Kerepek kentang atau ‘potato chips’ memang sedap dijadikan kudapan ketika tengok tv, movies dan sebagainya. Jik selalu kita beli je kerepek kentang ni, sebenarnya boleh buat sendiri juga. Memang cantik kejadiannya rangup, nipis dan tak hangit. Malah bila buat sendiri lebih jimat, puas hati makan.
Boleh cuba buat kerepek kentang rangup dan nipis ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Mar Dhiah sebagai rujukan;
Siapa peminat kentang macam saya kat sini? Kalau kentang banyak kat dapur sis tu meh la cuba buat kerepek kentang (potato chips) home made ni. Resepi ni saya jumpa kat page dalam FB tapi tak ada tulis dari sumber mana jadi saya credit to owner lah ya, minta halalkan dunia akhirat.
Bahan-bahan nk buat kerepek kentang ni senang yakmat, mesti ada kt dapur punya.
Bahan-Bahan:
3 biji Kentang
2 sudu besar Cuka
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara-cara boleh tengok gambar dibawah :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi, rebus sekejap dalam 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Lepas tu toskan sebelum menggoreng.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.
5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco jer.
Saya buat api sederhana besar tapi kena selalu kacau-kacau sebab kentang tu nipis cepat hangit. Nak tau dah garing kentang tu nanti akan senyap dalam kuali.
6. Gambar close up..nipis dan rangup. Ni kalau makan sambil tengok tv, know-know finish.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi kerepek kentang yang dikongsikan ini. Kena ikut resipi dan cara betul buat kerepek kentang ini, barulah ia nipis, rangup dan cantik kejadiannya tak hangit bila digoreng nanti.
Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
500grm ubi keledek oren
2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)
1/3 cawan tepung gandum (30grm)
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula putih
1/2 sudu tea garam
Cara Buat:
1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.
2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.
3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.
5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.
6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.
7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telur dadar selalunya'pelengkap' hidangan lauk, terutamanya tomyam. Namun jika makan telur dadar dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Ada caranya untuk buat telur dadar gebu dan rangup.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Ummu Salamah ini;
Anak-anak kalau dapat telur dadar rangup kembung gini depa takde makan dengan nasi dah. Ratah terus.
Bahan-Bahan:
1 biji Telur
1 sudu kecil Tepung jagung
4/5 sudu kecil Air
secubit Perasa & garam
Cara Membuat:
1. Kacau rata semua bahan-bahan.
2. Minyak kena banyak ( agak-agak saiz lebar mana nak ) kalau sebiji telur agak-agak laa minyak tu banyak mana untuk dia berkembang mekar dalam kuali.
3. Minyak wajib panas betul baru cantik jelita.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam
Baca Lagi Di Sini:Petua Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap, Campurkan Dengan Mayonis!
Artikel Menarik:Tip Telur Dadar Gebu, Asingkan Kuning Dan Putih Telur, Barulah Lebih Besar, Lembut
Mingguan Wanita:Macam ni rupanya nak buat telur dadar yang rangup, elok kembang gebu. Masukkan sedikit tepung jagung dan pastikan minyak betul-betul panas.Memang menjadi hasilnya.
Kuih donut memang ramai yang suka, mungkin sebab senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. Ada banyak resipi yang boleh dicuba, tapi yang paling mudah ikut sukatan cawan. Jadi tak perlu sukat guna alat penimbang.Nak donut cantik tak hangus hitam pun ada caranya. Kena goreng guna api sederhana dan sekali balik sahaja.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Asma Mohamed ini.
DONUT KAMPUNG (Sukatan Cawan)
Bahan-Bahannya:
2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam
Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Cara Membuat :
1.Masukkan tepung gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk.Gaul hingga rata .
2.Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit.
3.Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan. Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum.Kemudian tutup selama 10 minit
4.Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit.
5.Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit).
6.Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja.
7.Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam.
Tips :
Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.
MW: Simple je resipi donut kampung ni. Yang penting mudah sebab guna sukatan cawan tak perlu nak timbang-timbang dan menjadi bila buat. Bolehlah cuba sendiri nanti.