
Isi Kandungan
ToggleJika mak-mak ada microwave di rumah dan selalu digunakan, bab yang paling renyah adalah nak bersihkan kotoran yang melekat. Kena sental kerak-kerak dan sisa minyak tu yang bukannya mudah. Rupanya hanya menggunakan sebiji lemon dan semangkuk air, ia cara mudah untuk membersihkan microwave ini. Malah bau microwave pun harum segar semerbak lemon.
Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Salinda Sopian ini sebagai rujukan.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Sebiji Lemon
Semangkuk Air
Kain Bersih
Cara-Caranya:
1️.Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.
2️.Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.
3️.Masukkan dalam microwave.
4️.On kan selama 5 minit.
5️.Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
6️.Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.

Siap!
Senang dan cepat kan?
Nota kaki.
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga.

Salinda Sopian
Jom cuci microwave
Baca Lagi Di Sini:
- DIY Multipurpose Dust Spray, Lebih Mudah Bersihkan Habuk Melekat!
- Tip Cuci Oven Guna Baking Soda, Cuka, Penting Biar 12 Jam Bagi Jadi Magik
- Ada 25 Kegunaan Cuka Untuk Bersihkan Rumah, Mudahlah Kerja Mak-mak Lepas Ni
- Sebenarnya Kalau Ikut Cara Yang Betul, Tak Adalah Dapur Kaca Cepat Meletup
- Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-kerja Dapur
- Ini Bukti Kuali Berkarat Berkerak Hitam Kembali Kilat, Sental Guna 7 Petua Dapur Mak-mak
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan microwave dengan cara yang mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Microwave bukan sahaja bersih malah semerbak harum segar bau lemon.
Sumber:Salinda Sopian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rebuskan Air Bagi Mendidih Dulu Baru Masukkan KERANG, Elok Isi Cantik Berkilat!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang suka makan kerang rebus atau jadikan isi kerang sebagai rencah dalam masakan. Meskipun agak renyah untuk kopek isi kerang satu persatu, namun memang lebih berbaloi berbanding menggunakan kerang yang ‘frozen’. Bukan apa, kerang segar lebih manis dan ‘juicy’ isinya.
Ada caranya untuk dapatkan isi kerang yang cantik dan elok berkilat macam ni. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Zila Nur Aril sebagai rujukan;
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? yang frozen ada, sama je kerang jugak.
Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tidak pada rasanya ya. Kerang fresh ni dia manis dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.
Saya buat niaga kuey teow kerang hari-hari kupas sendiri.. nak bagi orang upah pun dah tak sanggup.
Tip nak dapatkan kerang cantik macam ni.
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbuka sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.
3. Terus kopek jangan masukkan dalam peti ais.
**Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau siapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Rebus 2-3 Minit Cukup, Isi KERANG Cantik Elok Macam Cermin!
Baca Lagi Di Sini:Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Isi Lembut, Tak Liat
Artikel Menarik:PETUA Mudah Kopek Kerang Tanpa Rebus, Lagi Segar & Manis Isinya

Mingguan Wanita: Jadi nak dapatkan isi kerang cantik macam ni, ikut tip yang dikongsikan. Pastikan didihkan air dulu, barulah masukkan kerang dan rebus sekejap sahaja.
Sumber: Zila Nur Aril
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara BETUL Tanam Pandan, Guna Keratan Berakar Atau Pucuk Pangkal Pokok!

Isi Kandungan
ToggleDaun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Cara Tanam Pandan Dengan Betul dan Mudah
1. Keperluan Asas Tanaman Pandan
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
2. Penyediaan Campuran Tanah
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
3. Cara Menanam Benih Pandan
Pertama sekali, penyediaan benih perlu dilakukan. Boleh memilih samada mahu menggunakan keratan yang berakar ataupun menggunakan pucuk pangkal pokok.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
4. Penyiraman
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
5. Penjagaan
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
6. Pembajaan
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.

7. Penuaian
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Buat Air Rebusan Pandan Bantu Buang Angin Dalam Badan, Bajet Murah & Berkesan!
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak tanam pokok pandan, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Siti Rokiah Che Hat
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Sendiri Asparagus Di Rumah, Tuaian Pertama Seawal 10 Bulan

Isi Kandungan
ToggleTanam sendiri asparagus di rumah. Tuaian pertama boleh diperoleh seawal 10 hingga 12 bulan. Kita boleh jimat wang untuk beli asparagus selepas ini.
Kerja penanaman dan penjagaan sayuran ini agak cerewet tetapi pokoknya mampu bertahan lama jika dijaga dengan sebaik mungkin.
Boleh Cuba Cara Menanam dan Menjaga Asparagus Yang Dikongsi Oleh Euis Maemunah Di Dalam Grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
“Ada beberapa orang yang tanya saya cara tanam dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya. Asparagus boleh ditaman melalui biji benih atau beli ‘crown’ atau pun pokok.
“Di bawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli ‘crown’ atau pokok boleh ikut dari step / langkah ke 5 dan seterusnya.”
Cara Semai Asparagus
Langkah 1
Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan. Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sudu besar air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
Langkah 2
Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
Langkah 3
Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh. Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu. Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
Langkah 4
Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil. Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
(Langkah Ke 5 ini khas buat mereka yang tanam dari crown atau pokok)
Langkah 5
Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
Langkah 6
Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
Langkah 7
Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam. Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
Langkah 8
Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar. Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
Langkah 9
Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
Langkah 10
Asparagus ada pokok jantan dan betina. Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina. Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih. Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
(Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
Artikel Berkaitan:
Cubalah Tanam Pokok Pudina Guna Keratan Batang Segar, Merimbun Daunnya!
Selalu Siram Letak Tempat Panas, Pokok Rosemary Mudah Membiak Segar Bugar!
Cara Penjagaan Asparagus
Cara penjagaan asparagus agar senantiasa mengeluarkan rebung /tombak/spears teramatlah mudah.

1. Rutin pembajaan.
Seminggu sekali atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Pilihan saya, seminggu sekali menggunakan baja tahi ayam/baja kopi/npk16:16:16. Lepas bubuh baja, siram pokok. Boleh guna berselang seli. Jangan pula bubuh banyak jenis baja pada satu-satu masa.
2. Pembersihan kawasan.
Buang pokok yang dah tua, sebab membazir makanan pada pokok tua. Caranya, tinggalkan rebung muda 2-3 batang dan buang semua pokok yang tua. Pokok muda ni berguna sekurang-kurangnya 6-8 minggu lagi baru boleh potong buang. Sebab dah tua kan.
Dalam tempoh itu, bolehlah tuai rebung yang baru keluar. Kemudian bersihkan sekitar perdu pokok dari segala rumput. Agar makanan asparagus tidak dicuri rumput rumpai. Untuk memgatasi masalah rumput ni, boleh gunakan kaedah sungkupan/mulching. (Ilmu ni baru saya dapat dan baru nak cuba untuk pokok asparagus saya.)
Tips nak bagi asparagus keluar rebung setiap hari :
1. Baja seminggu sekali.
2. Buang rumput sekeliling perdu.
“Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun. Berbaloi sekali tanam, 30 tahun boleh tuai. Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik. Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ? Jom tanam asparagus.”
“Sesiapa yang ada pokok asparagus, tapi tanam tak banyak, cara penyimpanan asparagus amatlah mudah.
“Setelah kerat, masukan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 2 minggu. Tak kecut. Bila dah cukup banyak, bolehlah dimasak.”
SUMBER: Euis Maemunah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI