Cerai? Itu perkataan yang sangat ditakuti oleh tiap pasangan suami isteri. Setiap pasangan pasti menginginkan bahtera rumah tangga mereka berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun tidak sedikit pasangan yang terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah.
Cerai Akibat Curang
Penyebabnya pelbagai. Ada yang kerana sudah tiada persefahaman lain, masalah kewangan dan banyak juga akibat salah seorang curang. Untuk kes Fauzan dan Farhana, mereka sama-sama curang!
“Korang berdua memang sepadan. Nama pun lebih kurang sama sebutan. Tahniah. Moga kekal ke jannah,” terngiang kata-kata ucapan di awal perkahwinan dahulu.
Pasangan Serasi, Tak Sangka Cerai Akhirnya
Ramai yang memuji akan pasangan Fauzan dan Farhana yang cukup sepadan. Fauzan bekerja sebagai Pengurus Bank manakala Farhana seorang pendidik. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 13 dan 14 tahun yang tinggal di asrama. Kesibukan masing-masing tidak pernah menghalang untuk mereka hidup bahagia.
Bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah. Fauzan senior dua tahun daripada Farhana dan merupakan abang angkat Farhana ketika di sekolah. Ketika memasuki universiti yang sama di Australia, hubungan mereka semakin rapat. Hidup di rantau orang membuatkan Fauzan sering membantu Farhana di sana. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin sekembali ke Malaysia.
Kalau hendak diikutkan, mereka tidaklah sampai tahap bercinta kerana masih terluka dengan pengalaman cinta ketika di sekolah menengah. Farhana pernah bercinta selama tiga tahun dengan rakan sekelasnya dan Fauzan pula pernah bercinta selama dua tahun dengan rakan setingkatan.
Hubungan dengan pasangan masing-masing terputus setelah mereka menyambung pelajaran ke Australia. Namun atas rasa sayang dan keakraban yang terjalin, mereka berasakan diri mereka serasi untuk hidup bersama lantas mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi mereka, cinta boleh dipupuk selepas kahwin.
Yakin
Sering kali Fauzan dengar tentang kisah rumah tangga yang hancur setelah menghadiri majlis reunion dengan rakan sekolah. Malah, dia pernah bincangkan perkara itu dengan Farhana.
Namun mereka yakin dengan hati masing-masing yang tidak akan berubah. Tambahan pula, usia perkahwinan yang mencecah 13 tahun membuatkan mereka rasa rumah tangga mereka sudah cukup stabil dan kukuh untuk menghadapi apa juga dugaan.
Sepanjang tempoh itu, bukan sedikit cabaran yang diterima apatah lagi keduanya berparas rupa menarik walau pun sudah mencecah usia lewat 30-an. Namun semuanya dapat ditepis dengan sebaiknya.
Ads
Undangan Ke Reunion
Undangan untuk majlis perjumpaan rakan sekolah menengah diterima. Fauzan dan Farhana bersetuju untuk turut serta. Masing-masing ingin berjumpa rakan lama. Siapa sangka, majlis itulah yang men jadi punca segala-galanya.
Fauzan terjumpa dengan bekas kekasihnya yang masih lagi kekal single walau pun usia semakin lanjut. Kini mempunyai perniagaan sendiri. Farhana juga bersua kembali dengan bekas kekasihnya yang kini duda dengan seorang cahaya mata.
Ketika itu, salam ukhuwah dihulur tanpa ada apa-apa niat. Bahkan, Fauzan dan Farhana turut memperkenalkan pasangan mereka kepada bekas-bekas kekasih mereka. Kebetulan mereka berempat saling mengenali sebagai senior-junior.
Berhubungan Dalam Diam
Disangka pertemuan itu hanya terhenti sekadar itu. Dalam diam, Fauzan dan Farhana masih berhubungan dengan bekas kekasih masing-masing. Fauzan membantu bekas kekasihnya itu mendapatkan pinjaman untuk membesarkan perniagaannya. Farhana pula sentiasa menjadi tempat untuk bekas kekasihnya bertanyakan tentang pelajaran anak tunggalnya memandangkan Farhana seorang guru.
Saling menipu
Benar kata orang, jangan sesekali menyediakan lorong ke arah jalan yang kita tidak mahu. Apabila jalan terbentang luas, godaan demi godaan akan muncul. Perasaan sayang muncul kembali. Namun, Fauzan dan Farhana sedaya upaya menyembunyikan kecurangan masing-masing. Pandai makan, pandai simpan.
Ads
Hampir tiga bulan berlalu, Fauzan dan Farhana semakin berani untuk berjumpa dengan kekasih mereka. Sudah pasti, tanpa pengetahuan masing-masing. Kesibukan kerja Fauzan membuatkan dia mencuri masa berjumpa dengan kekasihnya selepas waktu kerja, dengan alasan OT.
Farhana pula, sebaik pulang dari mengajar, boleh mencuri ruang untuk keluar bertemu janji. Anak-anak tiada di rumah membuatkan mereka berdua punya banyak waktu terluang.
Terbongkar
Namun, perkara yang tidak elok lambat laun akan terbongkar jua. Fauzan dapat menghidu kecurangan Farhana dan begitu juga sebaliknya. Ketika itu tiada rasa marah kerana sedar kesalahan dan kecurangan masing-masing. Akhirnya, Fauzan dan Farhana memilih untuk berpisah secara baik. Penjagaan anak-anak juga dikongsi bersama.
Kini Fauzan telah berkahwin dengan kekasih lamanya dan begitu juga Farhana. Walau pun pahit namun masing-masing tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana segala-galanya berpunca daripada diri mereka sendiri. Atau mungkin juga, cinta mereka terhadap kekasih lama mereka lebih mendalam berbanding cinta antara mereka. Ya, perkahwinan mereka dahulu bukan berlandaskan cinta sepenuhnya. Apa pun segala-galanya telah ditakdirkan.
Suami tak bolehlah mengharapkan isteri hari-hari senyum, hari-hari ceria. Kadang kala ada ketikanya moodnya tak berapa baik atas sebab tertentu. Sebagai orang yang paling dekat dengan isteri, suami harus faham kenapa ada ketikanya seperti ada sesuatu tak kena pada isteri. Pernah tak suami tanya dan cuba faham isteri? Kadang orang perempuan ini dia cuma mahu sedikit perhatian.
Suami Bila Faham & Bertolak Ansur
Sebab itu, dalam rumah tangga, pegang kunci ini. Suami harus faham isteri dan isteri pula mesti tahu apa keperluan yang suami mahukan. Moga perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini boleh buatkan rumah tangga kekal harmoni.
Mental isteri tak tertekan…Jika setiap bulan suami peka dengan keperluan harian…apa yang sudah habis, apa yang kena tambah, apa nak kena beli…
Mental isteri tak tertekan jika setiap minggu suami mampu duduk rumah, menghabiskan masa dengan keluarga, buat aktiviti bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika setiap hari suami tanya keadaan dia, perasaan dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami…
Barulah Mental Isteri Tidak Tertekan
Mental isteri tak tertekan jika bebanan kewajipan dan urusan rumah itu digalas sama rata, dilakukan bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika suami jaga pergaulan, dgn siapa dia berhubung, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bergaul…
Mental isteri tak tertekan jika suami solat on time…tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, tak perlu dinasihatkan…
Mental isteri tak tertekan jika suami sedar status hubungan, bersifat setia terhadap pasangan dan tak mengkhianati kepercayaan.
Mental isteri tak tertekan jika suami dengar apa yang isteri mahukan dan tak buat apa yang dah dilarang…
Mental isteri tak tertekan jika suami selalu bawa keluar makan, selalu ajak jalan-jalan.
Mental isteri tak tertekan jika suami buat semua yang dinyatakan.
Setiap kali bercerita tentang perihal menantu, kerap kali menantu perempuan menjadi sasaran. Banyak senarai buruk yang ibu mentua ‘keluarkan’ tentang sikap menantu perempuan. Keadaan lebih buruk bila ibu mentua tidak sebulu dengan menantu sendiri.
Tetapi pernah tak tengok masalah menantu lelaki yang kadang orang langsung tak nampak, contoh mudah menantu lelaki yang asyik tidur bila balik rumah mentua. Langsung tak bergaul dengan keluarga yang lain.
Menantu Perempuan, Menantu Lelaki
Hah, agak-agak adil ke asyik nak tunding jari silap menantu perempuan? Nah, sebelum gigih mencari silap menantu perempuan sahaja, jemput baca perkongsian padu daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Sama Sahaja Menantu Perempuan Atau Menantu Lelaki
“Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua… kena ambil hati mertua. Kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri…”
Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?
Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat… satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.
Sama-sama Kena ‘Jaga Perangai,’ Jadi Baik
Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?
Sebenarnya tak… bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahu pun si perempuan, jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.
Berapa banyak suami yang selalu telefon ibubapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dr rumah ibu bapanya sendiri?
Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah… tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.
Menantu Lelaki Pun Kena Ubah Sikap!
Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN… MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.
Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.
Pernah tak kita dengar rezeki cukup-cukup makan saja. Nak menyimpan pun tak dapat, cukup-cukup untuk keperluan bulan itu. Lebih sedih lagi, bila duit yang ada itu digunakan untuk baik kereta, tayar pancit. Terus lari badget.
Sebenarnya, kalau gaji banyak sekalipun, tidak akan cukup kalau kita sentiasa berkira-kira dengan keluarga. Lebih-lebih lagi isteri dan anak-anak. Ada sahaja benda yang nak kena bayar. Sedangkan kalau gaji kecil tapi sentiasa menjaga kebajikan isteri dan anak. Insya Allah, semua itu mampu di atas.
Ikuti perkongsian daripada Firdaus Shakirin tentang rezeki berkat apabila kita tidak berkira dengan anak dan isteri.
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain…
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…
Rezeki Makin Bertambah
Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?
Sama ja pun…duit habis mcm tu jugak…lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis…
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak…?
Suami jenis yang macam mana kita ni…
Doa Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri…apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka…boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insya Allah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan…
Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA…
MW: Bersyukurlah, sebab kita pun menumpang rezeki daripada mereka. Moga ia memberi manfaat pada pembaca.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...