Cara mudah buat Popia ENOKI Goreng Crispy, bekal sekolah anak. Kadang kala memang tiada idea nak buat kudapan ringkas untuk bekal sekolah anak. Mak-mak boleh cuba kelainan,resipi mudah Popia Enoki goreng crispy ni.
Berbanding menggunakan taugeh dan lobak merah seperti biasa, boleh gantikan dengan cendawan Enoki pula. Memang sedap dan garing, apatah lagi bila dicicah dengan sos dan mayonis.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatul Akmalini sebagai panduan;
Hari ni buat Popia Enoki Goreng Crispy sambil siapkan bekal anak sekolah agama.
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Cendawan Enoki
Tepung bestari
Tepung gandum jadi gam
Cara Membuat:
1. Basuh bersih cendawan Enoki.
2. Potong empat bahagian kulit popia.
3. Ambil satu bahagian, balutkan cendawan enoki dengan kulit popia tersebut. Letak gam pada hujungnya.
4. Celup dalam bancuhan tepung bestari, kemudian celup dalam tepung bestari.
5. Goreng sehingga keemasan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bila masak nasi lemak selain rasa nasinya, sambal juga memainkan peranan yang cukup penting. Sambal kenalah power, serba serbi secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya. Ada macam-macam petua mak-mak boleh cuba untuk menyedapkan lagi sambal nasi lemak ni. Salah satu petua yang boleh dicuba ialah memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam blender ketika mengisar bawang.
Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Nieysebagai rujukan;
“Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita.Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.
Ramai yang tanya resepi.
Bahan-Bahan:
10 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih
Segenggam Ikan bilis
15 tangkai cili kering (cili kisar)
Gula Melaka
Gula
Asam Gelugur
Ikan bilis
Garam
Cara Masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji, ikan bilis segenggam (blend kasar-kasar)
2. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai, kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat-dekat nak kering kuah tu, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
#Tips Sambal Tak Terpercik Satu Dapur
***Api perlahan dan kacau sekali sekala je.
***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sangat..blend kasar-kasar je)..tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan-bahan lain. Tu je..
Mudah rupanya cara nak buat Kuih Serabai yang lembut dan gebu di rumah. Sekali bancuhan boleh dapat 42 keping. Lebih jimat dan puas hati makan. Malah kuih serabai ni sangatlah sedap dicicah dengan kuah durian atau kari.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Aishah Ismail ini sebagai rujukan;
Serabai sedap dimakan cicah dengan kuah durian atau pon kari pon sedap jugak.
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung beras
1 cawan nasi
1 cawan santan
3 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar mauripan
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan kecuali mauripan.
2.Tuang bancuhan dalam bekas masukkan mauripan kacau rata bagi sebati dan perap bancuhan selama 2 jam.
3.Sebelum itu, oles minyak pada acuan bakar atas api yang kecik. Boleh dapat 42 keping.
Selepas tuang bancuhan tutup dengan penutup periuk.
Bila dah ada lubang-lubang tanda dah masak, boleh angkat. Guna sudu jer (cungkil) nak keluarkan dia.Macam ni dah masak.
Selera kita berbeza-beza. Ada yang sukakan masakan tradisi Melayu dan ada juga yang gemarkan hidangan barat. Menjelang Aidiladha esok hari, mungkin ada yang sedang tercari-cari resipi untuk dimasak dengan daging korban esok. Selain hidangan tradisi, boleh cuba masakan barat untuk kelainan.
SELERA BARAT DENGAN BEEF WELLINGTON
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – bahagian tulang belakang
2-3 helai daun kubis Cina – distim
2 ½ keping roti canai segera
300gm cendawan Portobello – kisar kering
1 biji telur – pukul
Sedikit English mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut. Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.
BEEF MINCED ON LETTUCE CUP
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cencang
2.55cm halia
1 labu bawang besar
1 biji lemon diambil jus serta parutan kulit lemon
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun bawang dihiris halus
2 tangkai cili merah
2-3 sudu teh sos ikan
2 sudu sos cili Thai
Daun salad secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar bersama sedikit minyak sehingga agak garing dan daging berwarna agak perang dan diangkat. Ketepikan.
Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah di dalam pengisar kering atau dihiris halus kesemua bahan tersebut.
Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan di dalam kuali yang sama yang menggoreng daging tadi. Apabila bahan tumis telah layu dan berbau wangi, masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos ikan, sos cili Thai cili, jus lemon, parutan kulit lemon, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul sebati sehingga daging agak garing. Tutupkan api. Angkat.
Untuk menghidang, letakkan daging di atas sehelai daun salad.
4 biji bawang besar – potong dadu dan dibahagi dua
8 ulas bawang putih – cencang dan dibahagi dua
5 tangkai daun parsli – cencang halus dan dibahagikan dua
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 biji telur dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk roti
Sedikit air
Minyak zaitun/sayuran untuk menggoreng
CARA-CARA MEMASAK:
1.Gaulkan separuh daripada bawang besar, bawang putih dan daun parsli bersama daging cencang, roti, serbuk paprika, lada hitam dan garam secukup rasa.
Bentukkan bulat, celup ke dalam telur dan gaul bersama serbuk roti.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga agak garing baru dibalikkan daging tersebut. Angkat. Ketepikan.
Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan lebihan bawang besar, bawang putih, parsli hingga wangi.
Kemudian masukkan buah tomato dan tomato puri, masak sebentar hingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, gula dan serbuk pati ayam serta sedikit air. Masaklah sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
Untuk menghidang, curahkan sos tomato tadi di atas bebola daging tadi. Boleh cucukkan lidi untuk memudahkan dimakan dan kelihatan lebih menarik.
Resipi: Rasa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!