
Isi Kandungan
ToggleBila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah agak leceh dan lambat untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah untuk mempercepatkan arang menjadi bara iaitu dengan menggunakan bekas telur dan minyak masak terpakai.
Cara dan kaedah ini dikongsikan oleh Encik Sabaruddin Mohd Noor sebagai panduan;
Cara mudah sediakan bara untuk panggang.
Bahan Diperlukan:
Bekas Telur
Bekas Pemanggang
Minyak Masak terpakai
Cara Membuat:
1. Letak bekas telur yang dipotong ikut saiz pemanggang.
2. Tuang minyak masak terpakai atas bekas telur.
3. Nyalakan bekas telur.
4. Letak arang atas bekas telur.
5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.
6. Sedia untuk memanggang.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!
Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
MW: Jadi kalau rancang nak buat bbq nanti, boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ini.Memang mudah dan arang cepat menjadi bara bila gunakan bekas telur dan minyak masak terpakai.
Sumber : Sabaruddin Mohd Noor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baik Kurma Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Tolong Basuh Dulu Sebelum Makan

Isi Kandungan
ToggleKurma ini jadi cukup terkenal bila tiba bulan puasa. Sebab ramai yang tahu dan faham khasiatnya pada mereka yang ambil pada bulan Ramadan ini.
Sayangnya, dalam pada nak dapatkan khasiat kurma itu rupanya tak seratus peratus kurma itu sendiri dalam keadaan bersih. Proses memetik sampailah kepada pembungkusan memungkinkan kurma ini melalui perjalanan pemprosesan yang panjang.
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli. Dan ini alasannya.
Baca sini : Buat Sendiri Stok Pati Kurma, Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Sahur
Tolong Basuh Dulu Kurma fresh, Sejuk Beku Atau Kering
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Cara Cuci Kurma
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.

Cara nak bersihkan kurma :
- Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
- Lepastu bilas dengan air bersih.
- Kemudian tapis, kalau nak lebih baik.
- Jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
- Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
- Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Mingguan Wanita : Penting untuk kita menjaga kebersihan lagi-lagi berkaitan apa yang kita makan dan ambil hari-hari. Semoga lebih prihatin.
Sumber/Foto : Niena Samsir
Beli KURMA AJWA MADINAH di sini : https://invol.co/cla6s8q
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita, Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut

Isi Kandungan
ToggleBukan namanya wanita kalau sehari tak belek kulit berkedut di depan cermin. Setiap wanita pasti mahukan kulit yang cantik dan tampak awet muda. Kalau boleh nak kulit mulus macam baby. Tapi ramai wanita yang lakukan kesilapan dengan mengambil makanan yang cepatkan penuaan.
Saya sendiri pun tidak menyedari kesilapan ini sehinggalah terbaca fakta yang dikongsikan dalam web di luar negara. Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan.
Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kenali empat jenis makanan tersebut.
Garam
Mengambil garam berlebihan (500 mg sodium sehari) akan mengudang pelbagai penyakit seperti darah tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia menyerang kolagen. Akibatnya kulit mudah kendur. Golongan yang mengambil garam secara berlebihan kebiasaannya mengalami masalah bengkak di bawah mata. Sudah pasti situasi ini mencacatkan kecantikan wanita.
Gula
Tahukah anda gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Perkara ini diakui oleh Pakar Kulit, Doris J.Day. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penyakit merbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesity. Elakkan makanan yang manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim serta kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika kita kurangkan pengambilan gula, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.

Makanan Pedas
Tidak dinafikan makanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.
Kopi
Ini salah satu minuman kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa. Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah orang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengeringkan tubuh. Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan di bahagian mata dan tepi bibir. Sebaik-baiknya, untuk tampak awet muda tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapur Rumah Sewa Tiada Kabinet, Asalkan Barang Tersusun Terus Nampak Kemas

Isi Kandungan
ToggleMendekorasi dapur rumah sewa tanpa kabinet ini sememangnya sedikit mencabar bagi penyewa. Lagi-lagi nak menyusun atur barangan yang ada di ruangan itu.
Tetapi jika bijak memilih dan menyusun atur barangan di setiap ruangan, hasilnya kemas dan tersusun rapi. Seronok tengok dapur Eiza Nas ini, walaupun tiada kabinet, setiap barang dapur disusun dengan baik sekali.
Kongsinya,
“Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet.
Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik.
Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri. Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri.
Bilalah dapat pi jalan-jalan ini.”
Ternyata, biarpun ruangan dapur pemilik kecil dengan barang yang tersusun rapi, ruangan nampak selesa dan luas.
Susun Barang Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet
Meja Bertingkat
“Suami saya tempah dengan kawannya yang buat grill. Kemudian, belikan mozek’
Bakul beli di Daiso
Shoppe : https://invol.co/cl5uzy3
Rak Letak Telur Bawang
Eiza beli di Shopee : https://invol.co/cl5v03z
Rak hitam belah kanan beli di Ikea. Boleh juga beli di Shopee : https://invol.co/cl5v013
Food Storage Bersusun Kemas
Boleh dapatkan di Shopee : https://invol.co/cl5v09a
Ruang Dapur Rumah Sewa
Letak wallpaper tahan haba. “Tahan lasak, dah guna dekat setahun.” Beli di shopee : https://invol.co/cl5v0b8
Wallpaper corak mozek beli di shopee
Bahagian Sinki Dapur Rumah Sewa
Sinki tahan guna kayu. Kayu beli di hardware.
Tong sampah beli di Shopee : https://invol.co/cl5v0d9
Cermin guna mirror sticker. Beli di DIY. Tak ada masa lagi nak tukar yang baru. Lama dah pakai, dalam 5 tahun rasanya.
Tong Sampah Saiz 45
“Lama dok mengidam. Selepas berjaya simpan duit. Maka dapatlah beli dia. RM85 lepas diskaun. Walau nampak murah bagi orang lain. Bagi mama Nas boleh tahan harga dia.
Tapi bila dah pakai. Berbaloi sebab atas ada 2 bahagian. Boleh buka bahagian atas dan basuh.”

Dapatkan gambaran serba sedikit macam mana nak bagi ruangan dapur tanpa kabinet tersusun kemas. Asalkan tahu mencari rumah untuk setiap barang, ruangan akan jadi lebih rapi dan sedap di pandangan mata.
Mangkuk tingkat cantik di sini : https://www.goshop.com.my/products/dining/aurasia-enamel-tiffin-food-carrier-set-20156218
Baca juga : Dyer jenis heat pump lebih jimat elektrik, baju pun kurang kedut.
Sumber/Foto : Eiza Nas
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI