Mudah je sebenarnya jika mak-mak nak buat sendiri garlic spread atau sapuan bawang putih ni di rumah.Iyalah bila buat sendiri sendiri secara homemade ia lebih wangi, jimat dan bebas bahan pengawet. Berbanding cara biasa, bila bakar bawang putih guna Air fryer, tak perlu kupas setiap ulas bawang putihnya, hanya tinggal picit lembut selepas dibakar nanti.
Bakar roti panas-panas, tak kiralah roti putih ke roti perancis ke, sapukan dengan garlic spread ni dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Memang sedap tak terhingga!
Ada ternampak video omputeh buat garlic butter macam ni haritu so pagi tadi saya cuba.Sebelum ni guna raw garlic tumbuk kat lesung tapi macam tak berapa rajin, lagipun ada rasa pedas garlic tu kan.
Bahan-Bahan Diperlukan :
2 labu bawang putih
Minyak Zaitun
separuh atau 125gram butter
Garam
Mixed Herbs
Cara Membuat:
1. Bawang putih tu basuh dulu dan tuang sikit minyak di atasnya. Masuk dalam AF, saya guna suhu dalam 160 untuk ~15minit (hujung-hujung tu naikkan suhu sikit).
Ni dah siap bakar. Buang siap-siap mana-mana ulas yang buruk baru bakar ya. Untuk 2 labu ni saya guna kurang sikit dari separuh butter tu, ikut kesesuaian memasing.
2. Patutnya potong belah atas sikit dulu biar senang nak picit keluar nanti, saya ingat-ingat lupa so masa nak picit baru potong. Picitkan kuat-kuat dan dia akan keluar.
Ads
Potong sikit belah atas macam ni sebelum tuang minyak dan masuk AF.
3. Selepas tu gaul jelah dengan bahan-bahan lain, saya letak butter, olive oil, garam, mixed herbs. Dapatlah satu bekas kecik tu. Alhamdulillah.
Hasil dalam 2 labu bawang putih.Bekas sambal geprek kak iparku. Mujur bau garlic lagi kuat so bau sambal tenggelam.
Siap roti garlic bakar dihidang bersama homemade mushroom soup guna santan. Ya itu bukan bubur kacang.
Ads
Siap!
Info Ekstra!
Boleh tahan lama dalam sebulan juga, masuk peti dalam sejuk.
Boleh buat garlic bread atau sapu je kat toast bread, sedap.
Mingguan Wanita : Menarik juga cara buat garlic spread yang dikongsikan ini. Bakar bawang putih dalam air fryer je, jadi tak perlu nak kupas setiap ulas, malah lebih memudahkan.
Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu ni. Bila buat sendiri memang puas hati, sekali buat ikut sukatan resipi ni boleh dapat 45 biji.Kalau nak buat makan-makan, ada kenduri, jamuan sekolah anak, atau untuk minum petang boleh buat kuih ni. Sesuai sangat.
MW himpunkan dua versi membuat mee kuning buat sendiri. Satu boleh dibuat ketika emergency apabila ketiadaan mesin potong mee.
Satu lagi resipi boleh dicuba buat anda yang ada mesin potong mee. Kalau dah mahir, boleh jadikan sumber pendapatan keluarga.
Resipi mee kuning emergency ini dikongsikan oleh Puan Fahrini Marsyaley. Manakala mee kuning guna mesin pula dihasilkan oleh Puan Tahrunnisah Jali.
Mee Kuning Emergency Tanpa Mesin
Resepi: Puan Fahrini Marsyaley
(Adunan ini boleh makan untuk 2-4 orang)
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur ayam
50 ml air
Nota: saya lebihkan sedikit sukatannya supaya doh dapat diuli dengan baik)
1 sudu teh serbuk kunyit
Caranya
Gaul semua bahan sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
Potong doh jadi 4-5 bahagian.
Canai satu-satu dan nipis.
Potong guna pisau.
Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air.
Rebus dalam jangkamasa seminit dua. Jangan terlalu lama nanti mee jadi lembik
Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk supaya memberhentikan mee dari terlebih masak.
Nota
Buatlah berulang-ulang sampai doh tadi habis.
Sediakan pula bahan nak goreng mee tu. Bawang, ayam, telur, sawi dan sebagainya.
“Mee emergency ini dibuat kelmarin, sebab nak makan sangat. Gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar ke pekan. So tanya En Google la resipinya.
“Semua bahan ada kat dapur. Apa lagi beraksilah. Walaupun benda penting tak ada ‘Mesin Buat Mee’.
“Jadi dapat idea dari langit. Canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak. Licin mee goreng tu.
“Mee ala-ala kue teaw. Sedap pula. Satu famili suka. Paling best buatan sendiri. Pewarna guna kunyit je”
“Bagi yang ada mesin mee lagi senang. Masuk dalam mesin, memang cantik kejadiannya. Saya tak ada mesin. Tu la cari idea ni. Alhamdulillah menjadi.”
(Kalau dah mahir, bolehlah buat niaga sebab 500 gram tepung gandum tu dapat menghasilkan 1.5 kg mee kuning)
Bahan-bahan
500 gram tepung gandum
1 biji telur
Pewarna kuning
Nota: Pewarna ni agak-agaklah ya jangan banyak sangat. Saya guna yang serbuk secubit je. Kalau cecair tu agak-agak. Penggunaan kunyit jika dicampur dengan air kapur akan jadikan warna oren. Sebaik-baiknya pewarna kuning)
2 sudu besar air kapur
200 ml air
air = 200 ml
Caranya
Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dalam 2 sudu besar (Saya tak masuk dalam gandum sebab nak jaga mesin dari berkarat).
Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan air.
Gaul sebati. Doh ini agak keras sedikit dari doh karipap ya. Tak payah bagi licin pun tak apa, asal semua sebati.
Bahagikan 3 bahagian dan leperkan.
Menggunakan Mesin
Masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan laraskan no. 1(mesin mee saya ada 6 laras (1-6). 1 bukaan paling besar dan 6 tu bukaan paling kecil/halus_. Ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada mesin tersebut sehingga habis. Buat 2 kali (2 kali masuk).
Kemudian, laraskan semula ke no. 4 (bagi laras bukaan 1-6 atau 2/7 bagi laras bukaan 1-9.
Masukkan kepingan mee tadi. Yang ni untuk nipiskan mee buat 2 kali.
Kemudian, masukkan kepingan yang dah nipis ini pada mesin yang ada gigi halus.
Masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.
Sekarang masa nak merebus mee. Rebus selama 5 minit. Masa masukkan mee jangan kacau dulu. Biarkan dalam 1-2 minit baru kacau. Kalau kacau masa masukkan mee nanti mee akan putus.
Cukup 5 minit toskan mee.
Terus masukkan mee salam air paip biasa. (ini untuk menghilangkan kanji pada mee).
Kacau-kacau untuk buang kanji.
Toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sampai sebati.
“Resepi mee kuning, insyaallah bersih dan halal serta dari air tangan kita. Dan ia sangat menjimatkan.
Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang udang pula. Mudah sangat nak buat guna 4 bahan je. Boleh dimakan dengan Nasi lemak, nasi panas, nasi impit mahupun pulut kuning.
Boleh cuba resipi rendang udang yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus ini.
Ni satu lagi resepi sedap dari air tangan bonda tercinta.Pasti menyelerakan buat seisi keluarga. Rendang Udang.
Bahan-Bahan:
Udang kertas
2 batang Serai – dihiris & ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Cili Padi ikut pedas yang dikehendaki
1 biji kelapa ambik patinya sahaja.
Caranya Membuat:
1.Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili Padi dan serai. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.
2.Perahkan kelapa tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja ye.
3.Rasakan garamnya sesedap rasa dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau yang nak berkuah tak perlulah dikeringkan ye.
4.Kecilkan API dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
MW:Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging je, boleh cuba buat rendang udang pula. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan sangat mudah disediakan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.