Bercucuk tanam ini akan jadi seronok kalau lihat hasil tanaman menjadi dan subur. Tapi akan jadi sedih dan kecewa bila ada benda-benda asing yang datang menyinggah, sampaikan habis tanaman rosak.

Tak kiralah masa tanaman itu kecil atau pun dah membesar. Nampak macam menjadi tapi silap gayanya mula rosak dek kerana serangga tanaman yang menumpang. Kadang-kadang sudah macam cara guna untuk bagi tanaman itu menjadi. Mungkin berjaya tapi ada hanya sementara. Lepas itu, ada pula serangga lain yang datang.

Serangga tanaman tidak hanya pada bena putih yang sering kita tengok tapi boleh jadi juga serangga lain yang diluar jangkaan seperti siput, semut, ulat atau pun rumput rampai. Inilah yang boleh keseronokan dan semangat untuk bercucuk tanam mula menipis.

Selain penggunaan semburan serangga yang sering diperkatakan, ada satu lagi bahan yang boleh mak-mak gunakan untuk semburan pada pokok tanaman. Inilah yang dikongsikan oleh Cherie Sis Noriza yang hanya menggunakan baking soda.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Guna Air Basuhan Beras Untuk Semburan ‘Bena Putih’ Pada Pokok Cili, Mudah, Murah

Ads

Petua Elak Serangga Tanaman, Sembur Rendaman Kulit Bawang Selama 3 Hari, Selesai Masalah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Menjadi! Guna Baking Soda

1. SIPUT
Biasanya, ia menyerang pada waktu malam. Hanya taburkan baking soda pada keliling tanaman. Dikatakan otot siput akan hancur, jika terkena soda.
Paling penting, pastikan baking soda tidak terkena pada pangkal tanaman dan hanya gunakan untuk keliling tanaman sahaja.
2. FUNGUS
Campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air. Kacau sebati. Semburkan pada bahagian yang kena fungus atau kehitaman.
3. JANGKITAN DEBU PUTIH
Campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air + 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
Semburkan pada permukaan daun yang terkena debu putih itu secara rutin setiap minggu hingga hilang jangkitan.
4. SEMUT
Ambil sedikit gula halus dan campurkan dengan sedikit soda. Taburkan pada laluan semut tadi. Semut akan mati bila termakan soda. Mak-mak boleh juga buat campuran air semburan seperti semburan untuk jangkitan debu putih.
5. ULAT RATUS – LUBANG-LUBANG KAN DAUN TANAMAN
Campurkan soda + tepung jagung. Taburkan pada bahagian yang diserang. Ulat-ulat itu akan mati.
6. RUMPUT RUMPAI
Taburkan soda pada pangkal rumput rumpai. Rumput akan mati.

MW: Kebanyakan caranya hanya taburkan saja. Mudah. Boleh cuba cara ini pula.

Ads

Sumber: Cherie Sis Noriza

Gambar: GOOGLE

Ads

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI