Terbayang tak nak bawa pulang stok susu ibu yang diperah dan disimpan di tanah suci Makkah dan akhirnya di bawa pulang ke Malaysia. Bunyinya macam mustahilkan? Tidak bagi, pasangan suami isteri ini yang menunaikan ibadah haji ketika musim haji.
Konsultan Kanan di INFAQ Consultancy, Afyan Mat Rawi dan isteri berkongsi pengalaman membawa pulang susu ibu yang diperah oleh isterinya dan disimpan dengan baik sepanjang berada di Makkah selama 44 hari. Susu perahan itu selamat sampai dan boleh digunakan dengan baik untuk keperluan bayi mereka.
Cabaran dilalui dan tip yang diberikan ini memberi manfaat yang besar untuk mana-mana ibu menyusu yang akan meninggalkan bayinya di tanah air. Sementara dirinya mengerjakan ibadah umrah mahupun haji. Apatah lagi Islam menggalakkan ibu menyusui bayinya sehingga usia bayi mencecah 2 tahun.
“Membawa pulang susu ibu dari Tanah Suci untuk si kecil di Malaysia merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang mengerjakan haji tempoh hari.
“Sejak sebelum tiba ke Tanah Suci, isteri sudah google dan studi pengalaman jemaah-jemaah haji lepas yang mengalami perkara sama. Dengan 1001 cabaran, akhirnya berjaya juga membawa pulang stok susu ibu untuk anak kecil yang ditinggalkan selama 44 hari.”
Tip Bawa Pulang Stok Susu Ibu Ke Tanahair Untuk Kegunaan Si Kecil
1. Cabaran Utama, Bagaimana Mahu Meyimpan Stok Susu Ibu
Cabaran paling besar untuk menyelesaikan misi ini ialah untuk menyimpan stok susu ibu. Terima kasih kepada rakan-rakan Jemaah Haji Hotel Fajr Badie 4 yang memahami dan sudi menumpangkan susu ini dalam peti sejuk masing-masing.
2. Berdoa Dan Tawakal PadaNya
Masa minggu awal di sana, ada juga staf Tabung Haji mengatakan ia tak akan lepas dan tak galakkan membuat simpanan susu.
Luluh juga hati kami ketika itu. Namun kami doa banyak-banyak dan usahakan sebaik mungkin. “Andai nanti tak lepas masa nak naik flight, kita tawakal sahajalah“, kata saya kepada isteri.
3. Dapatkan Cold Storage Beroda
Pasangan suami isteri ini juga berhadapan cabaran-cabaran kecil iaitu untuk mendapatkan cold storage beroda. Masalah dapat diatasi apabila, peralatan itu dapat dibeli di pasaraya Bin Dawood Makkah.
4. Bawa Susu Ibu Dalam Perjalanan Ke Madinah
Apabila dibawa ke Madinah, pasangan ini memohon bantuan rakan-rakan Jemaah Haji untuk menumpangkan stok susu ibu (EBM) di bilik-bilik mereka.
5. Akan Ada Soal Selidik Untuk Melepasi Imisresen
Kemuncaknya ialah untuk melepasi pemeriksaan imigresen sebelum dibawa naik menaiki kapal terbang.
Keluar dari hotel kira-kira jam 10 malam, sebelum bergerak ke lapangan terbang. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdul Aziz, Madinah, ia berjaya melepasi pemeriksaan imigresen selepas sedikit soal selidik kira-kira jam 4 pagi.
6. Penyediaan Tong Cold Storage
Sehari sebelum berangkat, sangat sukar untuk ais batu yang perlu diisi di dalam cold storage. Jika di Mekah harganya 5 riyal sahaja, tapi di Madinah harga yang ditawar oleh penjual ialah 30 riyal untuk 1 paket!
Selepas negosiasi, dapat juga dengan harga 30 riyal utk 2 paket. Itupun perlu bertanyakan dari banyak kedai barulah dapat jumpa yang sudi menjualnya.
Tong cold storage ini diisi dengan ais dan garam untuk mengekalkan suhu susu dalam keadaan sejuk supaya ia dapat bertahan untuk sampai ke Malaysia. Selepas masuk ke balai berlepas, barulah tong ini dibalut dengan plastik supaya ia lebih lama bertahan.
7. Persediaan Mental Untuk Hadapi Kemungkinan
Kira-kira jam 7 pagi ia dibawa naik ke kapal terbang, berlaku sedikit kekecohan kerana krew kabin tidak benarkan ia dibawa masuk ke dalam pesawat kerana saiznya yang besar. Akhirnya ia diletakkan di dalam kabin bersama beg-beg penumpang.
Alhamdulillah, jam 9 malam ia selamat sampai di KLIA.
8. Sebaik Sampai Di Malaysia Dan Jejak Kaki Di Rumah
Kira-kira 16 jam perjalanan susu ini dari hotel di Madinah sebelum ia dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk di Malaysia.
Teringat ada seorang jemaah tanya, “Eh, nanti tak jadi keju ke?” Alhamdulilah, dalam masa 16 jam perjalanan ia kekal sebagai susu.
Video Lengkap Tip Bawa Pulang Stok Susu Ibu Dari Makkah Ke Malaysia
Sumber/Foto/Video : Facebook Afyan Mat Rawi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI