ubat batuk semulajadi

Selain menggunakan ubat-ubatan di farmasi, sebenarnya mak-mak juga boleh cuba petua semulajadi untuk rawat batuk dengan menggunakan buah nenas.Yang pastinya ia lebih selamat,tanpa bahan pengawet, sedap malah murah! Menurut perkongsian Puan Norashikin Bt Hasan, ubat batuk semulajadi ini juga sesuai diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan keatas.

Berikut antara perkongsian beliau;

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi

“Sesiapa yang kurang yakin dengan ubat semulajadi, boleh je makan ubat dari klinik, yang penting dapatkan nasihat doktor dulu. Saya memilih yang alami. Ubat ini sesuai untuk bayi umur 6 bulan ke atas atau yang sudah mula makan solid food.

“Namun ia bergantung pada individu juga. Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa. Macam makan ubat-ubat lain juga lah kan. Ok, Selamat Mencuba! Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.”

Jenis Nenas

Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-man jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara.

1.Buang kulit nenas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

2.Potong kiub, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. Saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dengan madu.Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan campur sekali dalam blender.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

3.Blend sampai halus. Tapis.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

4.Ini hampas nenas setelah ditapis.

Ads

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

5.Ini hasilnya.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

6. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Ads

Ada 2 jenis penapis saya guna.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

7. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Peringatan!

  • Siap dimasukkan dalam botol tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak.
  • Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh. Mak ayah pun boleh join minum ni.. walaupun tak batuk. Ajaib kan.
  • Saya guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dengan madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dalam botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dalam picagari ketika ingin diberikan kepada anak.Jus nenas disinergikan dengan madu. Jadilah ubat batuk. InsyaAllah mujarab.

Jumlah Dos

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Ads

Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar (3ml). Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. Si adik suka si abg pun suka.

Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambo. Huhu. Ammar beri Husna makan ubat batuk semulajadi. Jus nenas + madu. Alhamdulillah Husna dan Ammar pulih dari batuk selepas 3 hari berturut2 minum ubat semulajadi ini.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Cara Penggunaan

Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan. Jangan lupa ya, madu juga baik untuk kesihatan usus, ia kaya dengan vitamin C, malah ia juga adalah antibiotik terbaik untuk tubuh.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi Guna Nenas, Sesuai Juga Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Selamat Mencuba!

Sumber: Norashikin Bt Hasan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI