Memang seronok beli sayur-sayuran tak kiralah di pasar basah, kedai mahupun di pasaraya. Nak beli sayur pun ada tipsnya, kena pandai pilih barulah sayur-sayurnya betul-betul segar. Bukan main ambil dan beli je. Bukan apa bila sayur-sayur yang kita beli segar, ia boleh tahan lama, disimpan tak mudah busuk malah bila dimasak pun bertambah sedap.
Mak-mak yang nak beli sayur tu, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Hani Mynis ni sebagai panduan;
Rutin Mingguan: Shopping barang dapur
Tips beli sayur
Tipikal kebanyakan isteri-isteri mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronok nya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh-fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susah nye nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.
Alang-alang Aqil tengah tido tengah hari dia, hani share sikit tips beli sayur (sayur apa je yang hani terfikir sekarang lah) ye.
1. Sayur berdaun (sawi bayam kangkung)
Pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)
2. Bendi
Selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu.Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur haha.
Ads
Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan, pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.
3. Kacang Panjang
Sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim takde benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.
4.Tomato
Nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.
Ads
5. Timun
Timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkalnya hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.
6. Peria
Peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. Nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar.
7. Lobak
Pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.
8. Sayur Berubi
Macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.
Ads
9. Terung
Pilih yang warnanye sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung pnjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung)
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba tip yang dikongsikan bila nak beli sayur-sayuran, barulah betul-betul segar dan masakan pun jadi lebih sedap bila dimasak nanti.
Masak telur. Mungkin kita dah terbiasa dengan rebus dalam air mendidih dan tunggu beberapa minit untuk masak. Senang sangat kan.
Mungkin untuk masak telur ambil masa mak-mak juga. Nak tunggu berapa minit supaya masa elok dan kalau terleka takuntya kering pula air untuk rebus telur tersebut.
Jadi, untuk mudahkan mak-mak terutamanya yang ada airfryer, anda boleh gunakan untuk masak telur. Jangan terhadkan kepada masakan tertentu saja. Ini antara perkongsian daripada Ida Shahida untuk masak telur rebus. Boleh cuba di rumah nanti.
Lepas ini kalau malas nak rebus telur boleh masak dalam airfryer je.
Bahan:
10 biji telur
Masa: 10 minit.
Caranya:
Cuci telur elok elok
Terus Masukkan kedalam ‘ basket’ airfryer
Masukkan suhu 180 masa 10 minit
Tekan ‘ start’
Elok kejadiannya. Dah boleh makan.
Bagi telur separuh masak, gunakan suhu 160’ dan masa 5 minit.
(Bergantung kepada telur gedik yang inginkan. Boleh adjust masaknya.
Tapi, sebenarnya bergantung kepada berapa biji nak rebut. Semakin sikit, semakin sekejap masa untuk memasak.
Petua Untuk Mudah Kupas Kulit Telur
Masukkan telur yang masih panas tu ke dalam mangkuk yang berisi air.
Bagi tenggelam telur . (Boleh sejukkan dulu telur rebus itu.)
Kemudian kupaslah kulit telur tu di dalam air satu persatu..
Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Bolehlah cuba masak dalam airfryer ye. Jimat masa dan dapur bolehlah guna untuk masak lauk lain ye.
Hilangkan jerawat halus, inilah masalah kulit yang kita alami tanpa sedar. Memang tak nampak tapi bila rasa dengan tangan rasa berbiji-biji je kulit muka. Ini belum lagi masalah jeragat dan pori terbuka.
Mungkin dengan rawatan di pusat kecantikan boleh membantu. Tapi takutnya, tak sesuai boleh buat kulit muka kita bertambah terus. Daripada nak hilangkan jerawat halus, timbul pula jerawat batu. Jenuh nanti.
Sebenarnya, nak hilangkan jerawat halus, jeragat atau masalah kulit lain, boleh guna petua tradisi yang memang diakui menjadi dan tidak mengecewakan. Cuma kena ada sedikit usaha dan kerajinan.
Kali ini Afy AL Habibi berkongsi petua tradisional untuk menutup pori, hilangkan jerawat halus dan jeragat. Hanya gunakan tomato dan ‘roller’ saja di muka. Nak dapat hasilnya kenalah buat rutin setiap pagi ye!
Cikgu mula perasan kedutan garis halus kat tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Ini belum lagi masalah pori terbuka dan jerawat yang timbul sebabnya suka tukar-tukar produk.
Jadi, datang semangat nak merawat kulit semula guna cara tradisional. Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, cikgu malas nak balut dalam kain tuala. Amal rutin ini setiap pagi. Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semulajadi dan ais sebagai perawatan wajah.
Senang cerita, boleh mengembalikan kulit menjadi sihat dan awet muda semula. Kuncinya kena rajin. Sekadar buat sekali dua memang payah nak berkesan. Jangan tinggal walau satu hari.
Caranya:
1. Buat dengan separuh biji tomato. Basuh bersih-bersih dulu. Campur sedikit air. Buat syarat pengisar boleh berputar.
.
2. Selepas itu, isikan dalam bekas roller ni.
.
3. Dah siap beku semalaman.
.
Cara Nak Gunakan:
Lebih bagus kalau kita buat sebaik buka mata. Basuh kulit wajah bersih-bersih dulu.
.
Kemudian tonyohlah perlahan-lahan ais roller tomato ni ke seluruh wajah. Gerakan dari bawah ke atas lagi baik.
.
Buat lama-lama sikit. Relaks je duduk atas kerusi hayati rasa sejuk dan tegang kulit muka mula terasa.
.
Haa lepas tu biarkan sampai ia mengering sendiri.
Selitkan juga hirisan tomato yang tidak dikisar untuk dicampur dalam roller ini.
.
Lepas mengering, basuh muka semula. Tak payah guna sabun @ pencuci ya. Bilas dengan air paip sahaja. Terus rasa segar dan kulit anjal.
Secara tak langsung manfaat rawatan ais tomato yang kita bekukan memang boleh buat kulit jadi tegang cantik. Jangan lupa lakukan setiap pagi.
Mingguan Wanita : Sebenarnya, banyak bahan kat dapur yang kita boleh guna untuk rawatan kecantikan.
Lepas seronok dapat peluang beraya dengan mak ayah di kampung, sambung pula penuhi rumah terbuka di musim raya. Ya, Syawal masih berbaki. Tentu tak menang tangan untuk memenuhi undangan ke rumah terbuka.
Untuk keluarga kecil saya, kami tak pernah adakan rumah terbuka tapi kami sentiasa berbesar hati untuk menerima kedatangan saudara mara dan rakan taulan yang sudi berkunjung. Kata orang, tetamu datang bawa rezeki untuk tuan rumah, takkan mahu tolak kan?
Ujian Mak Ayah Sakit
Ramadan dan Syawal 2018 berbeza buat saya dan adik beradik apabila mak dan ayah kami diuji dengan masalah kesihatan. Ayah hampir kehilangan ibu jari kaki akibat kencing manis. Alhamdulillah, semakin sembuh.
Sakit ayah belum pulih sepenuhnya, kami diduga pula dengan masalah kesihatan mak yang diserang strok untuk kali kedua. Tiga tahun lepas, ketika serangan strok pertama, mak hanya tak mampu bertutur dengan jelas, tapi fizikalnya masih kuat. Boleh uruskan diri sendiri. Tapi serangan strok kali kedua ini, separuh badan (sebelah kirinya) lumpuh dan terpaksa berkerusi roda. Tak mampu untuk uruskan diri sendiri.
Tiga hari mak berada di hospital sebelum dibenarkan pulang. Ketika itu, sehari sebelum pilihan raya. Dari awal mak sakit, salah seorang makcik telah berpesan kepada kami supaya menjaga solat dan aurat mak. Katanya, apabila pesakit sudah tak mampu menguruskan diri, tanggungjawab penjaga untuk membantu pesakit berwuduk dan solat. Mungkin solat mereka tak sempurna, tetap kena bantu mereka solat macam biasa. Jangan jadikan alasan mereka sakit, maka mereka tak perlu solat.
Selepas strok, mak tidak ingat bacaan solat dan setiap kali solat, kami perlu ada di sisi untuk bacakan setiap bacaan dalam solat, daripada niat hinggalah doa selepas solat. Mak solat sambil duduk, hanya akan mengikut bacaan di dalam hati saja.
Berwuduk juga mudah, gunakan spray (semburan) saja dan tak perlu bawa ke tandas setiap kali nak berwuduk. Tapi pada mulanya sukar juga nak pujuk mak yang tiap kali nak solat, dia hendak ambil wuduk di tandas seperti biasa. Mungkin rasa tak yakin ambil wuduk dengan menggunakan semburan air saja. Tapi bila dipujuk dan diterangkan, mak akur. Susah juga kerana tiap kali hendak ke tandas, kami kena angkat dan tolak kerusi roda ke tandas.
Aurat Perlu Dijaga
Begitu juga bila tetamu datang ziarah, tak kira di hospital atau di rumah. Anak-anak yang menjaga perlu ambil berat soal aurat walau pun pesakit sedang berbaring sekali pun. Pastikan kepala mereka ditutup sempurna. Kadangkala perkara ini sering kali ‘terlepas pandang’ oleh penjaga.
Sepanjang Ramadan lalu, kami bawa mak ke Selangor. Untuk hari bekerja, dijaga adik di Klang. Pada tiap hujung minggu, mak akan dibawa ke rumah saya di Shah Alam dan dua orang adik juga akan berkampung di rumah saya untuk menjaga mak bersama-sama. Ya, bukan mudah hendak menjaga orang sakit yang memerlukan bantuan kita untuk setiap perkara. Sabar kena sangat tinggi. Tapi, bahagia tetap memenuhi ruang hati bila dapat menjaga orang yang kita sayang. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan sepenuhnya untuk mak dan ayah saya.
Aamiin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...