Jeruk Sawi selalunya dicampur dalam Asam Pedas atau ditumis begitu sahaja dimakan dengan bubur nasi. Siapa yang pernah makan jeruk sawi ni, tahulah sedapnya macam mana. Namun selalunya jeruk sawi dijual di pasar. Memang agak ragu-ragu nak beli, terutama dari segi kebersihannya dan status halalnya.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Lebih yakin bersih dan boleh ‘adjust’ rasanya agar tak terlalu masin.Memang puas hati hasilnya.
Boleh cuba buat sendiri Jeruk Sawi Masin ni, seperti yang dikongsikan oleh Puan Cynthia Teresa Patrick
Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.
Bahan-Bahan:
Sayur Sawi
Nasi Sejuk
Garam (Tak Beriodin)
Air Secukupnya
Cara Membuat:
1.Cuci bersih sawi pahit dan dikeringkan.Gantung sebegini untuk toskan agar cepat kering.
2.Setelah kering, jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu.
Ads
3.Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.
4. Sehari jemur cukup. Pastikan masa menjemur cuaca panas, kita nak sawi tu layu je seperti begini.
5.Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukupnya. Seeloknya guna garam kasar, kalau takde garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.Kalau garam iodin, sawi akan cepat busuk.
Ads
6.Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
7.Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin.
Ads
Siap! Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Sukatan garam ikut berapa banyak sawi yang nak dijeruk tu, biar cukup masin kalau kurang masin sawi akan busuk. Masa gaul tu cuba rasa ye.
Nasi sejuk dan air pula terpulang.Dalam segenggam atau 2 genggam. Kalau nak masam bubuh lebih sikit. Air kena cukup ye, menenggelamkkan sawi tu.
Masa yang diperlukan untuk merendam sawi pahit tu lebih kurang seminggu atau lebih.Kalau warna dah kuning tu dah kira menjadi lah ye.
Selepas siap dijeruk, sawi harus dicuci dengan air bersih-bersih sebelum dimasak.
Sawi jeruk/masin ni boleh tahan lama kalau cukup garam, boleh disimpan dalam peti sejuk.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Setiap kali masuk ke Shopping Mall AEON, lalu bahagian food courtnya mesti terbau semerbak bau Asam Laksa yang cukup popular dekat situ. Memang ramai yang suka, sanggup beratur panjang nak menikmati kesedapan laksa di situ.
Tak perlu beratur panjang lagi, mak-mak boleh buat sendiri je laksa ala-ala dekat AEON ni. Memang sedap,cepat dan mudah nak buat. Hanya guna sardin dalam tin dan pes Asam Pedas sebagai ramuan utama.
“Terbuat jugak hari ni, laksa ala-ala aeon tu.Memang betol lah rasa dia sama.Buat plak sikit mcm tak cukup lak. Tak kan esok nak buat lagi ni.Tq ya pada yang share resepi tu. Resepi ni untuk 4 atau 5 orang dewasa makan.”
Bahan-Bahan:
Bawang besar
Belacan (sebesar ibu jari)
2 tin sardin saiz kecil 1 peket pes asam pedas ADABI
2 keping asam keping
Daun kesum
Bunga Kantan
Garam
Gula
Perasa
Cara Membuat:
1.Kisar bawang,belacan,pes asam pedas,sardin 1 buang sos dan 1 tak buang sosnya. Kisar sehingga halus. Kalau ada nenas boleh kisar sekali.
2.Masukkan bahan kisar dalam periuk, letak asam keping,bunga kantan,daun kesum. Air ikut kepekatan yang kita nak. Panaskan hingga mendidih.
3.Dah mendidih masukkan garam, perasa, gula dan fishball. Kacau bagi sebati, tutup api. Siap!
4.Bahan hiasan tu ikut suka lah. Tambah otak udang/petis lagi paduuu agaknya.Sebab saya petis tak ada, tak guna lah.
Info Ekstra!
Jika tin sardin besar guna 1 tin.
Satu tin tu saya buang sos sebab tak nak rasa terlalu kuat hanyir dia. Tak nak buang,nak blend semua 2 tin tu boleh je, ikut citarasa masing-masing.
MW: Mudah je mak-mak nak buat laksa yang ala-ala sama rasanya dijual dekat AEON ni. Cepat nak buat, sedap dan memang puas hati makan. Kena cuba buat sendiri di rumah nanti!
Lagi pekat dan likat lagi sedap. Siapa suka makan daging masak hitam bolehlah cuba resipi ini. Makan dengan nasi panas pun sedap.
Boleh cuba resipi dan cara buat Daging Masak Hitam perkongsian Mala Mansor ini.
Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat
“Semalam masak daging hitam, makan dengan nasi panas-panas. Macam rasa pegi kenduri pulak haha. Masak daging hitam ni banyak version kan. Jadi ni version mala, memang senang.
“Korang boleh lah cuba di rumah. Resepi mudah dan sedap memang ramai yang suka. Jom #SHARE mana tahu dapat bantu ibu-ibu yang tengah cari resepi nak masak daging tengahari ni.”
Selamat mencuba!
Bahan diperlukan :
Daging 1/2 kg (dipotong nipis)
Bawang merah 3 ulas (dihiris)
Rempah 4 sekawan
Bawang putih 2 ulas (dihiris)
Kicap pekat setengah cawan
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang holand dihiris bulat
Bahan Kisar :
Bawang holand 1 biji
Halia 2 inci
Bawang putih 4 ulas
Cili kering 1 sudu
Jintan manis 1 sudu kecil
Ketumbar 1 sudu kecil – optional
Jintan putih 1 sudu kecil
Ibu ini berkongsi menu berpantang PKP yang memudahkannya sepanjang berpantang bersalin dan tidak stress. Akuinya, menu yang dikongsikan ini tidak mengikut cara orang tua.
Sebaliknya lauk berpantang yang dimakan ini mengandungi nasi, sayuran, ikan atau ayam mahupun buah-buahan yang selesa untuknya nikmati sepanjang berpantang di rumah.
Kongsi Aida Haruddin lagi, “antara menu berpantang saya. Pantang PKP seronok, tak stress. Semua suami masakkan, semua saya makan.
Alhamdulillah tak ada kembung ke sakit urat ke. Susu pun banyak.”
Aida sudah pun melahirkan secara pembedahan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dulu, Aida berpantang sendirian.
Maklumnya, “saya tak pantang ikut cara orang tua. Ada sayur sejuk, sayur panas, sayur kembung, telur bentan, cili berak la semua.
Semua saya makan. Mana yang baik boleh ambil, kalau rasa tak nak ikut tak perlu ikut ya. Anda berhak memilih. Saya alhamdulillah dua kali berpantang sendiri sihat, tak pernah tahu kembung, bentan tu apa. Anak-anak saya pun okay tak meragam.”
*saya yang makan, orang lain yang kembung
Menu Berpantang PKP Cara Aida
Ada sup ayam lobak dan kurma. Aida tak tumis, letak je semua.
Ikan stim lemon
Resepi sayur pak choy dan goji berry
Tumis bawang putih sampai naik bau. Letak telur, air sikit. Masuk sayur. Terpulang nak sayur apa, yang ni guna pak choy. Letak sos tiram sikit. Last sekali sebelum tutup api letak goji berry.