Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun bukan mudah pokok kesum nak hidup subur merimbun. Selalunya hayat pokok kesum ni tak lama, kejap je tanam dah mati. Sebenarnya, tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya.
Boleh cuba ikut tanam daun kesum seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasiyang juga merupakan ‘Cikgu Kebun’ ini. Elok lebar daunnya, subur merimbun sungguh pokok kesumnya.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni.Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan Laksa Kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni. CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Tips mudah Cara Tanam Pokok Daun Kesum rimbun dari Cikgu Kebun.
1. Benih Kesum Sihat
Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Medium Tanah
Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
3. Pasu Rendah, Lebar
Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
Ads
4. 5 Ruas Satu Keratan
Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letak Hormon Pengakaran
Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Semai Dalam Polibeg
Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
8. Semai Pokok Hidup Sahaja
Kenapa CK semai dahulu? tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
Ads
9. Selepas 2 Minggu Pindah Ke Pasu
Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.
10. Tanam Semua Pokok Dalam Satu Pasu
Jika hangpa semai tadi 7 polybag dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Letak Baja
Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi OrganikHangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12.Kesum Suka Air
Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
Ads
13. Tak Suka Matahari
Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. hangpa faham2 la sistem barter…macam tau2 CK buat laksa…hehe
Air nabeez, minuman yang cukup terkenal bila tiba bulan Ramadan. Amalan sunnah yang ramai tidak tahu dan mungkin ada sesetengahnya hanya ambil bila bulan puasa sahaja.
Sedangkan amalan sunnah ini boleh saja diambil pada hari biasa pun. Tak perlu tunggu pada bulan Ramadan. Cara nak buat air nabeez pun senang sangat.
Bagi mak-mak yang nak buat dan praktikkan amalan sunnah ini, bolehlah ikut perkongsian daripada Nuri Al Furqan ini. Senang sangat!
Buatlah air nabeez untuk minum.
Setiap kali sahur..Sunnah yang ramai orang tak tahu..
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insya Allah, perut mampu bertahan. Nak buat ni untuk sekali minum ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara Membuat:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isikurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Mingguan Wanita : Boleh buat nanti dan bagi anak-anak minum terutamanya yang baru nak mulakan puasa.
Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.
Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang rasa oven tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!
Nak suburkan tanaman sayur dan pokok bunga di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan petua menarik daripada Puan Suhaili Baharudin, bukan guna baja yang dibeli siap tetapi kena buat sendiri dengan menggunakan dua bahan mudah.
Nah, godek kejap!
Cara Buat Tanaman Subur Dan Bunga Meriah
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Cara Suburkan Tanaman
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah.
Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama.
Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang.
Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Hasilnya Bunga Pun Makin Merimbun!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang.
Hidup telur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!