
Selain menjaga kebersihan kawasan rumah bagi mengelakkan pembiakan nyamuk, rupanya mak-mak juga boleh menggunakan cara semulajadi dengan menanam beberapa jenis pokok penghalau nyamuk di sekitar rumah.
Memetik perkongsian daripada Public Health Malaysia, terdapat 9 senarai tumbuhan di Malaysia yang boleh berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar pihak masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi iaitu sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.
Antaranya adalah penggunaan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam berhampiran kawasan perumahan.
Terdapat beberapa kajian yang mendapati tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain.
Berikut antara pokok-pokok penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan rumah:
1. Pokok Serai Wangi
2. Pokok Tongkat Ali
3. Pokok Bunga Tahi Ayam
4. Pokok Mambu
5. Pokok Jeremin
6. Pokok Lidah Buaya
7. Pokok Selasih
8. Pokok Akar Wangi

9. Pokok Floramaster
Baca Lagi Di Sini: DIY: Cara Mudah & Berkesan Untuk Perangkap Nyamuk
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak halau nyamuk secara semulajadi tanamlah pokok-pokok yang disenaraikan di atas. Semoga dapat kurangkan nyamuk di kawasan rumah sekaligus mengelakkan penyakit berbahaya seperti denggi.
Sumber: Public Health Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri LAMPU PELITA Guna Minyak Masak, Jimat Tahan Sampai Subuh!

Isi Kandungan
ToggleRupanya kita boleh buat sendiri lampu pelita raya dengan menggunakan minyak masak. Malah lebih jimat dan tahan bernyala sampai ke subuh. Bukan apa jika nak beli pelita raya yang dah siap boleh tahan juga harganya.
Bila pasang pelita di rumah, barulah meriah malam 7 likur nanti.Buat sendiri je ikut cara yang dikongsikan dalam video TikTok Fadildil12 ini. Memang paling mudah cepat dan paling murah kosnya.
Bahan Diperlukan:
Cawan kaca atau bekas plastik
Minyak masak
Pewarna merah atau apa-apa pewarna
Air
Pelampung sumbu
Cara Membuat:
1. Isi air dalam jug, masukkan pewarna dan kacau sebati.
2. Kemudian tuang air tersebut ke dalam bekas plastik.
3. Selepas itu isikan pula minyak masak.
4. Letak pelampung sumbu.
5. Akhir sekali letak sumbu.
Siap! Boleh nyalakan guna pemetik api.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Info Ekstra!
- Sumbu lampu boleh beli kedai india yang jual bunga atau kedai cina jual barang sembahyang pun banyak jual. Minyak yang warna merah pun ada.
- Kalau tali sumbu tiada boleh juga ganti dengan tisu atau tali mop.
- Rumah kalau takde eletrik pun buat je macam ni. Jimat dari lilin.
- Kalau sayang nak guna minyak baru, boleh juga guna minyak terpakai.

Mesti Baca:Gaduh Berebut Tiup Kek Birthday, Dua Beradik Dijemput Tiup 500 Lilin Sepuas Hati
Artikel Menarik:Terputus Bekalan Elektrik, Cara Mudah Buat PELITA BERAS Bernyala Sampai Pagi!
@fadildil12 Balas kepada @asriaril95 abang ni mintak cara buat pelita bunga part 2..yang kata minyak masak mahal.boleh pakai minyak terpakai.#diy #aidilfitri2022 #foryou #fypシ #fyp #part2 #pelitaraya2022 ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat
Mingguan Wanita: Wah menariknya buat lampu pelita raya guna minyak masak ni. Mudah nak buat dan jimat kos. Memang berseri malam 7 likur bila pasang pelita macam ni, malah boleh tahan sampai ke subuh. Kena cuba nanti.
Sumber: Tiktok Fadildil12
Nak buat ketupat nasi raya nanti, macam ni caranya.Mudah!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Anak-anak nak sambung belajar, mak ayah kena bersedia buat simpanan pendidikan siap-siap.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Guna SANTAN Fresh, Kotak & Serbuk, Banyak Jenis Tujuan Berbeza!

Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan penggunaan santan bagaikan satu keperluan mesti ada setiap kali beli barangan dapur. Ini kerana santan memang selalu digunakan dalam masakan harian. Tak kiralah jenis santan segar, kotak mahupun serbuk. Sebenarnya jenis santan-santan ini mempunyai rasa dan cara guna santan yang berbeza dalam masakan.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian daripada Puan Ummi Syuhada ini.
Tip Dan Penggunaan Santan Fresh, Kotak & Serbuk
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.
1. Cara Guna Santan Kara Pekat
Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak dan berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.
Untuk rendang, Kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.
Kalau nak guna Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut dan bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.
2. Cara Guna Santan Fresh
Santan segar selepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.
Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
3. Cara Guna Santan Serbuk
Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
4. Buat Santan Sendiri
Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik-kecik. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat.
Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam kat pulut.
Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.
Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya. Setakat ni dulu perkongsian saya.
Semua ni saya guna. Semua best.
Jenis Santan Ini Saya Guna
Pulut pelam. Mula-mula gaul dengan Kara, tak jadi. Pastu tukar santan fresh. Cantik berkilat. Tak jadi sebab silap teknik.
Lemang cawan. Mula-mula guna Kara. Rasanya mungkin silap teknik & perlu cairkan dulu santan dengan air panas. Pastu tukar Ayam brand.
Nasib baik guna 1 je Kara. Yang ni guna Ayam Brand. Cantik boleh terus tuang dalam beras. Hasilnya cun tapi gambar ni belum masak sepenuhnya.
Serunding basah. Santan M&S campur dengan Ayam Brand. Lebih cepat pecah minyak berbanding Kara, mungkin sebab lebih cair. Kaler juga lebih cantik. Kara kalau terlebih santan, tekstur rendang jadi tebal.Santan M&S dan Ayam Brand saya tak dapat bezakan lagi kualitinya, jadi demi kasih sayang saya beli dua-dua .
Freshly squeezed, tiada campuran air. Bila beku takde air batu terasing kat bawah. Kalau ada air batu, itu santan cair. Lalukan saja bahagian ais tu bawah pili kalau nak pati. Jangan marah penjual, sebab ada yang blend kelapa parut untuk jual santan beku, wajib le guna air. Bukan semua ada mesin perah kelapa tu.
*Biasanya resepi rendang 1kg daging dan 1kg santan, kalau guna pati ni cukup 1/2 kg je.
Rendam Santan Beku Sampai Cair
Untuk masakan tertentu, rendam sampai cair sebelum guna. Pek kecik ni kalau buat kari ikan guna sikit je. Kalau kari ayam/ daging kadang-kadang guna semua. Kuih-muih tradisional saya lebih suka santan asli macam roti jala, ketayap, bengkang, kuih cara, tepung talam dll.
Kara.Kalau masakan berkuah santan macam masak lemak cili padi ni, takde masalah takut terpecah minyak bila santan meruap. Lepas panaskan 2-3 kali lagi pekat lagi sedap.
Cucur durian.. kalau bancuhan tercair tabur je santan serbuk.
Kalau takde daun pandan, tuang je santan serbuk perasa pandan dalam nasi lemak. Gambar nasi lemak sebelah tu sebagai hiasan je.

Alamak..kena cepat-cepat topup stok M&S ni. Biasa guna selang seli. Masa ambik gambar tadi, ambik stok yang baru beli, tak perasan plak M&S habis langsung. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je..
*Disclaimer : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja.
Baca Lagi Di Sini :
Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!
CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip santan ini bermanfaat. Jadi selepas ini kita tau nak gunakan santan fresh, kotak dan serbuk mengikut kesesuaian masakan nanti.
Sumber : Ummi Syuhada
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Kait BUAH Guna Botol, Elok Tak Jatuh Rosak!

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
Bahan Diperlukan:
Botol minuman saiz 1.5liter
Cable Tie (Pengikat Cable)
Gunting/Pisau
Batang Kayu/ mop/besi
Cara Membuat:
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.

Siap! Boleh digunakan. Selamat mencuba.
Mesti Baca:“Campak Biji Dalam Pasu”, TOMATO CERI Berbuah Lebat Di Balkoni Kondo Tingkat 13!
Baca Lagi Di Sini:Sembur ‘Baja Yakult’ Pokok LIMAU KASTURI Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
Artikel Menarik:“Setangkai Pokok LEMON Ada 10 Biji Buah”, Lelaki Ini Kongsi Petua Baja!
Mingguan Wanita: Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Barulah kait buah elok tak rosak atau pecah. Sesuai untuk pokok yang tinggi.
Sumber: Abdul Rahman Man
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI