Cara muliakan hati isteri, suami kena turunkan ego dan rendahkan diri untuk layani pasangan ikut perintah Allah. Bukannya rendahkan diri menurut segala kemahuan dan arahan isteri membuta tuli.
Sebaiknya layani dan muliakan hati seorang isteri dengan cara yang sebenar, dengan cara yang Islam anjurkan.
Cara Muliakan Hati Isteri
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar:
Pesan guru saya:
Mencintai isteri itu perintah Allah. Ini termasuklah membela, menjaga, memberi perlindungan dan melayani isteri dengan penuh rasa kasih sayang.
Maka, siapa yang tidak mencintai dan memuliakan isteri yang telah taat dan patuh pada suami, suami itu berdosa.
“Dan hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik.” Ini Allah sebut dalam surah An-Nisa ayat 19.
Ikutkan ayat ini, melayani isteri dengan cara yang baik itu adalah wajib. Menjadi tanggungjawab suami pula untuk santuni isteri dengan cara yang paling istimewa.
Ads
Suami Kena Turunkan Ego
Ingat kawan-kawan pesan Nabi kita:
“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-sebaik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.”
Macam tu sekali Nabi kita mengingatkan kita tentang layanan suami terhadap isteri. Mereka ini teman kita, kawan kita yang paling kita percaya, tempat untuk kita melahirkan segala sifat kasih dan cinta.
Benar. Memuliakan hati seorang isteri ini memerlukan kita untuk menurunkan ego kita sebagai seorang suami. Namun hiduplah dengan prinsip yang betul.
Kita bukan merendahkan diri sampai kita menuruti setiap arahan dan kehendak isteri. Sampai orang kata kena suruh suruh itu ini.
Ads
Tidak. Itu yang saya sebut hidup berprinsip. Lelaki itu ketua. Namun tak salah kalau ketua itu turut membantu buat kerja rumah contohnya, jaga anak-anak, basuhkan baju, kemaskan dapur dan uruskan baju sendiri.
Begitulah. Firdaus Mokhtar, Belajar.
Mingguan Wanita : Jika seorang suami berusaha menjaga dan memuliakan hati seorang isteri sehabis baik, mungkin seoarang suami akan mendapat balasan yang baik juga daripada isterinya. Renung-renungkan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Resipi mak dulu-dulu, masak paling ringkas pun dah rasa sedap sangat. Kalau nak tiru mesti tak jadilah. Tak sama dengan air tangan mak-mak.
Lagi satu, kalau diingat resipi mak dulu-dulu, ia akan mengingatkan nostalgia zaman kita susah. Betapa strugglenya ayah cari rezeki untuk besarkan adik beradik kita.
Beza sungguh dengan anak zaman sekarang, minta saja terus mak ayah tunaikan. Bergantung pada kemampuan mak ayah juga.
Perkongsian daripada Habibah Husin, mungkin mengingatkan kita kepada nostalgia bersama mak ayah dan adik beradik kita dalam menjalani kehidupan dulu. Susah senang bersama demi kelangsungan hidup.
Arwah abah dulu hanya menoreh getah, selain dari tu petang-petang abah akan ke kebun menanam pisang. Pisang nipah, tanduk, pisang nangka pisang rastali antara pisang yang abah tanam.
Saya, walaupun perempuan selalu ikut abah pegi kebun. Pisang yang abah tebang di susun atas para motor untuk dijual kepada peraih cina di kampung. Allahuakbar rindunya zaman kanak-kanak.
Setiap kali menebang pisang abah pasti akan bawa balik setandan dua untuk kami kat rumah. Kebiasaannya abah akan request goreng pisang kosong mcm ni.
Cara-cara:
1. Pisang nangka @ pisang nipah yang muda dibersihkan.
2. Potong nipis guna pisau (bukan guna penyagat).
3. Rendam dalam air garam selama 15 minit.
4. Goreng sampai kekuningan. Siap.
** Malam ni mak cakap lapar, jadi saya goreng pisang macam dulu-dulu mak pernah goreng untuk kami. Alhamdulillah banyak mak makan.
Abah, terima kasih kerana bekerja keras untuk besarkan kami adik beradik. Hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya… Alfatihah.
Mingguan Wanita : Kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
Ibu susuan ialah seorang seseorang wanita yang bukan ibunya menyusukan bayi yang berusia kurang dua tahun sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi tersebut kenyang.
Dewasa ini, umat Islam semakin peka dan mengambil berat tentang isu mahram. Sebab itu, bagi pasangan yang mengambil anak angkat, mereka mengambil inisiatif untuk menyusu badan bayi tersebut kerana hendak menjaga soal mahram. Bayi itu akan menjadi anak susuan kepada pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat. Tiada masalah lagi dari segi aurat bersama ibu/bapa angkat dan adik beradik angkatnya kelak.
Ini Cerita Ibu Susuan
Bila bercakap tentang saudara susuan, saya sendiri mempunyai saudara susuan iaitu sepupu saya, anak kakak kepada emak saya, arwah mak teh. Kami sebaya dan abang susuan saya itu hanya tua sebulan daripada saya. Pada zaman dahulu, ibu bapa kami tinggal serumah di rumah kepunyaan datuk dan nenek di kampung. Bila emak saya perlu ke kebun, arwah mak teh yang akan jaga dan susukan saya dan abang susuan saya, Ahmad Borhan.
Begitu juga bila giliran mak teh ke kebun, mak yang akan jaga dan susuan kami berdua. Bila besar, kami sudah maklum tentang hubungan kami itu. Jadi, kami tak kisah nak bertepuk bertampar kerana kami mahram. Walau pun saya anak sulung, tapi saya anggap dia abang saya dunia akhirat. Selepas berkahwin, saya terangkan kepada suami tentang hubungan kami. Tak mahu dia terkejut kalau tengok saya salam dan cium tangan sepupu lelaki saya itu atau selamba tidak bertudung di depannya. Kang ada yang kena cubitan berbisa!
Adik ketiga saya juga turut menjadi adik beradik susuan dengan seorang lagi sepupu kami. Mereka juga sebaya dan ketika itu mereka umpama pasangan kembar. Hubungan mereka juga tetap mesra sehingga kini walau pun masing-masing sudah berkeluarga. Agaknya, pernah berkongsi susu yang sama membuatkan kemesraan itu tetap wujud di hati walau pun jauh terpisah dan jarang bersua.
Apa Yang Bagusnya…
Dalam kalangan adik beradik saya pula, sembilan anak saudara saya ( berusia 4-11tahun) ada pertalian saudara susuan di antara mereka. Ini kerana adik-adik perempuan saya akan saling menyusukan anak-anak mereka. Bagi saya, ia sangat bagus kerana kelak mereka tidak perlu lagi risau soal aurat jika sama-sama pulang ke kampung. Bahkan anak susuan akan panggil mak dan bapa susuan mereka mengikut gelaran yang anak kandung panggil. Kecuali anak saya yang tidak sempat hendak menjadi saudara susuan sesiapa kerana ketika dia lahir, dia anak saudara sulung dalam keluarga dan tidak ada makciknya yang berkahwin ketika itu.
Secara peribadi, bagi saya ia sesuatu yang bagus kerana boleh menjaga aurat sesama sepupu. Soal takut dan bimbang jika kelak mereka jatuh cinta tak timbul kalau dari kecil lagi mereka sudah diberitahu akan status mereka sebagai adik beradik susuan. Betul tak?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila isteri kena angkat “baby tua”, gelagat suami minta didukung buat ramai terhibur. Ada berbagai cara untuk suami isteri mencipta momen kenangan sepanjang perkahwinan. Selain keluar bersama-sama, mendapat pasangan yang suka bergurau juga antara kenangan yang pasti membuat kita ketawa sepanjang masa.
Bila Isteri Kena Angkat “Baby Tua”
Dari satu perkongsian di Tik Tok @bapaktirikau atau nama sebenarnya Muhammad Nor Asyraf ada berkongsi momen dirinya meminta isteri mendukungnya walau penat balik dari bertugas sebagai anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) membuatkan ramai terhibur.
Ini kerana sebaik isterinya membuka pintu rumah balik dari on duty, dirinya terus menyambut kepulangan isteri. Reaksinya yang melompat-lompat kegembiraan seolah anak tunggu mak balik membuatkan ramai ketawa.
Dalam ramai menyangka dirinya akan hanya memeluk isteri tanda sayang dan selamat sampai ke rumah, sebaliknya Asyraf telah meminta isteri, Diniey Azrina Mohamad Nasir mendukungnya hinggakan ramai bertanya dalam nada gurauan, laa ingatkan nak dukung isteri tapi rupanya minta isteri dukung.
Masa yang sama ramai bertanya, siapa suami sapa isteri dalam nada gurauan kerana amat jarang isteri mahu mendukung isteri. Ternyata gelagatnya mengusik isteri yang baru dinikahi bulan Oktober lalu membuatkan ramai terhibur.
Ciptalah momen sebanyak-banyak dengan pasangan kerana ia kenangan yang sukar dilupakan hingga usia menua.
Didoakan pasangan ini bahagia hingga ke usia tua dan till jannah bersama-sama.
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...