Sebelum ini berat badan pelakon Catriona Ross atau lebih senang disapa Cat pernah mencecah 75 kg. Bila beratnya turun 17 kg kisah diet eat clean Cat jadi viral sekitar Februari dan Mac lalu. Bila ada netizen DM tanya pasal berat badannya yang makin kurus itu adakah disebabkan pembedahan atau suntikan ubat. Ini jawapan balas Catriona.
Menerusi instagram miliknya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross yang juga selebriti berwajah kacukan Melayu dan Scotland ini rajin berkongsi menu diet harian, aktiviti kecergasannya yang memberi inspirasi kepada followernya.
Daripada perkongsian Cat ini anda boleh kesan caranya mantain berat badan dan rahsia kurus Catriona. Tak adalah macam yang netizen tu tanya macam dekat bawah ini.
“Tak baik uols DM sis tanya sis operation apa nak kurus, tanya kalau sis inject ubat or lipo .. ??? Gigih sis makan healthy food, yang tak ada minyak and lemak tau.
“Pastu korang tanya sis procedur apa sis buat and hospital mana sis pergi … ???? Uols… sis jaga food and exercise je dari tahun lepas tau. Dari zaman sis rupa anak dugong sampai rupa orang sekarang ???
“Sekarang pun bukan la cantik tapi sekurangnya kalau sis nak keluar lift ramai-ramai, tak lah tersekat kat pintu lift ????” Jawapan Catriona Ross ini memang win.
Kalau ada yang masih tak percaya itu, lihat perkongsian Cat di instagramnya. Dari menu harian, aktiviti workoutnya sampailah macam-macam acara yang memang boleh suntik inspirasi dekat kita yang nak kembali langsing.
Catriona Ross amalkan gaya pemakanan sihat menerusi diet eat clean. Diet cara eat clean yang Catriona Ros praktis ini tak membuatkan seseorang terseksa berlapar. Malah menu-menu makanannya memang nampak menyelerakan. Diet eat clean ini.. resepi penyediaannya makanannya kebanyakannya tak menggunakan minyak. Sebab itu hidangannya sihat dan selamat malah sedap.
Antara Menu Eat Clean Catriona Ross Yang Mengancam
Hari Ketiga
Walaupun makan di luar, Cat masih mengutamakan menu sihat. Katanya, walau makan di luar tak perlu mencari yang sukar. Tak bermakna juga ketika berdiet anda tak boleh menikmati makanan enak yang sihat.
Sarapan : Avocado lenyek disapu atas roti bakar dengan scramble egg. (dinikmati ketika di rumah)
Makan Tengah Hari : Kebab kambing panggang. No fries no lebanese bread
Coffee with no sugar.
Makan Malam : – Salad Avocado Greek.
Fasa 1 Eat Clean
Eat Clean ini pun ada fasa-fasanya. Ini menu Cat masa fasa 1. Cat sediakan nasi beras perang masa makan tengah harinya. Menu ini Cat siapkan quinoa dengan kacang hitam. Dada ayam stim dan lettuce.
Hari Keenam
2 biji telur rebus ( 1 biji telur kuning asingkan). letakkan atas roti pelbagai bijirin bakar. Letak juga salad lettuce, lada sulah dan herba.
1 biji epal dan air.
Katanya, menu sebegini memberikan Catriona Ross tenaga macam dulu-dulu.
Workout Dan Aktiviti Outdoor Yang Adventures
Cat banyak travel. Dalam perjalanan itu, dia akan hiking di dalam mahupun luar negara. Catriona juga aktif dengan aktiviti outdoor. Yang terkini Cat main Dodgeball. Acara ini walaupun untuk memberi sokongan kepada temannya, Dr Nadzirah Abdullah dalam masa sama Cat dapat manfaatnya.
Sebab lepas aktiviti ada juga penerangan daripada coach tentang makanan bernutrisi.
Ini team Workout Cat
Haa.. dah tahukan sebab-sebab Cat makin cantik, kurus dan makin berseri-seri. Bukannya pembedahan, suntikan ubat atau liposuction. Tapi cara pemakanan eat clean Catriona Ross yang sihat, work out dan aktiviti outdoor. Anda pun boleh cuba.
Sumber/Foto : Instagram Catriona Ross
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI