
Isi Kandungan
ToggleSoto ayam bakar ini kalau kena dengan cabai kicap memang lain macam rasanya. Sedap tak ingat! Kena pandai sebatikan rasa sedap kuah sup, ayam dan sambalnya.
Haa… macam mana cara nak masak, boleh guna resepi Puan Zarazelah Othman ini…
Saya buka kedai makan, jadi memang nampak meja dan cara penyediaan macam kedai makan ya. Tapi yang ini saya masak untuk family hari ini.
Resepi Sup
Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
Masukkan air
Biarkan mendidih
Masukkan rempah sup adabi lada hitam
Masukkan kaki ayam
Rebus sampai empuk
Masukkan kentang carrot daun saderi
Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Soto Ayam Bakar
Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
Bakar di atas bara api
Celur bihun
Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup dan bawang.

Sambal kicap
Cili api kicap bawang putih air limau gula ajinomoto. Blender.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jamu Air Rebusan Rempah Daun Sirih, Ikhtiar Rawat Anak Batuk Dengan Syarat..

Isi Kandungan
ToggleKembalikan kesegaran badan yang letih lesu dengan jamu air rebusan rempah daun sirih. Bagusnya air rebusan rempah daun sirih ini, ia juga boleh jadi ikhtiar untuk anak-anak yang batuk. Tapi usia anak mestilah 5 tahun ke atas.
Wanita ini, Amanda Tan yang lebih mesra dengan gelaran Amoi Jamu berkongsi dengan Mingguan Wanita tatacara membuat jamu air rebusan rempah daun sirih ini.
Bahan Dan Cara Membuat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua





Nota : Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .
Syarat Nak Jadikan Ikhtiar Anak Batuk & Kegunaan Mak
√ Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
√ Sesuai untuk lelaki dan wanita.
√ Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
√ Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
√ Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
√ Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
√ Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.
√ Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.

Manfaat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
– Merawat batuk
– Rawat sakit tekak dan mulut
– Menghilangkan bau badan
– Mewangikan badan
– Membuang angin badan
– Melegakan urat saraf
– Menyegarkan kembali badan
– Merawat masalah keputihan untuk para wanita
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukuman Penjara 8 Tahun, Akhirnya Wanita Dera Amah Dapat Pembalasan Setimpal

Isi Kandungan
ToggleKes wanita dera amah ini pernah mendapat liputan meluas didalam media sosial dan dikalangan masyarakat sebelum ini.Rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan apabila wanita ini hanya kenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.
Namun akhirnya, keadilan dapat ditegakkan dan wanita ini mendapat pembalasan yang setimpal apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita Mohamad Ali, 44, yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah membuat keputusan terhadap suri rumah itu yang juga responden selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula hari ini dan permohonan penangguhan pelaksanaan turut ditolak mahkamah.
Sebelum ini, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.
Namun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.
Bukan Bergelar Datin
Ketika ditanya pemberita sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan media sebelum ini. Prosiding kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, manakala responden diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Sebelum ini, pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh selama seminggu untuk mencarinya.
Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu, hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai pakaian serba hitam hadir bersama dua peguamnya pada 8.55 pagi.
Sebabkan Kecederaan Parah
Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Buat para majikan, ingatlah amah juga seorang manusia, layanlah dengan sebaiknya dan janganlah diperlakukan sewenang-wenangnya. Marah atau ingin menegur sekalipun, janganlah sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.
Sumber:hmetro
Kredit Foto: Malay Mail Online
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadir Al-Nuri Berpeluang Peluk Anak Selepas 6 Bulan Tak Bertemu, “Misi Gila” Pertemukan Keluarga Ini Diketuai PMX

Isi Kandungan
ToggleNadir Al-Nuri berpeluang peluk anak selepas 6 bulan tak bertemu, misi pertemukan keluarga ini diketui PMX. Sejak semalam tular kisah tindakan dalam diam Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim yang membantu satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir An Nuri untuk bertemu dengan anak dan keluarganya selepas lebih 6 bulan terpisah.
Nadir yang sempat berada di Malaysia sejak 6 bulan lalu, sering menyatakan rasa rindu kepada anak-anaknya di bumi bergolak P. Ditambah bumi G sentiasa bergolak dan dihujani bom.
Nadir Al-Nuri Berpeluang Peluk Anak Selepas 6 Bulan Tak Bertemu
Selepas 183 hari melalui hari yang panjang, dirinya telah dipertemukan dengan anak-anak, melepaskan rindu selepas sekian lama tidak bertemu dalam satu “misi gila” diketuai oleh PMX yang melakukan tindakan dalam diam membantu keluarga ini.
Baca catatan Nadir Al-Nuri.

183 Hari Yang Panjang :
Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.
Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari.
Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam.
Hasbunallah Wani’mal Wakeel.
Dengan segala ujian, Allah pasti bersama kita kerana Dialah selayaknya wakil susah senang hambanya..
Kisah bermula saat G sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri. Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.
Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas ‘saya akan bantu’ dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.
Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.
“Misi Gila” Pertemukan Keluarga Ini Diketuai PMX
Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tn Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di G.
Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.
Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan..
Saya sudah biasa melalui perang di G, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. Tetapi misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.
Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.
Tetapi watak utama dalam ‘Misi Gila’ ini adalah Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri!
Suka beliau atau tidak, dalam soal P umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti.
Tindakan PMX menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hms dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa.
Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.
Untuk PMX, PMO, (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Masjid Al-Aqsa Bertukar Lautan Darah, Teriakan Ya Allah Disusuli Tangisan Wanita Dipukul Tanpa Belas Kasihan
Pergi Ke Luar Negara Bawa Emas, Sesak-sesak Boleh Jual Jadi Duit
“Tak Sabar Nak Rehat, Beli Makanan” Kantin Sekolah Ala Cafe, Tarik Perhatian Murid, Terbaik!
Ibu Usung Jenazah Anak Dalam Senyuman, Bahagia Syahid Dalam Perjuangan Di Palestin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI