Cara mudah dan ringkas nak buat sotong celup tepung yang sedap dan rangup telah dikongsikan oleh Nurul Faidha di laman fb miliknya https://www.facebook.com/nurul.faidha.
Ramai yang merungut, sotong celup tepung mereka tak kenyal dan rangup bila dimakan. Tak lama lepas goreng, jadi lembek atau keras je. Mesti rasa tak puas hati kan? Ha…boleh cuba yang dikongsikan oleh wanita ini. Tak susah pun bila tahu cara dan tekniknya.
Meh Tengok Apa Bahan-Bahannya Dulu…
SOTONG CELUP TEPUNG CRISPY
Bahan-bahan:
1 kg sotong – bersihkan, tapis air dan potong bulat
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
4-5 sudu makan tepung gandum
4-5 sudu tepung beras
Ads
½ cawan tepung serba guna Bon Chef/Bestari (tak ada takpe)
2 – 3 biji telur
2 sudu teh serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMBUAT:
Ads
Satukan semua tepung tadi bersama tepung goreng ayam Bon Chef serta sedikit serbuk lada hitam.
Jika guna tepung serba guna, tak perlu masuk garam kerana dah ada masin. Satukan semuanya dalam satu mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.
CARA NAK GORENG PULA YE…
Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan pukul macam nak buat telur dadar. Tambahkan dua tiga sudu campuran tepung-tepung tadi ke dalam adunan telur untuk lebih pekat. Pastikan jangan cair ye. Masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam bancuhan telur tadi. Golek rata hingga adunan meliputi semua sotong. Perap seketika ye.
Gaul sotong yang diperap ke dalam campuran tepung-tepung tadi. Biar ia bersalut sempurna.
Ads
Panaskan minyak di dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas dan goreng sotong. Pastikan guna minyak yang bersih ye. Kalau minyak yang sudah diguna sebelumnya takut hasilnya salutan tepung tak cantik. Goreng dengan api sederhana besar. Kacau dengan kerap untuk menggelakkan serdak tepung hangit. Bila sotong sudah masak cantik, angkat dan toskan.
Tadaa…dah siap pun! Cantikkan kejadiannya. Sotong celup tepung ini boleh dicecah dengan sos cili dan sebagainya. Ikut selera masing-masing.
Sama ada nak makan dengan nasi atau dimakan sebagai kudapan minum petang pun sedap.
Keenakan masakan asli Melayu tak dapat dinafikan lagi. Ia kaya dengan pelbagai perisa yang memukau deria rasa untuk menikmatinya.
Begitu juga dengan keenakan kerutup yang terkenal di negeri pantai timur dan ramai yang menggemarinya, bukan sekadar penduduk di negeri pantai timur saja. Resipi yang MW kongsikan ini tambah istimewa kerana menggunakan tulang rusuk. Begitu juga dengan kerabu udang cili padi. Peh, memang pedas menyengat! Alangkah bahagianya dapat menikmati masakan yang enak bukan?
Jom nikmati keenakan dua masakan ini!
KERUTUP TULANG RUSUK
Bahan-Bahan:
1kg tulang rusuk lembu – bersihkan dan tos
1 liter santan
4 sudu makan rempah kerutup – bancuh dengan sedikit air
4 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
10 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
3 cm lengkuas – kisar
2 batang serai – kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
Cara Membuat:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bersama rempah penumis hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing, baru masukkan rempah kerutup.
Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan daging.
Gaul rata dan biarkan hingga air daging keluar.
Setelah air daging kering, masukkan santan dan kacau. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
300 gram udang saiz sederhana – buang kulit & celur 1 sudu makan sos cili Thai 1 biji cili merah – hiris 1 biji cili hijau – hiris 1/2 biji bawang besar – mayang halus
Bahan Sos:
6 biji cili padi – kisar kasar 1 biji cili merah – hiris 1 ulas bawang putih – kisar kasar 1 biji limau nipis – ambil jus sahaja 2 sudu makan madu Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
Masukkan udang yang telah dicelur ke dalam mangkuk bersama hirisan cili padi, cili merah, cili hijau dan bawang besar.
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata.
Tuangkan dalam bahan campuran udang, adun rata.
Setelah rata dan cukup rasa, kerabu udang sedia dihidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya tak susah mana nak buat daging burger sendiri. Banyak kelebihannya bila mak-mak buat sendiri dirumah. Kebersihan terjamin, tanpa bahan pengawet, jimat dan pastinya lebih puas hati. Kalau anak-anak suka jenis makan burger, resipi ini memang wajib dicuba! Menurut perkongsian Zamzuri Abd Malik, daging burger yang dibuat sendiri ini mampu bertahan sehingga 3 minggu jika disimpan ditempat beku.Jadi senanglah, bila-bila teringin nak makan, keluarkan dari peti sejuk, biarkan seketika dan boleh terus digoreng.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Abang memang suka makan burger. Dulu-dulu bila balik tengah malam mesti singgah tepi jalan dan beli. Sampai satu hari tu terfikir. Daging burger tu mesti boleh buat sendiri.”
“Jadi abang pun cuba. Tak susah mana rupanya. Boleh simpan tempat beku tu tahan 3 minggu.Daging 600 gram tu boleh dapat 6 ketul.”
Bahan-Bahan:
600 gram Daging kisar
2 biji Telur
Serbuk Lada hitam
Bawang besar
Bawang putih
Parsley
Oregano
Paprika
Minyak Zaitun
Cara Membuat:
1.Masukkan daging dalam bekas berkilat. Tak kilat tak best tau.
2.Masukkan bawang-bawangan. Makcik bawang tak payah masuk.
3.Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.
4.Pecahkan 2 biji telur. Masukkan juga sedikit minyak zaitun. Kasi gaul rata.
5.Abang gunakan bekas telur yang selalu orang guna buat benjo di gerai burger. Ni kira macam acuan dia. Elok ikut ketebalan daging yang abang nak.
Tadaaaaa!
6.Abang gunakan bekas daging tadi. Lapik dengan aluminium foil. Bila-bila nak makan keluarkan, biar sekejap dan campak dalam kuali.
Kecur air liur bila tengok somtam mangga ni. Biasa kita dengar somtam betik je, makanan yang cukup popular di negara Thailand dan Kelantan. Ratah saja pun sedap.
Tapi, kalau mak-mak tak ada selera nak makan nasi, bolehlah masukkan somtan mangga ini dalam menu. Boleh bangkitkan selera dan kecur air liur dibuatnya.
Cara nak buat pun tidaklah terlalu sukar dan kalau kebetulan musim mangga buat somtam mangga ini. Fuh! Sedap sangat ni.
Nak tahu bahan yang digunakan mudah dan senang nak buatnya. Boleh ikut cara perkongsian daripada Ameera ini.