Jagung memang sedap dan kaya dengan pelbagai khasiat yang tersendiri. Selain dibakar mahupun direbus untuk dimakan begitu sahaja ia juga boleh dibuat bubur. Namun selalunya bila dibuat bubur atau pengat, bab yang paling renyah bila nak leraikan isi jagung. Bila guna pisau isinya terpotong, bila kopek satu persatu jadi lambat pula.
Mungkin ada yang masih tak tahu, rupanya cara mudah untuk leraikan isi jagung, cantik sebutir-sebutir iaitu dengan menggunakan peralatan ‘skru driver’ je.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Nor Asiken Said sebagai rujukan.
Saja la nak share cara mudah hakak nak leraikan jagung. Pakai screw driver motor laki ni je haaa. Petang ni boleh buat bubur jagung. Yihaaa.
Kita tak pakai jari sebab sakit kuku/jari hehe, kalau pakai pisau pulak tak cantik jagungnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Mashed potato, hidangan yang biasa ada bagi sesetengah kedai makanan segera atau makanan barat. Ia juga menjadi pilihan untuk anak-anak jika tak nak makan nasi. Ini pun dah cukup kenyang.
Peliknya, bila rasa mashed potato yang mak-mak beli dengan buat sendiri memang tak sama. Padahal bahan yang digunakan tetap sama. Apa rahsia yang digunakan.
Rupanya, boleh saja mak-mak buat di rumah dan kalau nak tahu ada banyak resipi yang boleh digunakan untuk membuat mashed potato. Mungkin salah satu tak sedap dengan yang mak buat ialah salah teknik.
Apa yang dikatakan salah teknik tu, Nana Ismail, ada jawapannya. Nanti bila dah tahu, kena buat dan tentu mak-mak tahu perbezaannya sebelum ini.
Zaman sekarang semuanya di hujung jari je. Taip google nak resipi itu ini kompenn bersepah-sepah.
Sayangnya ada yang ikut resepi sepenuhnya dah betul, TAPI SALAH TEKNIK plak dah.
Nak masak biar berseni sikit bukan asal campak-campak tak kena gaya.
1. Salah Guna Kentang
Terdapat dua jenis kentang – Waxy dan Starchy. Yang menjadikan kentang putar sedap adalah bila anda menggunakan kentang jenis Starchy. Waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) boleh menjadi kusam apabila dilecek dan tidak menyerap sebilangan besar rasa lemak butter. Gunakan kentang Starchy (kentang kuning yang biasa) seperti Russet atau Yukon Gold.
2. Potong Terlalu Kecil
Potongan kecil boleh memasak lebih cepat, tetapi ia mengambil terlalu banyak air, mencegah penyerapan mentega dan krim. Begitu juga jika potongan tidak sekata (besar @ kecil), kentang tidak masak pada kadar yang sama – tidak cukup matang bila dilenyekkan. Jadi, potong semua kentang dalam saiz sederhana yang sama.
3. Tak Letak Garam
Caranya letak garam terlebih dahulu dalam air. Jadi kentang akan menyerap garam ketika masak dan menjadikan ia lebih beraroma dan enak. Berbanding jika anda masak kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu bila kentang masak baru ditaburnya garam. Keadaan itu akan membuatkan kentang tidak mempunyai rasa dan tidak sedap.
4. Kentang Terlebih Masak
Kentang yang terlebih masak membuatkan kentang putar berair. Apa yang perlu dilakukan? Masak kentang sehingga betul-betul masak. Anda tahu mereka sudah masak bila anda mencucuk garfu atau lidi dalam kentang dengan baik tanpa sebarang halangan.
5. Guna Mentega Dan Krim Yang Sejuk
Mentega dan krim adalah bahan penting untuk membuat kentang putar kaya dengan rasa. Jika anda menambahnya terus dari peti sejuk, ia menyejukkan campuran dan mengelakkan molekul kanji kentang menyerap sepenuhnya. Jadi sebaiknya anda panaskan mentega dan krim (secara berasingan dalam satu minit) sehingga mentega dan krim mencair. Jadi, bila digabungkan kesemua kentang putar akan lagi sedap!
6. Letak Krim Dan Mantega Serentak
Kebanyakan orang meletakkan mentega dan krim pada masa yang sama. Jangan kerana ia hanya akan membuatkan kentang putar terasa pelik. Apa yang perlu dilakukan, masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau rata. Kemudian tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya rasa kaya dan tekstur berkrim.
7. Overmixing
Jika anda asyik kacau kentang putar, terlalu banyak kanji dikeluarkan. Kentang putar akan menjadi terlalu gebu, berlemak dan langsung tidak menyelerakan. Apa yang perlu dilakukan ialah kacau secara lembut dan kalau boleh gunakan tangan supaya anda tahu setiap tekstur kentang. Kalau nak cepat boleh guna food mill atau old-fashioned hand masher ikut pilihan mana ada.
Mingguan Wanita : Rupanya salah teknik ye, walaupun dah guna resipi 100% yang diberi. Kali ini mesti jadi kalau tengok pada sebab mashed potato yang mak-mak buat tak sedap atau tak jadi. Selamat mencuba!
Kelapa parut antara bahan utama yang penting jika nak buat kuih muih mahupun nasi lemak. Apatah lagi jika berniaga, cara simpan kelapa parut dalam kuantiti yang banyak ini sangatlah barulah ia elok tahan lama dan tak berbau, malah tak membazir bila rosak.
Puan Nor Afidahada kongsikan cara dan tip mudah untuk simpan kelapa parut ‘frozen’ sebagai panduan;
KELAPA PARUT FROZEN
Cara saya:30 biji kelapa siap parut putih untuk difrozenkan. Saya siap timbang setiap 1, 1 kg. Senang bila nak guna dah siap tinggal froskan.
Sebelum perah saya rendam kelapa dengan air panas. Biarkan sejuk baru blender, tapis dan perah guna penapis teh.
Asingkan kelapa tua dan kelapa muda. Packing dan timbang ikut keperluan dan siap labelkan supaya tidak keliru yang mana kelapa tua dan muda.
Untuk santan saya tak suka bekukan.Simpan bahagian bawah peti sejuk. Tahan 3 @ 4 hari tanpa berubah warna, rasa dan bau.Bila nak guna keluarkan suhu bilik, dah lembut kacau bagi sebati sedia untuk digunakan.
Saya perah guna air panas yang dah disejukkan.Tapis dan siap sukat ikut sukatan kuih yang nak saya buat.
Tips
Perah jangan guna air paip.
Bila dah masuk peti sejuk jangan keluarkan pada suhu bilik dalam masa jangka panjang, kemudian masukkan semula dalam peti akan menyebabkan santan berbau dan rasa tak sedap.
Keluarkan bila perlu dan masa nak digunakan.
Simpan dalam bekas bertutup.
NASI LEMAK BERSERAI/DAUN PANDAN (cara saya)
Beras basmati, cuci dan toskan.
Untuk NASI LEMAK DAUN PANDAN, kisar kelapa dengan beberapa helai daun pandan, perah dan tapis guna penapis teh, kemudian masak seperti biasa, hasilnya nasi lemak berwarna hijau dan bau daun pandan atau masak sahaja nasi dengan beberapa helai daun pandan untuk dapatkan bau daun pandan.
Untuk santan, saya campurkan hirisan halia, bawang besar, beberapa biji bunga cengkih @ rempah tumis, halba, serai dititik @ daun pandan (pilihan) dan garam….sukatan ikut keperluan banyak mana beras yang nak dimasak.
Sekiranya nak masak keesokkan pagi, simpan dalam peti sejuk, esok subuh keluarkan terus masak seperti biasa.
Bila nasi dah masak (warm) campurkan sedikit minyak untuk nasi berkilat, biarkan sekejap.
Gemburkan nasi, tutup semula dan biarkan sekejap beberapa minit sedia untuk dinikmati.
Semoga bermanfaat tips dan cara saya. Selamat mencuba.
Siapa yang tak mahu badan lentik dan langsing ditambah pula dengan otak yang cerdik. Kiranya itu satu pakej yang cukup istimewa dianugerahkan olehNya.
Bersyukur, hanya itu yang boleh diungkapkan bila diberi badan lentik atau pun lebih mudah dengan badan langsing yang diidamkan oleh setiap perempuan.
Semuanya ini boleh berlaku, asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Kejayaan yang diinginkan itu tidak datang bergolek. Kena ada usaha.
Apa yang dimaksudkan badan lentik dan otak cerdik ini dan cara untuk mendapatnya. Ikuti tip berguna daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Ini saya bagi tip yang senang nak ikut untuk dapatkan otak cerdik, cantik dan badan lentik. Perlu buat ini saja, senang untuk ikut.
. 1. Berhenti ambil processed food
2. Jauhi fast food
3. Hindari gula putih
4. Banyakkan makanan berserat
5. Ambil smart fat seperti avocado, minyak kelapa, yogurt, minyak zaitun atau mct oil.
6. Katakan tidak pada makan bergoreng – deep fried
7. Minum air putih. Boleh campur potongan lemon, timun atau halia. Nikmat berganda kat situ.
8. Elak jajan. Bawa bekal kacang kacang atau buah buah kering.
9. Masak dengan cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus.
10. Awalkan sarapan pagi.
11. Jauhi tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal
12. Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.
Tip di atas untuk yang mahu sihat hingga ke liang lahad, mahu cantik di saat orang lain lembik dan mahu badan lentik di saat orang lain badannya gelebeh..
Terima kasih.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Perkara yang senang nak ikut. Tak perlulah beria-ia nak ‘potong usus’ semata-mata nak kurus. Cuba tip mudah ini pun dah cukup.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...