Sesuailah jika Malaysia dikatakan antara syurga makanan di dunia! Selain pelbagai hidangan asli tempatan, Malaysia lebih ‘terbuka’ menerima pelbagai pengaruh makanan dari luar, termasuklah hidangan pasta yang terkenal dari Itali.

Setelah diperkenalkan di negara ini, pelbagai resipi telah dicipta untuk disesuaikan dengan cita rasa tempatan, dengan menggabungkannya dengan ramuan tempatan. Jangan terperanjat ye, spageti goreng kari pun sedap tau!

Mingguan Wanita Talkshow hari ini telah memilih topik Pasta Ala Malaysia dan salah seorang tetamu yang dijemput ke studio ialah Chef Selebriti, Chef Nik Mikhael Imran. Dia sempat berkongsi satu resipi iaitu Spageti Goreng Mamak yang bukan saja sedap, bahkan mudah dan cepat dimasak. Boleh cuba masak untuk keluarga pada musim cuti ni ye.

Chef Nik Michael Imran Kongsi Resipi Spageti Goreng Mamak Sedap Dan MudahSpageti Goreng Mamak Ala Chef Nik Michael:

Bahan-bahan:
1 mangkuk pasta – rebus 3 minit
Sedikit udang – bersihkan
2 biji telur
Sedikit tomato ceri merah dan hijau – potong dua
Sedikit bayam
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap masin
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Sedikit garam dan gula
Minyak masak

Bahan Kisar:
1 labu bawang holand ( nak lebih manis, letak bawang merah)
2 biji cili besar merah
Sedikit cili padi – jika nak pedas
Sedikit halia muda

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Kacau hingga agak kering.
2. Masukkan udang, tambah garam dan gula sedikit, kicap pekat, sos tiram, kicap masin dan masak hingga kering.
3. Masukkan spageti yang dah direbus dengan cepat. Guna api lagi besar lagi bagus. Kalau terlalu kering, letak sedikit air.
2. Pecahkan sebiji telur dan masukkan. Kacau sebati.
4. Masukkan tomato ceri dan sayur bayam. Bayam jangan masak hingga terlalu lembut.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Pasta Atau Nasi?

Selain itu, Pakar Dietetik, Siti Amirah Shalihin turut berkongsi tentang diet dan pasta. Dikatakan diet lebih berkesan jika memilih pasta berbanding nasi. Menurutnya, bila mengambil pasta, perlu secara sederhana dan jangan dalam jumlah yang banyak.

Ads

Chef Nik Michael Imran Kongsi Resipi Spageti Goreng Mamak Sedap Dan Mudah

Untuk penurunan berat badan, asasnya adalah kalori. selain konsep “Suku suku separuh” yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep 3J juga perlu diambil kira; iaitu Jumlah, Jenis dan Jadual Waktu Makan.

” Untuk segenggam pasta, ia bersamaan dengan segenggam nasi juga. Yang berbeza adalah micronutrisi iaitu karbon hidrat dan lemak. 100 gram Pasta lebih tinggi protein berbanding 100 gram nasi. Pasta juga rendah glasemik indeks. Tapi kena faham, biasanya pasta tidak dimakan begitu saja, sering kali ada kombinasi lain seperti lauk dan sayuran. Bayangkan, kalau pasta ditambah chicken chop, pasti tidak menyihatkan. Pendek kata, bagi saya tidak ada satu makanan yang boleh kita katakan, bila diambil, gerenti kurus.

” Penyediaan pasta juga perlu diambil kira. Contoh antara aglio olio dan carbonara. Satu menggunakan minyak zaitun dan satu mengandungi krim yang berlemak. Jadi, memilih pasta aglio olio lebih tepat.

Ads

” Terdapat satu kajian pada tahun 2018, yang merangkumi beberapa kumpulan kajian. Dikatakan, ada sekumpulan pengamal diet yang memakan tiga kali pasta dalam seminggu iaitu dalam sukatan 1 1/2 genggam untuk wanita, dalam tempoh 12 minggu, berjaya kurangkan berat 600 gram. Tapi tak boleh kata disebabkan pasta tapi lebih kepada paten diet keseluruhan.” Ujarnya.

Pasta Dan Anak

Ramai kanak-kanak yang sukakan hidangan pasta namun tak suka makan sayur.

” Sekarang ini terdapat pasta yang berwarna-warni yang diperbuat daripada sayuran seperti labu kuning, bayam dan sebagainya. Mak-mak boleh cuba perkenalkan anak dengan pasta sebegini agar mereka terbiasa dengan hidangan yang berwarna-warni. Namun sudah tentulah, pengambilannya tak sama khasiatnya dengan mengambil sayuran sebenar.” Akhiri Siti Amirah.

Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir, akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu yang akan memeriahkan perbincangan di studio MW.

Ads

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI