Telur terlalu lembik atau terlalu keras. Paling sakit hati apabila kita mengupas kulit telur, isinya turut terkupas sama. Itu adalah antara masalah yang sering kita hadapi apabila merebus telur.
Ala…rebus telur aje. Takkan itu pun tak tahu. Tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang sebab ‘terlalu’ pandai merebus telur, ada kalanya hasilnya tidak seperti yang diinginkan.
Sangat tidak cantik telur itu, kan?
Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Merebus Telur?
Bagi mendapatkan telur yang sempurna, anda boleh pilih tempoh masa yang anda suka.
(lihat gambar)
Berikut Adalah Cara Mudah Rebus Telur
Langkah 1:
Letakkan telur di bahagian bawah periuk. Pastikan tidak letak telur terlalu padat di dalam periuk.
Langkah 2:
Isikan periuk dengan air. Pastikan jumlah ukuran air itu seinci di atas telur.
Ads
Langkah 3:
Masak air mendidih dalam keadaan api suhu tinggi.
Langkah 4:
Setelah air mendidih, tutup periuk dengan penutup. Angkat periuk daripada dapur. Jangan angkat penutup periuk. Biarkan telur yang berada dalam periuk berisi air itu sejuk. Anda boleh tetapkan pemasa (timer) dari 4 hingga 12 minit.
Langkah 5:
Isi mangkuk besar dengan ais dan air.
Ads
Langkah 6:
Apabila telur mencapai masa memasak yang diinginkan, gunakan penyepit untuk mengeluarkan telur dari air panas dan rendam perlahan-lahan ke dalam air ais yang telah disediakan sehingga sejuk. Biarkan ia di dalam air ais selama kira-kira 10 minit.
Langkah 7:
Ketuk telur dengan lembut di atas permukaan yang keras dan kupas kulitnya. Bilas telur di bawah air sejuk untuk membuang kulitnya. Keringkan telur.
Kadang kala semasa mengupas telur, anda mungkin menyedari bahawa isi telur itu melekat dengan kulitnya. Ada banyak sebab mengapa kulit telur tidak dapat dikupas dengan baik.
Ads
Jangan risau. Ini perkara normal dan sering berlaku apabila mengupas kulit telur.
Kenapa ia berlaku?
Telur baru sukar untuk dikupas kulitnya. Manakala telur lama lebih mudah dikupas kulitnya.
Tip Kupas Kulit Telur Tanpa Terkupas Sekali Isi
Terdapat banyak tip cara mengupas kulit telur dengan baik tanpa menyebabkan isinya terkupas sama.
Anda boleh tambahkan satu sudu teh baking soda ke dalam air rebusan. Atau anda juga boleh tambahkan satu sudu teh cuka ke dalam air rebusan.
Selain itu, anda juga boleh memecahkan kulit telur yang telah masak sebelum merendamnya seketika di dalam air berais.
Pokok snake plant yang tiba-tiba viral ini rupanya senang dijaga dan tak perlu belai lebih-lebih. Hanya siram dua kali sebulan.
Jadi sesuailah untuk mak-mak yang super busy dan tak cukup masa untuk “manjakan”tanaman. Tak kisahlah pokok ini betul ke tak penyerap atau penyedut habuk, asalkan rumah bertambah berseri.
Ikuti perkongsian Yuslan Ibrahim, katanya pokok ini teramat senang nak jaga.
Alhamdulillah… Siap lima pasu pagi ini pokok viral … Orait abam nak share tips tau… Moh share laju-laju..
Snake Plant ini teramat senang menjaganya… Di sini saya senaraikan simple tip penjagaan pokok viral ini :
1. Siram 2 kali sebulan sahaja, jangan kerap siram nanti mati atau busuk pokoknya.
2. Sesuai indoor dan outdoor, kalau indoor kadang-kadang letak tepi pancaran matahari untuk pastikan daunnya sihat dan hijau.
3. Semai dengan soil yang 3IN1 ada dijual dekat nursery. Selepas 3, 4 bulan bolehlah letak baja bulat hijau untuk daun Itu (jual di kedai Eco). Kalau ada baja organik lagi bagus.
4. Pokok ni cepat biak, bila sudah banyak anak tu, pindahlah ke pasu lain.
5. Nak cantik tanam dalam pasu yang jual dekat nurseri yang comel-comel itu.
6. Tip hendak cepat membiak, tanam outdoor macam kami, cepat gila membiaknya.
7. Pokok ini tak perlu tilik dan belai serta siram, nanti terbantut dan busuk daunnya.
MW: Apa lagi mak-mak, jangan risau tangan panas. Insyallah pokok ni confirm hidup, mudah sangat nampaknya nak tanam dan bela.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, sediakan bubur setiap hari bagaikan satu kemestian. Tapi nak masak bubur tu, makan masa juga sebab perlukan tempoh yang lama nak tunggu beras benar-benar hancur dan bubur betul-betul masak.
Rupanya ada cara mudah untuk sediakan bubur ekspress untuk anak.Hanya perlukan 10 minit sahaja untuk beras cepat masak dan hancur. Tipsnya adalah gunakan beras yang dibekukan dalam air.
1.Basuh beras bersih-bersih, masukan dalam bekas dan isikan air.Bekukan beras Untuk bagi cepat masak dan hancur.
2.Simpan beras tadi dalam peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap-siap senang nak masak nanti.
3.Time ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yang beku tadi.
4.Semua dah bersatu macam ni tunggu 10 minit pastikan api sederhana kecil tau.
5.Kejadian bubur selepas 10 minit
6.Dah siap masak tadi blend dan masukan dalam bekas macam ni.Simpan dalam peti sejuk,time anak nak makan keluarkan satu bekas rendam guna air panas.Sehari 3 kali anak makan, sebekas beras tadi boleh dapat 5 bekas.
Siap! Semoga bermanfaat!
Mudah sangat rupanya mak-mak nak buat bubur ekspres untuk anak. 10 minit dah siap tak perlu nak tunggu, biarkan masak lama atas dapur.Kena cuba cara yang dikongsikan ini.
Bawang merah antara bahan wajib yang sering digunakan dalam masakan. Bila nak masak banyak menggunakan bawang merah, memang jenuh nak kupas kulitnya sebab kulitnya kering dan mudah melekat. Ada cara mudah dan cepat nak kupas bawang merah ni. Hanya perlu rendamkan sekejap dalam air panas.
Dalam perkongsian di Tiktok Awang Dapurada kongsikan tip mudah dan pantas nak kupas bawang merah ni.
Cara-Caranya:
1. Ambil bawang merah yang nak dikupas dan letak dalam mangkuk.
2. Curah air panas dan biarkan seketika semua bawang merah terendam dalam mangkuk tadi.
3. Selepas beberapa minit cuba kupas bawang tersebut.Potong bahagian atas dan bawah bawang tersebut.
4.Hasilnya kulit bawang lebih mudah dikupas sekeping-sekeping dan tertarik semua. Tak mudah terkoyak.
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Sesuai sangat jika nak masak menggunakan banyak bawang merah. Kerja mengupas kulit bawang merah ni jadi lebih mudah dan pantas.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...