Sesetengah mak-mak, bila masak beras pulut memang gagal. Ada saja tak kena mesti jadi lembik dan terlebih air terutamanya bila masak dengan periuk eletrik.
Ada juga yang sudah biasa akan masak beras pulut dengan kukus sahaja. Lagi senang walaupun ambil masa yang agak lama.
Bagi yang baru nak belajar dan tak biasa masak beras pulut, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Cik Munirah Mat Jusoh. Mudah dan cepat. Paling penting, ia tak berkerak dan tak perlu rendam pun.
Ini cara saya masak dalam rice cooker. Bagi yang tak biasa masak, boleh cuba cara ini. Senang sangat.
Caranya:
Masak beras pulut ikut keperluan yang nak makan. Saya masak sedikit saja untuk dua orang makan. Yang penting, beras pulut tak perlu rendam.
Ads
Selepas basuh beras, sukatan air tidak lebih dari 1 cm dari paras pulut.
Info: Rasanya, ia tidak sesuai untuk masak pulut kuning. Mungkin kena kukus. Ini untuk masak makan dengan pulut durian, ikan kering, pengat durian atau pengat pisang.
1. Paras beras pulut sebelum masuk air.
2. Air tak lebih 1 CM dari paras pulut
Ads
3. Ini pulut yang sudah siap masak.
4. Alhamdulillah tak berkerak pun.
Mingguan Wanita : Boleh cuba. Kalau nak asak untuk sekali makan, bolehlah masak cara ini. Cepat pun cepat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Elok Cantik, Lembut & Berderai
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Sesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.
Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;
Bahan-Bahan:
Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.
10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.
Siap! Selamat Mencuba!
Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!
Kaki ayam banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.
Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Whaslinda Wmohdnoor ini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan banyak khasiatnya yang tersendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
“Rugi kalau ade yang tak makan kaki ayam ni, sedap tuu.”
Bahan-Bahan:
Kaki ayam
Daun sup/daun bawang
Cili padi*(tumbuk)
Limau *ambil air perahan
Tomato
Serai
Halia
Bawang besar/bawang merah
Bawang putih*(tumbuk)
Sos ikan/ kicap sotong
Gula
Garam
Cara Membuat:
1.Rebus kaki ayam sampai empuk/ lembut.
2.Bahan yang tak bertanda * semua hiris, tomato tu buang je die punya biji.
3.Saya guna sos ikan sebab takde kicap sotong dan campurkan semua bahan dan gaul rata.
Tips Ekstra!
“Kaki ayam ni, lepas dah siap rebus, cuci & rendam dengan ais.Ni saya tengok cara-caranya dekat youtube, supaya isi lebih keras, tak hancur sangat, jadi lebih senang bila nak belah tengah untuk buang tulang.”
“Boleh belah guna pisau atau gunting, ayam ni saya cume buang tulang yang tengah tu je, jari-jari tu saya biarkan je ada tulang, sebab malas buang masa nak buang satu-satu.”
MW: Rupanya tips agar kaki ayam tak mudah hancur serta lebih senang dibuang tulang tengahnya untuk dibuat kerabu, adalah dengan merendam kaki ayam yang direbus dengan ais.Jadi buat mak-mak yang suka makan kaki ayam dan nak awet muda, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan sangat senang nak buat kerabu ni.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...