Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.
Bro Ohsem Akhtar Syamir ini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.
6 Kelebihan Semak Touch N Go Online
1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.
2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.
3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.
4. Juga berguna untuk semak “rebate”.
5. Boleh semak baki terkini.
6. Mudah untuk uruskan banyak kad.
Manfaat Ini Pun Anda Akan Dapat
√ Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.
√ Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.
√ Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.
Panduan Semakan Online Transaksi Touch N Go
Nota : Harap info ini dapat memudahkan urusan semua orang.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aliff Aziz Ditahan Sebab Pukul Isterinya, Bella Yang Masih Dalam Pantang! Sampai Hati…
Tak sangka pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.
Kalau ikutkan sumber yang ditular, isteri Aliff, Dayang Nabelah, 23, telah pergi ke premis hiburan tersebut bersama ibunya kira-kira jam 4.30 petang untuk mencari suaminya.
Namun jadi panas apabila tiba di sana, Nabelah tengok suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.
Aliff yang berang dengan tindakan Nabella telah merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kejadian mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.
“Selepas kejadian, artis terbabit meninggalkan pusat hiburan berkenaan bersama wanita di bilik berkenaan dan meninggalkan isterinya sendirian yang menahan kesakitan.
“Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga November tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 20 hari.
Susulan laporan itu, artis berkenaan ditahan pada jam 2.30 pagi tadi di Jalan Peel, Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.
Psstt: Wanita yang dimaksudkan bersama Aliff itu ialah seorang artis baharu. Katanya baru selesai menjalani penggambaran drama sebelum singgah di pusat hiburan tersebut. Hmm… Agak sedih bila berlaku macam ini, moga masalah rumah tangga ini boleh selesai dengan cara yang lebih ‘manis’.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hingga Saat Ini, Perasaan & Cinta Saya Tetap Milik Dia Sedikit Pun Tak Pernah Kurang..” Luahan Sweet Awal Pada Scha
Hati seorang isteri pasti berbunga-bunga bahagia, bila dapat ucapan penghargaan, penuh rasa cinta daripada suami tersayang. Terutamanya pada hari yang penuh bermakna seperti Hari ulangtahun perkahwinan dan hari jadi. Bukan apa, selalunya kaum suami ni,suka simpan perasaan mereka. Payah nak jumpa yang jenis suka meluahkan perasaan, kata-kata yang manis ni pada isteri. Kebanyakannya, isterilah yang kena paham-paham sendiri.Kan!
Rupanya semalam, 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan ke-enam bagi pasangan selebriti Awal Ashaari,37 dan Scha Alyahya, 34 ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2012 dan dianugerahkan cahaya mata yang comel, Lara Alana, 4 tahun.
Apa yang mencuri perhatian Mingguan Wanita adalah luahan kata-kata romantis Awal buat isterinya Scha sempena ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Didalam posting terbaru di Instagram, Awal telah memuatkan memori gambar-gambar sewaktu perkahwinan mereka dengan kapsyen yang cukup romantis buat isteri tersayang.
Antara luahan tersebut;
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya”
A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on
“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya”
“Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6, Semoga Allah merahmati kita sekeluarga”
“Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6, Semoga Allah merahmati kita sekeluarga” – #SchAwal
A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on
Sweet sungguh kan! Mingguan Wanita mengucapkan tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Awal dan Scha.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Para suami lain pun boleh contohi, luahkanlah kata yang manis-manis buat isteri pun dah mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Sumber: Instagram Awal Ashaari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Trauma Sepanjang Hidup” Hentikan TREND BODOH Takutkan Anak Bunyi “Pontianak Mengilai”
Memang ada benarnya, mak ayah hentikanlah mengikut trend bodoh di TikTok menakut-nakutkan anak dengan bunyi ‘pontianak mengilai’ walau alasannya hanyalah bergurau. Ini kerana kesannya memberikan banyak mudarat, anak akan trauma sepanjang hidup sekaligus mampu menggangu proses tumbesaran mereka.
Hadamkan perkongsian daripada Tuan Anuar Zamil sebagai panduan;
JANGAN TAKUTKAN ANAK MACAM NI.
Viral di TikTok content menakutkan anak dengan cara bukak bunyi “Pontianak Mengilai” dan kemudiannya lari dan menahan pintu, meninggalkan anak-anak dalam bilik sendirian.
Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.
Banyak Kesan Mudarat Pada Anak
Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN.
Yelah dah satu dunia lihat kan.
Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.
Allahuakbar.
Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.
MINDA ANAK NI IBARAT HIGHWAY
Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupon kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:
– Takut Gelap
– Takut nak bergerak sorang diri
– Takut nak tinggal kat rumah sorang
– Takut perempuan rambut panjang
Macam-macam lagilah.
Anak Trauma Sepanjang Hidup
Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan menganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
KITA RASA KELAKAR, TAPI IANYA MENINGGALKAN LUKA YANG PANJANG.
Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang. Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.
“AKU GURAU JE. APASAL NAK SERIUS SANGAT. AKU DENGAN CARA AKU.”
Abam mohon maaf segala kertelanjuran kata-kata. Feel free to disagree. Betul cara bergurau masing-masing berbeza. But I still stand on my view yang CONTENT NI CONTENT BODOH yang abam rasa kita perlu hentikan.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Maaf sekali lagi atas kekasaran bahasa.
#abamnuar
Mesti Baca:Hati-Hati Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’ Adalah ‘Gharar’, Tak Sah & Hukumnya HARAM!
Baca Lagi Di Sini:Kekalkan Sifat Malu, Tolak Tepi Trend Pakai Baju Selak Pep*t Untuk Fesyen!
Artikel Menarik:Trending ‘Pengantin Malu-Malu’ Gores Maruah, Tak Selesa Tangguhkan Acara Jadikan Sesi Tertutup!
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya tak perlu ikut trend yang bukan-bukan dan tiada manfaatkan, bahkan mampu beri kesan psikologi dan emosi pada anak dalam tempoh jangka panjang pula.
Sumber: Anuar Zamil
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI