Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

Diet Intermittent Fasting ni, mak-mak disarankan berpuasa selama 16 jam dan makan pada 8 jam seterusnya. Tentu mengundang masalah untuk ibu menyusu badan.

Hajat nak berdiet, tapi susah hati bimbang mengganggu pengeluaran susu badan pula nanti.

Pengasas Blessed Beauty Confinement, Siti Aishah yang lebih dikenali dengan nama Kak Ice, berkongsi cara berdiet Intermittent Fasting semasa dalam penyusuan bayinya.

Ia tidak memberi masalah untuknya menyusu badan. Malah, susu badan tidak berkurang.

Seperti yang dijanjikan Kak Ice akan kongsi cara nak buat Intermitent Fasting (afterwards will be call IF) tanpa mengganggu pengeluaran susu.

Perlu diingatkan, setiap keberkesanan aturan yang dibuat adalah berbeza mengikut keadaan kesihatan dan cara hidup kita masing-masing. So, tak semestinya apa yang sesuai untuk kak Ice ni, sesuai untuk anda ya.

But still.. its a worth sharing sebagai testimoni IF buat breastfeed (bf) mom.”

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

 

My History :

– 8 months postpartum. Kelahiran czer
– My baby fully breastmilk baby. Tak de top up formula
– Berat masih atas 60 kg. 64 kg to be exact.
– Sehari I pump out 25 oz. Sedangkan MR Budi consume 35 oz di nursery.
– Kak Ice perah susu setiap 2 jam sekali. Untuk pastikan susu pekat.
– Perut I ada pouch ke depan bahagian atas czer. Memang obvious kalau tak pakai girdle.
– Kak ice dah tak mengurut. Banyak duduk menghadap pc untuk buat thesis dan jawab PM. Tak macam dulu I memang aktif mengurut orang di mana kalori dibakar setiap hari sangat banyak.

After terbaca lak pasal Lisa surhani buat IF, I start to dig more info about IF and healthy diet for bf mom, healthy calories intake for bf mom, type of workout for postpartum ceaserean mom.

Maka bermulalah journey kak ice sedikit demi sedikit untuk mulakan IF.

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang
Install apps MyFitnessPall

 

Cara Buat Intermittent Fasting Ketika Menyusu Badan

  • Stop makan pukul 5 pm.
  • Esok pagi breakfast kul 7. Sometimes I start puasa at 7 pm.
  • So IF I kadang-kadang 12-14 hours.
  • In between tu kak Ice minum air kosong. And ambil sunnah Rasulullah… an hour before tidur (around 8 pm) I makan kurma atau buah. Ni untuk awet muda. Kudapan sedikit sebelum tidur. Bukan melantak nan cheese naaaa.

BUT… If I lapar… I still makan telur rebus atau telur mata (goreng without minyak atas non stiick pan). I dont go over starved myself sebab kak Ice lagi pentingkan penyusuan bayi dari nak kurus.

Masa tak puasa tu, kak Ice makan sebanyak 1,800 kalori sehari. I suppose makan 1,310 kalau ikutkan pengiraan berat badan dan tinggi kak Ice. Tapi disebabkan kak Ice menyusu, so I kena tambah lagi 500 kalori.

Nak kira kalori? Install apps MyFitnessPall. Senang. Yang penting kena declare setiap apa yang kita makan.

Ads

 

 

Apa Pemakanan Kak Ice

I WILL NEVER SKIP BREAKFAST. Selalunya my breakfast will be super huge meal. Nasi berlauk. Nasi lemak. Roti canai. You name itlah. But i’ll try my best to avoid makanan berminyak. And mostly I buat sendiri.

Kak ice makan nasi 3 kali dalam tempoh 10-12 jam tu. Tapi untuk pastikan susu badan meriah, kak Ice makan banyak ikan, telur, cheese, kentang, ulam-ulam atau sayur 1 mangkuk, buah-buahan.

Lauk-lauk pun I makan yang gulai lemak, asam pedas, kari and sambal. Tapi disebabkan my mom masak memang kurang masin maka consider sihat jugaklah (kantoi ibu yang masak).

Kak ice banyak rely on roti dan telur. Kalau lapar je terus makan roti and telur.

Dan kak ice takdelah makan healthy sangat. Sometimes I makan cekodok ikan bilis, goreng pisang dan keropok lekor jugak. So terpulang pada diri masing-masing. Sebab I ada NR. Sebab tu sekali sekala I makan benda deep fry I cover up dengan amalan akar herbanika dan phyto NR untuk detox.

I eat…
I eat…
I eat…
Sepanjang tak puasa tu. I tak biarkan perut jadi lapar.
Sometimes I grab crackers. Biscuits. Fruits.
I makan sebelum lapar….
But I stop before kenyang.
So you tak over eat!
Thats the trick!

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang
Black tea no sugar

 

Cara Minum Kak Ice

Air kosong wajib 2 liter sehari.
In between minum akar herbanika.
I drink coffee and tea. But tak kerap.
Sehari I make sure I minum air manis at least sekali. Takut hypo. Lagipun sebab kak Ice bergerak aktif dan kerap pam susu.
Minum air 30 minit selepas makan dan tidak sulam air masa makan.
Itu bantu elakkan perut buncit.

Ads

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

 

Workout?

TIAP-TIAP hari mesti ada rutin untuk perut dan punggung.
I buat crunches (for upper abs) masa solat Subuh.
Bicycle crunches (for lower abs) masa solat Zohor
Sitting twists (for pinggang) masa solat Asar
3 sets
Each sets 15 slow repetition
Sebelum mandi pagi wajib buat squat (untuk pungkoq montok)
3 sets
Each sets 15 slow repetition
Lama tak?
Tak sampai 10 min each workout. Yang squat dalam 15 minit.
Masa buat tu pantau pernafasan.
Buat atas sejadah yang tebal sikit.
Buat slow. Rasakan tarikan otot pada kawasan yang kita nak buang lemak tu.
Seminggu 3 kali lari treadmill. Treadmill 1 jam sehari. Selang-selang buat workout. Kalau tak lari treadmill, buat sauna kat spa.

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

 

Breastfeeding And Pumping Session

– I start pumping bila dah hantar MrBudi gi nursery. Around 7.30.
– Then I pump every 2 hours.
– I make sure I makan moderate meal 30 min before pumping. Moderate maksudnya yang heavy but tak sampai kenyang burp gitew…
– In other words… kalau I nak pump kul 7.30, I makan pukul 7 pagi.
– In other another words…. I makan 6 kali sehari!
– I start direct feeding MrBudi masa ambil dia kul 6 petang. And berterusan sepanjang malam. He is active nightbreastfeeder ya. Non stop dari masuk tidur (9.30 pm) sampai kul 4 pagi rotating side of breast.
– I pastikan dia cukup susu dengan check berat pampers setiap pagi. Kalau dia kencing banyak maka dia cukup susu.

Actually apa yang menyebabkan i nak share pasal IF ni sebab since kak Ice buat IF, supply susu bertambah by 6 oz. Dulu dapat 15 oz. Gradually dah 2 minggu ni jadi 21 oz. I am not sure how to explain but I believe I makan banyak masa siang tu yang susu perahan bertambah.

And plesse mommies… lain orang lain effect ya. Kak Ice tak nak overclaim tapi just sharing apa yang kak Ice makan dan amalkan sepanjang 2 minggu ni.

 

Ads

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

 

Ada Pakai Apa-apa Produk?

Dalaman :
– Kak Ice amalkan Akar herbanika untuk buang gemuk air dari dalam badan dan tambah susu badan (terbukti!)
– Phyto Natal dan Phyto cleanse Plus makan bergilir hari untuk buang benda-benda berminyak yang dah “TER”masuk dalam badan. Berak…berak…berak…perut pun kempis.

Luaran :
– Krim diang tu amalan sebelum pakai girdle nak keluar rumah, pakai setiap kali selepas solat, sebelum workout, selepas mandi dan sebelum tidur.
– GIRDLE tu penting. Kak ice ada 13 helai girdle. Girdle gi gym lain. Untuk tidur lain. Gi jalan-jalan lain.
– I selalu pakai sauna suit masa workout and sauna.

 

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

 

Pantang Larang

1. ELAKKAN makanan terlalu manis. Kalau termakan tu sekadar merasa. Tetapi kalau lah cheese nutella segala jenis meleleh-leleh tu… memang tak sentuh lah. Seram.
2. ELAKKAN makanan berminyak nak-nak deep fry.
3. Say no to FAST FOOD AND PROCESSED FOOD!
4. No ICE WATER

Motivasi.. Agar Tak Separuh Jalan

– Pasang cermin penuh dalam bilik. Masa nak mandi tu belek badan. Tengok bahagian mana kita nak “trim”. Fokus untuk dapatkan bentuk badan ideal.
– Selalu tengok badan-badan perempuan yang cantik. Jangan malu nak impikan badan yang cantik. Dream for it and work it out girl!!! You can and you will!!!
– Jangan compare prestasi kita dengan orang lain. Meskipun kita hanya turun 0.5 kg sebulan IT IS OK!. Teruskan! Istiqamah!
– DONT STRESS OUT! Enjoy setiap journey kita nak kurus dan sihat. Enjoy rasa sihat. Selalu bersyukur dan workout dalam keadaan happy. Bukan stress.
– Jangan malu nak mengaku kat orang kita nak kurus. Kalau ada yang perlekehkan, just laugh and kata “doakan la wey. Kalau aku berjaya ko dapat pahala dowh.” Turn every pessimistic comment to your opportunist event!

Last but not least…

REMEMBER….
ALLAH CREAT US PERFECTLY BEAUTIFUL!
IN AND OUT!
KURUS CANTIK
GEMUK PUN CANTIK
TETAPI UNTUK SIHAT…..
KITA KENA USAHA SENDIRI!
KURUS UNTUK SIHAT DAHULU…
CANTIK AKAN MENYUSUL!

Hope apa yang kak Ice kongsikan ni dapat memberi inspirasi kepada yang nak buat IF. Nak kurus. Nak BF.

Yang penting, kenal badan kita dahulu. Pantau kelebihan dan kekangan masa kita. Fokuskan dahulu perihal penyusuan anak sebelum nak fokus kurus. Sebab kalau kak Ice buat IF supply susu drop, kak Ice tak akan berkongsi.

Selamat mencuba.
Jom sihat bersama-sama Kak Ice.

Sumber/Foto : Siti Aishah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI