Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, mak-mak boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.
Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Nooramin Munirah Asgnari ini sebagai rujukan.
“Tauhu lembut buat sendiri ( tauhu jepun),cuma guna 3 bahan sahaja”
Bahan-Bahan:
5 biji telur
2 sudu tepung jagung
150 ml air soya
Ads
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan, kisar secara perlahan.
2.Tapis dan masukkan dalam acuan untuk dikukus.
3.Kukus selama 25 minit dan sejukkan sebentar.
4.Keluarkan dari acuan setelah disejukkan.
5.Potong-potong dan celup dalam telur.
Ads
6.Goreng sehingga kekuningan.
Siap!
Ads
Tips Ekstra!
Salut dengan tepung dan cornflakes yang dihancurkan, sedap. Tapi salut telur lebih mudah dan baunyaa buat perut berkeroncong.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak yang suka makan tauhu telur ni, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.
Memang perit bila kena batuk dan sakit tekak. Tekak rasa gatal, sakit dan boleh jadi lebih teruk, sampai hilang suara. Disamping mengambil ubat yang disarankan doktor, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri candy pelega batuk dan sakit tekak ni di rumah. Ia sebagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
Berikut perkongsian daripada Puan AJ Idrissebagai rujukan;
“Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.”
#homemade candy pelega batuk / sakit tekak.
Bahan-Bahan:
Sebiji lemon (ambil jus)
1 sudu kecil serbuk halia
3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh. Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka. No problem.
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas dalam api perlahan sampai berbuih macam ni. Kacau-kacau ya.
2.Bila dah berbuih, tutup api. Kacau-kacau lagi sampai buih hilang, dan air tadi jadi pekat dan agak melekit.
3.Cepat-cepat titiskan, sebab dia akan cepat mengeras. Titislah comel-comel. Kalau ada acuan, sila guna.
4.Bila dah keras, taburkan gula ising. Tapi di sini saya taburkan serbuk bunga ros sebagai ganti gula ising. Kata pun nak sihat, kan.
Yang ini, saya campurkan sedikit serbuk bunga ros dalam ramuan.
Dah keras dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Siaplah sudah
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh lah cuba buat sendiri Candy pelega batuk dan sakit tekak ini di rumah nanti.
Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa ‘Fresh’ Disangai! Memang
payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.Rupanya antara tip nak buat biskut kelapa legend yang sedap dan wangi, kena gunakan kelapa parut putih yang ‘fresh’ disangai. Berbanding beli yang dah siap di kedai ‘bakery’.
Ikut resipi mudah biskut kelapa legend yang dikongsikan oleh Puan Alieya Abdullah ini sebagai panduan;
Hari ni kita try biskut kelapa legend. Tak tahu la legend ke tak. Hihi. Mungkin orang-orang lama je yang lagi pakar dalam biskut kelapa ni. Resipi sis, sis punya kelapa tu kelapa fresh dan disangai. Guna marjerin dan tepung pun disangai.
Jom tengok resepi sis. INSYAALLAH BISKUT NI RANGUP. Tapi masa panas memang tak rangup. Dah sejuk baru rangup.
Bahan-Bahan:
1 Cawan marjerin pelangi
1 Cawan gula aising
1 cawan tepung gandum disangai
2 1/2 cawan tepung jagung disangai. Kalau lembik tambah lagi.
2 cawan kelapa parut putih je disangai.
1 biji kuning telur gred B
Esen vanilla sikit. Letak la dalam 1 tutup tu.
Cara Membuat:
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang.
2. Lepas tu letak telur dan esen vanila.
3. Letak kelapa parut dan gaul sebati.
4. Letak tepung gandum dan uli guna tangan.
5. Letak tepung jagung dan gaul sampai jadi doh.
*pastikan tepung dan gula diayak ye.
Guna acuan yang sesuai.
Boleh dibakar ikut oven masing-masing sampai la masak.
Mingguan Wanita:Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.Pastikan guna kelapa ‘fresh’ dan sangai terlebih dahulu, barulah rasanya lebih sedap dan wangi.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...