Selain menggunakan anak pokok, rupanya pokok lemon juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Namun pastikan pilih biji benih yang bersaiz besar, dipotong sedikit kulit dan bijinya sebelum direndam semalaman. Bukan apa, buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan.
Untuk faham lebih lanjut cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih boleh rujuk perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini.
Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yang barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih.
Ikut semua step yang mudah di bawah.
1. Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.
2. Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.
3. Ini bentuk biji lemon selepas disunatkan dan direndam semalaman.Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.
5. Tebuk begini mangkuk polisterine supaya mudah disemai.
6. Begini jadinya.
7. Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tengahari cukup.Saya letak atas batu disekat dengan pagar.
8. Setelah 3 minggu.Bagi cahaya penuh.
Ads
9. Setelah sebulan setengah.
10. Hampir dua bulan.
11. Selepas 11 bulan.
12. Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.Kepentingan utama epsom salt adalah untuk merawat tanah, pokok dan daun serta elak dari makhluk perosak.
13.Cantik kan.
Ads
14. Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.
Info Ekstra!
Apabila semai dari biji untuk cepat tumbuh saya guna tiga benda aje.Air beras yang diperam, baja tinja kambing dan epsom salt untuk rawat tanah dan kesuburan setiap minggu.
Kalau guna biji benih ni ambik masa bertahun untuk berbuah.Saya punya ni baru 11 bulan.Mungkin dalam sebulan dua lagi saya akan kahwinkn pokok lemon ni dengan dahan hibrid yang sudah berbuah.
Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Meskipun hanya membuang sampah mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elniini sebagai panduan
Cara Membuang Sisa Kaca/Cermin atau Benda Tajam
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Kemas Dalam Keadaan Kering
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Guna Tong Biskut/ Botol Sabun Untuk Serpihan Kecil
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Guna Kotak Untuk Serpihan Besar
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut Kotak & Label Besar-Besar
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Selalunya jika ada dokumen, gambar mahupun fail penting yang ingin di simpan untuk keperluan peribadi, kita sering ‘menumpang’ sementara dengan hantar ke WhatsApp orang lain. Tak kiralah kawan rapat, adik beradik, pasangan dan sebagainya sering menjadi ‘mangsa’ dalam situasi ini.Ia bagi memudahkan kita, sebelum ia disimpan dan dipindahkan ke tempat lain seperti laptop.
Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk hantar dan simpan dokumen, gambar, mahupun, teks dalam aplikasi WhatsApp dengan menghantarnya ke nombor sendiri. Malah paling penting ia tidak perlu melibatkan pihak lain lagi.
Caranya cukup mudah seperti berikut;
1. Buka browser pada telefon bimbit anda dan taip wa.me//, diikuti kod negara dan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan WhatsApp. Contoh, wa.me//60*******94.
2. Tekan enter dan satu pop-up mesej akan keluar. Tekan “Continue to chat”.
3. Anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp terus kepada nombor anda sendiri. Disini, anda boleh menghantar mesej kepada diri sendiri tanpa perlu risau menggangu orang lain.
Untuk memudahkan anda, pin sahaja mesej WhatsApp itu di atas, supaya lepas ni senang nak cari. Tekan lama-lama pada mesej, dan klik butang pin pada atas kanan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mungkin ada yang tak tahu lagi, untuk menghantar dokumen, gambar, teks mahupun fail ke nombor whatsApp sendiri boleh cuba cara yang dikongsikan ini iya.