Ayam goreng crispy, memang anak-anak suka makan. Tka perlu lauk lain, ini pun dah cukup. Tapi, selalunya kalau buat mesti tak sama dengan yang kita selalu beli.
Fikir juga, apa petua yang selalu orang gunakan untuk dapatkan ayam goreng crispy. Sebab kita buat selalu tak jadi. Bukan setakat tak ranggup tapi kalau tak kena cara, mahunya tak masak ayam bahagian dalamnya.
Kali ini kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nasi Lemak Bunian HQ dalam video tiktoknya, caera buat ayam goreng crispy ala kfc. Menariknya, mak-mak boleh buat niaga lagi untuk ayam goreng ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Sambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar. Namun walaupun resipi ni simple je dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup. Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + aji + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.