Rupanya ada caranya untuk jadikan telur yang kita masak jadi sebiji-sebiji, terletak elok dalam kuah tak berterabur. Bukan apa bila kita masak sup telur, masak lemak atau apa sahaja menggunakan telur, jika salah tekniknya telur jadi pecah berterabur dalam kuah.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchenni, memang elok sungguh hasilnya.
Cuti 3 hari sampai Khamis, ada kerja sikit sebelum keluar masak untuk rumah dulu , Masak Lomak Cili Api Telor Itik untuk Dina. helok kan Telor Itik tu dalam periuk, meh nak kongsi tips macamana nak bagi telor sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah tu, sonang je.
Bahan-Bahan:
Cili Padi
Kunyit Hidup
2 Batang Serai
Asam Keping
1 Kotak Santan
Garam
Mushroom Seasoning
Telur Itik
1. Masak macam biasa, masuk cili padi dan kunyit hidup yang dikisar halus, masum dalam periuk, ketuk serai dan asam keping.
2. Agak-agak cili dah masak, masuk air ( lebihan air bilasan blender).
3. Mendidih je, masuk santan @adabi_consumer 1 kotak, perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.
Ads
4. Part ni penting, bila api dah menggelegak, tutup api atau perlahankan api. Saya tutup api, sebab bila api ada, bila masukkan telur dia akan berterabur, tak cantik.
5. Saya pecahkan telur dalam bekas dahulu, baru masuk telur tu dalam kuah tadi, satu persatu. Baru buka api semula (api paling perlahan ) sampai telur tu masak.
Gambar hiasan
6. Last masukkan daun kunyit carik-carik bagi wangi. Ikut suka tak nak letak pun tak apa.
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masukkan telur dalam kuah boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ini. Barulah telur jadi sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah, tak berterabur.
Bila sudah bergelar mak, topik sampingan bila jumpa kawan-kawan, tidak akan sah kalau tak bercerita tentang anak-anak. Macam-macam ragam yang anak buat. Ini belum masuk abang kacau adik, adik nangis dan pelbagai peristiwa yang melucukan.
Pengalaman Mak Ada Anak Rapat-rapat
Bercakap tentang anak ni, saya cukup respek pada mak-mak yang lahirkan anak rapat-rapat. Macam mana mereka handle dan melayan kerenah anak-anak, menyiapkan keperluan dan memasak untuk keluarga.
Bukan apa, saya sendiri yang melaluinya boleh ‘naik angin’ dan hilang sabar bila ada anak-anak yang bergaduh, masa yang sama adik merengek nak susu… macam-macam lah. Mujurlah ada anak yang dah besar, bolehlah minta tolong layankan adik-adiknya. Tapi, bila anak yang besar pun terlibat dalam pergaduhan ini, mahunya suara ‘tarzan’ akan keluar.
Anak sulung, kedua dan ketiga, jaraknya antara 2-3 tahun. Jadi, bila adik dah keluar, diorang masih boleh dikawal lagi. Tapi bila anak saya nombor 4 dan nombor 5 jaraknya agak dekat (beza setahun lebih). Apalagi, abang nombor 4 mulalah buat ‘geram’ kat adiknya. Tak boleh bayangkan mak-mak yang anaknya berderet dan jaraknya dekat. Memang salute la.
Pernah juga saya alami bila mana, anak nombor 4 mula buat hal, ayahnya pujuk tak dilayan, abang dan kakak pujuk pun tak jalan. Si kecil pula menangis minta disusukan. Mana satu mahu dilayan. Haru biru. Akhirnya, dua-dua dok ‘bertempek’ dengan mamanya.
Jangan Mengeluh
Walau bagaimanapun, jangan mengeluh bila Allah kurniakan anak-anak ini (walaupun rapat-rapat). Ada juga orang tanya ‘tak rancang kehamilan ker?’. Pada saya, walaupun kita merancang macam mana sekalipun, bila Allah kata kun fa ya kun …kita terimalah dengan redha. Semua tu Allah sudah tahu kita mampu laluinya. Kehadiran merekalah rezeki untuk kita sekeluarga.
Buat Muhammad Adib Iman b. Asmawal, selamat ulang tahun yang ke-2 pada 13 Disember 2017. Moga menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayang Anak Mama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi seorang mak dan isteri, memang seronok apabila dapat menyediakan menu yang ringkas untuk anak-anak dan suami.Walau sibuk macam mana pun, sekurang-kurangnya dapat menyediakan satu hidangan buat keluarga setiap hari pun jadilah. Masakan ibu dan isteri merupakan pengikat kasih sayang dalam keluarga.
Setelah hampir 2 bulan melalui tempoh berpantang, pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir,32 kembali ‘beraksi’ di dapur menyediakan hidangan buat keluarga.
Diana telah melahirkan anak lelaki Muhammad Khalid pada November lepas setelah dikurniakan dua orang puteri Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadijah Azzehra,2.
Menerusi perkongsian di Instagram pengacara wanita ini, Diana Amir ada berkongsi gambar dan resipi pancake yang cukup simple namun sedap yang kini menjadi menu sarapan pagi dirinya setiap hari.Malah Diana juga berhasrat untuk buat menu waffle pula nanti.
Berikut perkongsian resipi pancake tersebut;
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar gula
secubit garam
4 sudu kecil baking powder
2 cawan Susu full cream
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
4 sudu besar mentega
Cara Membuat:
1.Kacau sebati semua bahan-bahan kecuali mentega.
2.Letak mentega pada acuan pancake atau kuali nonstick dan biarkan masak.
Boleh dinikmati bersama sirap strawberi / nutella / madu / pisang atau berries segar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!
Sudah tentu mengujakan apabila dapat melukis di atas kasut sendiri bukan? Apatah lagi dapat memilih atau mereka sendiri corak yang diidamkan. Walaupun pada mulanya hanya sepasang kasut putih yang makin dilupakan.
Namun apabila dilukis dan diwarnakan dengan kemas dan cantik, kasut putih tadi berubah wajah dan nampak mahal. Puan Syarul Nadia Hamdan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berkongsi bagaimana caranya melukis di atas kasut kanvas. Rupanya mudah sahaja.
Seronok Hasilkan Corak Sendiri
Tentulah seronok apabila dapat menghasilkan kasut dengan corak pilihan hati. Kelebihannya apabila buat sendiri, kita akan rasa lebih puas dan sentimental value lebih tinggi.
Lagi pula kalau kita buat untuk orang yang kita sayang iaitu anak-anak. Of course, saya lakukan dengan sepenuh hati dan mahukan yang terbaik. Selain itu hasil corak kasut tak akan sama dengan orang lain dan sudah semestinya tiada di pasaran.
Praktis Sebelum Mengajar
Sebenarnya, tugasan ini merupakan salah satu soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, iaitu bertajuk reka corak kasut. Jadi saya test dahulu buat kasut itu sebelum mengajar.
Kiranya karya ini seperti bahan bantu mengajar untuk pelajar tingkatan 5 lah. Alang-alang buat, saya rasa lebih elok apabila boleh terus dipakai. Saya hasilkan tiga pasang untuk semua anak-anak.
Corak setiap kasut adalah tema pilihan anak-anak sendiri. Kemudian barulah, saya buat rujukan di internet dan ubah-ubah sedikit mengikut kesesuaian.
Anggaran Kos
Jika tidak berada dalam tempoh PKP mungkin lebih mudah mencari kasut kanvas yang lebih murah. Namun disebabkan oleh PKP, kebanyakan peralatan dibeli secara online.
Kasut anggaran harga RM 10 hingga RM 25
Warna akrilik. Anggaran harga RM 30 hingga RM 40 sekotak (12 warna). (Harga berbeza ikut jenama warna yang digunakan).
Berus pilih yang berkualiti supaya kerja-kerja mewarna lebih senang. Anggaran harga RM 3.50 hingga RM 4 sebatang.
Bahan-bahan:
Sepasang kasut sekolah berwarna putih
Warna akrilik
Berus
Pensel
Langkah-langkah:
Langkah 1:
Proses melukis atas kasut menggunakan pensil. Lakarlah corak yang anda mahukan.
Langkah 2:
Proses mewarna menggunakan cat akrilik.
Langkah 3:
Biarkan cat betul-betul kering.
INFO TAMBAHAN:
Sebenarnya cat akrilik tidak memerlukan waktu yang lama untuk kering dan tak perlu dijemur. Hanya dibiar pada suhu bilik sudah memadai. Warna akrilik juga kalis air apabila DIBIARKAN betul-betul kering.
MW: Mak, ayah mungkin dapat jadikan aktiviti ini untuk mengisi terluang ketika PKP ini. Galakkan anak-anak untuk melukis bersama mak, ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...