Kemalangan berlaku memang tak dapat diduga. Apatah lagi jika kereta yang dipandu pula terbabas di kawasan berair seperti sungai dan tasik. Memang boleh jadi panik dibuatnya. Malah kebiasaannya, pintu kereta pula tidak boleh dibuka.
Sebenarnya bila berlaku situasi sebegini, ada cara untuk selamatkan diri. Iaitu dengan usaha memecahkan cermin pintu kereta berbanding cermin pada bahagian atau belakang.
Baca perkongsian bermanfaat ini sebagai panduan;
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Tahu tak, hampir mustahil untuk bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macam ni, instinct pertama mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan kita takkan boleh bukak pintu kereta.
Air masuk = pressure in Buka pintu = pressure out
Andai kata gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang.
2. Pecahkan cermin pintu kereta.
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta.
“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya tak ada glass breaker, boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Ads
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.
Info Ekstra!
Ambil nasihat abang bomba, pastikan tingkap terbuka sedikit sebelum melalui kawasan berair seperti sungai dan tasik, bagi mudah menyelamatkan diri jika kereta terbabasa dan terperangkap dalam air.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat jadi jika kereta terbabas dan terperangkap dalam air, pastikan pecahkan cermin pintu kereta sebagai usaha untuk selamatkan diri.
Rupanya rendam beras basmathi sekejap dengan garam, hasilnya nasi lembut elok masak sekata dan cantik berderai. Bukan apa, walaupun guna beras basmathi, jika tak kena cara masaknya, beras boleh patah, nasi jadi lembik dan sebagainya. Cara ini sesuai nak masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.
Boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini sebagai panduan;
Saja nak share yang dah tahu abaikan aje ye.Kalau masak nasi guna beras basmathi tip akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata.
Cara-Caranya:
1. Rendam Beras Dengan Garam
Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).
2. Sukatan Air
Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang nak masak.
3. Didihkan Air
Untuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.
4. Kacau Beras Semasa Air Banyak
Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi
Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.
6. Masukkan Butter
Untuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter.( Cara akak le).
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan ini. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Teruja bila tengok rumah orang cantik betul tanam pokok indoor. Timbul pula rasa teringin nak menanam, tapi tak jumpa jenis pokok yang sesuai pula.
Bimbang dah beli punyalah mahal, tak sampai tiga hari pokok hiasan pun mati. Rugi betul. Terus minat menanam pokok indoor tak berapa nak ada. Perkongsian Azman Azmi ini bantu mak-mak pilih jenis-jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dan dibiakkan dalam rumah.
Jenis-jenis Pokok Boleh Dijadikan Indoor
Disini saya nak share jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan indoor.
√ Saya sejenis sukakan indoor plant yang hidup/fresh bukan tiruan/artificial/plastic kerana bagi saya pokok yang hidup ni dia boleh purified kan udara dalam rumah dan akan buat udara rumah lebih segar. Ada yang beracun and ada yang tak. Itu tuan/puan boleh google. Tapi ini cadangan dan contoh pokok yang boleh dijadikan indoor saya ambil dari Pinterest
√ Plus pokok-pokok ni senang nak dijaga and senang nak dibiakkan. Ada yang seminggu sekali je bagi air dan ada yang memerlukan cahaya matahari yang sikit. So bergantung pada cara penjagaan mana yang tuan/puan nak
√ Gambar-gambar kebelakang tu merupakan contoh susunan dan rak pokok tersebut.
√ Pokok-pokok macam ni boleh didapati di Ikea atau kebun bunga berhampiran. Macam saya rumah dekat dengan Nursery Sg Buloh. Memang kalau terasa nak memokok, saya ke situ sahaja. Beli 1 pasu, boleh dah di bahagi 4 pasu. Lagi-lagi yang melalui keratan batang dan pokok yang ada ubi.
Daun Sup dan daun bawang memang sering digunakan dalam masakan. Namun selalunya yang nak digunakan sedikit sahaja, bakinya layu dalam peti sejuk dan akhirnya rosak dan terbuang dalam tong sampah. Lebih mudah jika mak-mak boleh tanam sendiri di rumah. Petik yang mana perlu je.
Ada cara mudah untuk tanam daun sup dan daun bawang ni, hanya menggunakan sarang telur. Tak perlu tanam dalam tanah pun, tetap menjadi, elok segar merimbun tanamannya.
Ikut cara yang dikongsikan ini;
Tak pening dah nak cari daun sup dan daun bawang lepas ni.
Bahan Diperlukan:
Bawang Merah
6 biji Sarang Telur
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Guna bawang saiz kecik ja dan segar. Kalau bawang tak segar senang rosak. Potong bawah sikit jangan bagi habis akar dan atas sikit.
2. Ambil 6 lapis sarang telur dan tebuk besar-besar sampai level 4 sahaja. Kalau tebuk kecil akar naik atas dan bawang jadi senget macam saya. Tak cantik la macam yang saya tu.
3. Siram sekali sehari cukup dah, dan letak tempat teduh.
4. Makan daun sup dan daun bawang sampai muntah.