Taugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak masa di rumah boleh buat aktiviti tanam taugeh sendiri dengan anak-anak.
Caranya mudah je, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Jun Din ini sebagai panduan;
“Jomm buat taugeh sendiri, hari ke 3 dah boleh tuai hasil.”
Ads
Bahan-Bahan:
Kacang Hijau
Penapis
tuala basah
Penapis
Tong/ Bekas 4 segi
Cara Membuat:
1. Rendam kacang hijau sampai kembang.
2. Letak penapis, letak tuala basah dan tabur kacang hijau.
3. Ulang lagi langkahnya. Saya buat 2 lapis je. Masukan penapis ke dalam tong.
4. Akhir sekali, tutup dengan tuala basah dan siram.
5. Saya bubuh dalam tong 4 segi. Tong hitam lebih baik.
6. Tutup tong, simpan tempat gelap.Setiap 6 ke 7 jam siram.
7. Setiap hari buang air yang tertakung.
8. Hari ke 3 dah boleh tuai.
MW:Semoga Bermanfaat! Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.
Anai-anai memang musuh nombor satu dekat rumah kerana ia boleh barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan.
Nak guna khidmat servis kawalan anai-anai untuk menghapuskan serangga perosak ini pula boleh tahan mahal harganya. Mampu mencecah ribuan ringgit.Bukan semua orang ada bajet tersebut.
Jadi nak atasi masalah anai-anai ini di rumah, boleh cuba cara ini. Hanya guna campuran minyak tanah dan garam kasar. Ia bukan saja berkesan, selamat tanpa menggunakan racun sekaligus menjimatkan kos.
Alhamdulillah…dari perkongsian sahabat-sahabat kita akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi.
Bahan-Bahan Pembasmi Anai-Anai yang saya gunakan:
Minyak tanah 2kg (agak-agak 2botol mineral)
Garam kasar 2kg (dalam 2beg)
Cara Membuat:
1. Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas.
2. Saya guna tin thiner dan biarkan semalaman. Keesokkannya mulakan operasi.
Hasilnya.Wow, memang terbaik. Bersidai semua anai-anai yang kena tu.Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak.
Moga berguna untuk semua.
Info Ekstra!
Sebaiknya sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi dia tolong bawak masuk dalam sarang dia.
Saya guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan tu ditaburkan. Yang ni saya buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu saya pun kena 3 kali baru yakin menjadi.
Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap ja rasanya, yang ini saya terus sembur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah anai-anai dekat rumah tu, boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini. Sembur dengan campuran minyak tanah dan garam kasar sahaja. Lakukan beberapa kali.
Rasa senangnya hati, bila pakaian siap dilipat dan elok tersusun di tempat masing-masing. Bahagian baju, kain, seluar dan sebagainya. Kiranya, kalau nak ambil pakaian itu, kena hati-hati sebab bimbang hilang bentuk susunannya.
Tidak dinafikan juga, setiap mak-mak ada cara tersendiri dalam melipat baju. Cuma, bila nak lipat itu bergantung kepada moodnya. Ada yang bila saja angkat dari ampaian terus dilipat baju. Tapi, ada juga yang boleh simpan sampai berminggu, hingga menimbun seperti bukit la jawabnya.
Malah, bukan saja lipat baju, ada banyak lagi jenis-jenis kain yang dibasuh dan perlu dilipat. Kalau yang kecil sampailah yang besar, kena elok tersusun mengikut bahagian masing-masing.
Masalahnya, kalau ada anak kecil, elok tersusunnya hanyalah seketika, bila datang anak ambil pakaian, habis terburai. Ini belum lagi bila minta anak tolong simpankan sendiri pakaian yang telah dilipat.
Sebenarnya, nak bagi elok tersusun pakaian ada caranya. Lebih-lebih lagi cara nak lipat cadar yang bergetah. Memang susah untuk betulkan dan nampak cantik. Kadang-kadang boleh tengok cadar yang dilipat nipis dan tak kurang yang tebal, belum lagi kedutan getah itu tak sama lipatannya.
Wanita ini berkongsi cara nak melipat cadar fitter supaya nampak elok dan tersusun. Tak nak bagi berselerak, masukkan sekali aarung bantalnya dalam lipatan tersebut. Adik beradik, apatah lagi mentua pun tersenyum, puas hati bila tengok elok tersusun.
“Boleh cuba cara ni untuk ambil hati ibu mentua. Jom belajar lipat cadar (fitted) cantik-cantik”.
Ikut cara ini.
1. Cadar ini adalah bersize King..
2. Mula-mula, temukan bucu ke bucu.
3. Seperti ini.
4. Kemudian, kemaskan bucu lagi satu juga.
5. Sampai jadi segiempat macam ni.
6. Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah itu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
7. Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar ‘single’ boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan sedikit lipatan ni. Step ini akan menentukan ‘lebar lipatan cadar’ bila siap nanti.
8. Lipat bahagian atas pula. Sampai jadi macam ini. Kemaskan.
9. Selepas itu, lipat lagi…
10. Bolehlah susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar supaya sarung bantal kita ‘tak hilang’.
11. Siap! Ini cara lipatan cadar “fitted”. Boleh cuba. Insya Allah senang saja.
12. Contoh susunan dalam almari. Cadar ini ada size Queen dan juga Super Single.Apa yang penting, lebar lipatan cadar tu mesti sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok saja dan tak tumbang.
MW: Boleh cuba cara ini, sebab biaa yang kita buat itu boleh ‘naik angin’ sebab asyik tak sama je. Mungkin sebab ada getah kat tepi kot.
Minggu ini dah hujung bulan kita meraikan sambutan hari raya, jadi rasanya semua orang masih gigih beraya. Pastinya tiap kali hujung minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka hinggakan ‘tak menang badan’ untuk tidak menolak jemputan kawan-kawan.
Boleh dikatakan jemputan kawan-kawan ada yang sampai 4-5 buah rumah. Bagi setiap rumah bukan hanya singgah selama 10 minit sahaja. Paling cepat pun mungkin 30 minit. Borak-borak sambil makan-makan. Ini belum lagi termasuk melayan anak-anak yang hendak makan.
Melayan anak makan nie, bukan apa takut nanti habis ‘berkecah’ rumah orang, satu kerja pulak tuan rumah untuk membersihkan. ‘Tak apalah, biasalah budak-budak’ Mungkin itu yang biasa tuan rumah akan jawab tapi bagi pihak ibu bapa perasaan segan itu mesti ada. Tambahan kalau anak-anak kita nie yang memang kita dah tahu peel diorang macam mana.
Setahun sekali. Inilah masa untuk kita satu keluarga berjumpa kembali sanak saudara mahupun kawan-kawan di jemputan rumah terbuka. Bagi pasangan yang baru berkahwin, tiada masalah untuk menghadirinya tetapi bagi mak-mak yang mempunyai anak lebih daripada seorang. Masa untuk mempersiapkan anak dah satu hal dan ini belum lagi termasuk bila di rumah orang. Rasanya, sukar untuk mengawal anak-anak, terutamanya bila anak yang peramah berjumpa dengan kawan-kawan sebaya dengan mereka.
Viral di media sosial baru-baru ini tentang televisyen berkecai dengan ikan-ikan kat kolam mati ketika tuan ruamh mengadakan rumah terbuka. Pada saya, kita tak boleh marahkan tetamu yang datang kerana membiarkan anak-anak buat sesuka hati. Malah, tak pula nak salahkan tuan rumah.
Sebenarnya semua ini di luar kawalan. Mungkin anak-anak terlalu teruja atau mungkin dalam mood yang tidak elok (mengantuk, lapar dan sebagainya. Maklumlah, banyak tempat yang perlu kena ikut dengan ibu bapa). Manakala, tuan rumah pula, tidak terfikir atau terlepas pandang untuk simpan di tempat yang sepatutnya.
Jadinya, kita sebagai mak ayah pada anak-anak yang tentu sudah tahu peel anak-anak, cuba pesan pada mereka supaya jaga tingkah laku ketika berada di rumah orang. Biasanya mak-mak boleh bagi ingatan semasa di rumah dan masa dalam kereta. Insya Allah, kalu di pesan awal-awal anak-anak mesti akan dengar. Tak caya cubalah!.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...