kepada usaha isteri itu juga termaktub di bawah istilah Nafkah Batin.
Tambah Tuan Musa Awang lagi, sifat suami sekarang yang banyak dikaitkan dengan kes culas nafkah terutamanya selepas perceraian, hingga menyebabkan anak-anak terabai sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara mereka dididik. Seharusnya ibu-ibu hari ini mendidik anak lelaki mengenai peranan dan tanggungjawab sejak mereka kecil lagi.
Terangnya lagi, Malaysia dalam usaha mempercepatkan perbicaraan kes berkaitan tuntutan nafkah ini secepatnya dalam tempoh lima bulan. Baginya keperluan anak-anak dan isteri seharusnya mendapat pembelaan sewajarnya. Beliau juga menyokong usaha isteri teraniaya menuntut haknya dan anak-anak di mahkamah. Perbuatan ini bukan kerana dendam atau bertujuan memalukan bekas suaminya. Sebaliknya itu tindakan paling wajar dilakukan bagi menuntut hak mereka.
Kemunculan Chef Wan dengan lantangnya menyelar tindakan bekas suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap bekas isteri dan anak-anak membuatkan ramai yang menghormati kredibilitinya dalam menjaga urusan nafkah dengan bekas isterinya. 35 tahun beliau menyantuni bekas isterinya dan tidak pernah gagal menjaga kebajikan bekas isteri. Tekad beliau lagi akan meneruskan urusan itu sehingga ke akhir hayat mantan isteri yang juga ibu kepada dua cahaya matanya.
Tindakan spontannya nak melemparkan sepatu yang dipakainya mungkin tampak lucu, tapi dengan nada tegas dia tidak boleh berkompromi dengan perbuatan suami culas nafkah. Baginya lagi, mustahil tak ada kebaikan langsung yang ada pada bekas isteri. Jika tak nak kenang yang manis pun hargailah perih jerih dia melahirkan zuriat untuk kita. Sekalipun sudah berpisah, lalui perpisahan itu dengan kematangan dan jangan sesekali lepas tangan.
Intan Liana Salleh yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkongsi usahanya membuat tuntutan mahkamah walaupun membayar kos guaman secara ansuran asalkan hak anak-anaknya terbela.
Bagi yang terlepas dengan perkongsian ikhlas Chef Wan dan ketegasannya berhubung isu culas nafkah…jangan lupa ulang siar program ini jam 8 malam nanti ya. Saksikan ulangannya di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121. Pada penuh dengan pengisian yang pastinya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI