Bagi mak-mak yang mempunyai hobi menanam ini, mereka akan gunakan setiap ruang tanah yang ada di halaman rumah untuk bercucuk tanam. Paling penting tanaman yang ditanam sudah tentu untuk keperluan masakan hari-hari.
Untungnya, tak perlulah nak membeli, hanya petik sahaja. Berapa banyak nak guna bergantung kepada masakan. Jika beli, mahunya ada yang berlebihan hingga membazir pula kalau tidak digunakan.
Begitulah kalau ada ruang tanah untuk bercucuk tanam. Tapi bagaimana mak-mak yang nak menanam tapi tak ada tanah, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar dan apartment. Memang susahlah untuk menanam.
Jangan risau, masih ada peluang untuk mak-mak yang tak ada ruang tanah, perkongsian daripada Umie Watie boleh membantu mak-mak untuk bercucuk tanam. Jimat saja dengna hanya menggunakan tong polisterin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Tanam Pokok Kunyit, Siram Air Sedikit Dan Letak Tempat Teduh, Baru Hidup
Nak BERCUCUK TANAM Kena Ada Hari-Hari Sesuai, Barulah Hidup Subur
Info Lebih Menarik DI SINI
Tidak Ada Ruang Tanah, Guna Tong Polisterin
Kali ini, Kakchik nak kongsi cara bercucuk tanam ala jimat dan sesuai untuk orang yang nak bercucuk tanam tapi tak ada tanah.
Kawasan rumah Kakchik semua sudah bersimen. Kalau nak tanam atas tanah memang alamatnya mimpi sajalah.
Tong polisterin tu Kakchik kutip di pasar saja. Ada bekas sayur atau ikan. Setakat ini bekas ini berkhidmat dengan baik.
Jom kita mulakan.
1. Buat lubang gunakan pisau saja.
2. Lubang tadi Kakchik tutup dengan bekas telur.
3. Kakchik bubuh daun kering seperti daun buluh yang sudah kering dari rumah mak. Kalau tak ada kakchik gunakan cocopeat.
4. Kakchik bubuh tanah 6 dalam 1 yang boleh dibeli dari kedai nurseri.
5. Atas sekali Kakchik bubuh tanah sawit bakar.
6. Setiap bekas kakchik campur jenis sayur. Tapi yang baru tu Kakchik bubuh sejenis saja.
MW: Kalau yang tak ada tanah untuk bercucuk tanam, boleh guna cara ini. Jimat pun jimat. Macam-macam jenis sayuran boleh tanam. Paling penting kena jaga dengan betul, barulah hidup subur.
Sumber: Umie Watie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI