
Isi Kandungan
ToggleMasih dalam bulan Syawal, ramai mak-mak yang masih rebus ketupat dan masak rendang untuk hidangan keluarga. Namun ada masanya jika salah cara, ketupat yang direbus tak tahan lama dan mudah rosak.
Menerusi Puan Mayang Sari, ada caranya untuk memastikan ketupat tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti sejuk.
Berikut perkongsian tersebut;
“Cara-cara rebus ketupat supaya tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti ais”
1.Masukan ketupat dalam rice cooker
2.Masukan air tak payah sampai tenggelam ketupat.
3.Masak sehingga keluar minyak seperti dalam video.
4.Angkat dan sejukan dalam bekas yang di lapis kertas/tisu. Jangan tutup.
In sha allah ketupat tahan sehingga 3 hari tak basi.
Posted by Mayang Sari on Tuesday, June 2, 2020
Info Ekstra!
- Kalau nak guna periuk biasa dan gas, pastikan lapik dulu dengan lebihan daun palas supaya tidak hangit.
- Namun lebih mudah guna ricecooker tak payah risau hangit.
- Kalau kukus dalam 30 minit. Tapi kalau kukus tak boleh simpan berhari-hari.
Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Tutorial MUDAH Balut & Masak KETUPAT PALAS, Waktu Kukus Lapik Daun Pandan!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi bila rebus ketupat nak tahan lama 3 hari tak payah simpan dalam peti sejuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Mayang Sari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bersihkan, Buang Habuk Melekat Pada BUNGA PLASTIK, Barulah Tahan Lama Macam Baru!

Bunga plastik, kalau kena cara jaganya ia boleh jadi macam bunga segar. Boleh tertipulah kalau tidak perhatikan betul-betul.
Tapi, kalau tak dijaga dengan betul, bunga plastik ni nampak macam murahan sangat walaupun mak-mak beli dengan harga yang mahal. Cepat sangat habuk melekat dan langsung tak dijaga dengan baik.
Setakat nak bersihkan dengan bulu ayam memang tak memadai. Ikuti perkongsian daripada Hani Mynis cara nak bersihkan bunga plastik.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Bersihkan Minyak Masak Dah Diguna Kembali Jernih, Guna Satu Bahan Saja!
Cara Mudah Cuci Kain ‘Buruk’ Berbau & Berlendir, Barulah Bersih, Wangi
Info Lebih Menarik DI SINI
Bunga Plastik Macam Baru
Setiap kali nak raya mesti nak kena bersihkan bunga plastik. Senang saja, guna deep cleaning iaitu kena guna wet cleaning (basuh dengan air).
Kalau setakat dry cleaning itu bukan deep cleaning ya. Dry cleaning pokok-pokok @ bunga ini buat seminggu sekali untuk buang habuk yang melekat.
Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali.
Langkah-langkah deep cleaning bunga artificial/plastik:
1. Kumpulkan semua pokok/bunga palsu yang ada dalam rumah. Semua termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah, atau di mana-mana. Asingkan mengikut kategori material seperti plastik, poliester, sutera, baldu, latex dll. Asingkan juga ikut jenis seperti jambangan bunga, dedaun atau berpasu.
2. Bagi jambangan bunga yang digubah, sebelum leraikan satu-satu daun dan bunga dari gubahan, ambil gambar terlebih dahulu sebagai rujukan untuk menggubah semula jambangan tadi selepas dibasuh. Ambil gambar 360 darjah jika perlu.
.
3. Ikat jambakan bunga mengikut pasu kerana kita akan basuh mengikut kumpulan sebagai satu set. Dengan cara ini taka da lah kes pasu tercuri satu tangkai bunga dari pasu lain
.
4. Boleh ikat guna getah untuk ikatan sementara atau cable tie untuk kekal.
.
5. Untuk jambakan bunga guna cable tie sebab nanti mudah dan tak perlu gubah, terus masuk je dalam pasu masing-masing. Menjimatkan masa juga.
6. Jenis pokok/bunga berpasu
7. Jenis dedaunan.
8. Boleh mulakan dengan
Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik (buat di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir)
Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis)
Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
9. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan. Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari. Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.
Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Jangan lama. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. Bila nak cuci pun tak ambil masa lama dan insya Allah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
.
10. Lepas basuh terus bilas. Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semua dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.
Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain
11. Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk-habuk dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.
Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.

12. Bagi bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan di rendam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit-sikit semasa bilas. Tapi cepat-cepat tos.
13. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kalau lembap ia boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
.
14. Bagi dry cleaning pokok untuk setiap minggu:
Elak guna hair dryer sebab nanti habuk berterbangan ke tempat lain). Gunalah lint roller (boleh guna washable lint roller untuk opsyen zero waste effort).
.
Untuk jenis dedaun pula macam daun monsera, lapkan dengan dust cleaner dan wipecloth, boleh guna wet tissue juga.
.
P/s: Sebelum tu, ni khas untuk pokok @ bunga dari latex atau plastik @ polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Ada bunga plastik yang harganya murah, tapi janganlah sebab murah buang dan beli baru. Masih boleh dibersihkan. Jangan membazir. Guna balik.
Sumber: Hani Mynis
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Pokok Pisang Ada Caranya, Pengurus Ladang Kongsi Tip LENGKAP!

Isi Kandungan
TogglePokok pisang banyak kegunaannya. Baik dari segi daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya.Nak tanam pokok pisang pun ada caranya tersendiri, agar pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Pengurus Ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.
Antara tip tanam pokok pisang ialah:
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat yang maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
Lagi Info Berkaitan Cara Tanam Pokok Pisang
Pembajaan :
- Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
- Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
- Setelah umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
- Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
Merumput :
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
Penyakit :
Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

Memetik Buah :
Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
Selamat Mencuba!
- Baca Lagi Di Sini:
- Petua Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik
- Tanam Pokok Pisang Kaedah Terbalik, Banyakkan Anak Pokok Berbuah Lebih Lebat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: E-Tani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Bekas Rempah Ratus Tergantung Guna Botol Kaca Terpakai, JIMAT RUANG!

Isi Kandungan
ToggleNak cantikkan dan deko dapur tak semestinya kena beli baru. Guna barang-barang terpakai yang ada di rumah pun boleh jadi cantik, yang penting kena kreatif. Antaranya, jika ada banyak botol-botol kaca tu, jangan dibuang boleh buat bekas rempah ratus tergantung macam yang dihasilkan oleh Fridie Yusop ini. Nampak kemas dan jimat ruang di dapur.
“Dari buang ke tong sampah botol-botol kaca, ada juga menfaat. Yang penting ada efforts.Tak banyak modal pun boleh la bubuh rempah ratus omputeh abang.”
Bahan Diperlukan:
Cat spray (Spray Paint)
skru secukpnya
kayu
L metal
Label Sticker
Screwdriver
Cara Membuat:
1. Sembur/cat Spray Paint pada keseluruhan botol dan biarkan sehingga kering.
2. Pasangkan L Metal pada plat besi dan ukur, buat lubang untuk jarak botol.
3. Skrukan pula tutup botol pada plat besi tersebut.
4. Boleh masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan pula dengan Label Sticker.
Siap!
Baca Lagi Di Sini:
‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
DIY Meja TV Guna PVC,Cat Hitam Terus Nampak Lawa Macam Besi!
Wanita ini kongsi 10 barang nak jadikan dapur lebih kemas dan sistematik.

Cuma 2 minggu siapkan DIY pintu kabinet dapur bajet. Kata suami isteri ini modalnya RM250.
Nak kabinet dapur kemas, kena bedah siasat semula dapur.
Guna rak kasut susun, declutter barang dapur bawah sinki, kemas hasilnya.
MW: Menariknya. Kreatif sungguh dari botol kaca boleh jadi bekas rempah ratus yang cantik ni. Nampak kemas je, paling penting jimat ruang di dapur.
Sumber: Fridie Yusop
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI