Petai jeruk, baunya saja sudah buat orang yang tidak biasa makan akan pening. Tapi bila makan memang boleh bertambah-tambah nasi. Sedap sangat.
Boleh dikatakan baunya kurang menyenangkan baik petai mentah mahu pun petai jeruk. Lebih-lebih lagi bila tiba musimnya, berlambak-lambak di jual. Kiranya sama naik dengan musim durian.
Beruntungnya kalau dapat beli dengan harga murah atau borong. Bukan setakat boleh di makan mentah, di rebus atau nak tahan lama buat petai jeruk. Nak makan, bubuh dalam pinggan dan cukup dengan satu lauk pun dah menyelerakan.
Kadang-kadang usah juga nak dapatkan petai jeruk. Jadi, apa kata bila dah beli banyak sangat, bolehlah buat sendiri.
Daripada perkongsian ZiLa KJ ini, cara nak buat petai jeruk ini senang sangat, cuba langkah demi langkah tu agak lama. Maklum saja, kena kopek satu persatu petai yang telah dicelur itu.
“Sudah hampir 12 tahun kahwin, biasa mak mentua yang buatkan petai jeruk, tinggal nak makan saja. Lagi pun saya pandai makan sejak kahwin dengan suami.
“Sekarang baru tahu cara buat. Nampak macam mudah tapi banyak langka-langkahnya.
Cara-caranya:
Ads
1. Bersihkan petai.
2. Didihkan air dan apabila mendidih, masukkan petai dan rebus.
3. Apabila kulit petai bertukar warna, angkat dan toskan airnya.
4. Bila tangkai petai suam-suam, terus keluarkan isi petai. Tak perlu tunggu sejuk sebab masa ini ia senang untuk keluarkan isinya.
Ads
5. Rendam petai yang diambil isinyadengan air biasa sajaka.
6. Sudah siap, basuh petai tadi untuk keluarkan lendir atau kulit yang tertinggal. Toskan dengan guna penapis.
7. Biarkan semalaman dalam tapisan untuk pastikan air rebusan itu betul-betul kering. Paling penting nak pastikan petainya ranggup.
8. Akhir sekali, masukkan petai dalam balang, rendam dengan air masak. Pastikan ai lebih dari isi petai. Masukkan garam kasar pada bahagian atas saja. Boleh guna beras kasar untuk rasa lebih sedap atau guna saja garam biasa. Masukkan 5 tangkai cili atau lebih, kalau suka pedas.
9. Selepas 3 hari, boleh cuba sebiji dan kalau kurang masin, bolehlah tambah garam lagi.
Ads
10. Cukup seminggu boleh makan dengan nasi panas. Sedapnya.
Mingguan Wanita : Kalau nak buang air kecil, jangan lupa simbah air banyak ye. Mahunya pening siapa yang masuk bilik air lepas itu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masak lemak cili api antara menu lauk yang disukai ramai terutama bagi mereka yang gemarkan masakan pedas. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sangat ringkas. Antara bahan asas sering yang digunakan ialah pucuk ubi kayu.
Selain pucuk ubi, tambah ‘kick’ kalau dimasukkan sekali dengan jantung pisang. Masak lemak cili api sedap dimakan bersama nasi panas apatahlagi jika digandingkan dengan ikan masin.
Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Berikut dikongsikan cara-cara membuat masak lemak cili api bersama jantung pisang.
Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Bersama Jantung Pisang
Bahan-bahan:
Jantung pisang
Pucuk ubi kayu
Cili padi (ditumbuk)
Kunyit hidup (ditumbuk)
Ikan bilis
Asam keping
1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
Paling ‘Terangkat’ Bila Makan Dengan Ikan Masin
Cara memasak:
1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, supaya lebih sedap, gunakan jantung daripada pisang nipah. Rasanya tidak pahit dan tidak kelat.
Kalau nak cerita pasal resepi cekodok pisang tu, macam ramai yang dah tahu apa bahan dan macam mana nak buat.
Tetapi anda berjaya tak hasilkan bentuk cekodok pisang tu bulat-bulat comel macam ini?
Haaa… inilah rahsianya, Puan Norlela Abdul Lahak sudi kongsikan dengan pembaca lain untuk anda cuba buat sendiri di rumah.
Nah, jemput godek!
Bahan-bahan Buat Cekodok Pisang:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum*
3 cawan gula*(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam*
Air secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.
Blend bahan yang bertanda bintang.
Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung, gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.
Jangan terlalu cair. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak tanam kailan tak adalah susah, kalau kita tahu tekniknya. Tambahan pula, ia menjadi salah satu kegemaran keluarga. Masak kalain ikan masih memang cukup padu dan penambah selera.
Namun, macam mana nak tanam kailan? Mesti ada tekniknya. Sama seperti tanaman sayuran yang lain. Apa yang dikatakan kailan ini, kalu ditanam boleh tubuh tinggi hingga ke pinggang kita.
Mungkin sebab itulah, nak tanam kailan ada caranya dan perkongsian daripada Siti Rokiah Che Hat ini mengatakan, untuk dapatkan hasil sebanyak 5 kali dari satu pokok, kena tinggalkan sehelai dua daun.
Memang berbaloi tanam kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang menarik tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini
1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua Penjagaan Kailan
1. Boleh siram dengan air basuhan beras
2. Guna baja tahi ayam
3. Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Mingguan Wanita : Mana-mana mak yang suka menanam, boleh tambah koleksi sayuran. Senang nak jaga kailan ni.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...