Memang ada benarnya wanita zaman sekarang perlu lebih bijak dengan mempunyai ilmu dan asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan lebih baik. Ilmu ini sangat penting untuk wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumahtangga.
Pengurusan kewangan dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan secara konsisten dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi waktu sukar. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, penting untuk para wanita menyimpan bagi tujuan kecemasan, tabung pendidikan anak, persiapan persaraan dan sebagainya.
Ini antara perkara yang wanita boleh melakukan untuk menguruskan kewangan dengan baik.
1. Menguruskan Perbelanjaan Secara Berhemah
Ia merupakan antara perkara penting dalam menguruskan kewangan dengan baik. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% keperluan, 30% kehendak dan 20% simpanan/pelaburan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan. Sebaiknya buat bajet dan pantau perbelanjaan bulanan serta elakkan membuat hutang tidak baik/pinjaman untuk kehendak (pinjaman peribadi/kad kredit).
Pastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri. Malah sangat penting dalam memastikan pendapatan yang diperolehi lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan yang perlu dilangsaikan.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan/Simpanan
Untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita mesti ada pendapatan dan simpanan sendiri. Belajar untuk menyimpan tak kiralah hasil pendapatan berbentuk gaji daripada bekerja, berniaga kecil-kecilan, dividen pelaburan, bonus mahupun pemberian duit nafkah daripada suami.
3. Asingkan Untuk Simpanan/Pelaburan
Setiap ‘duit masuk’ atau pendapatan yang ada kena pastikan asingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya buat simpanan 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20- 30 peratus setiap bulan. Jika berkemampuan juga, ada baiknya membuat simpanan dalam bentuk emas dan membuat pelaburan bagi menggandakan nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang.
Bagi tabung kecemasan / persaraan / pendidikan sebaiknya disimpan/dilaburkan di tempat yang berisiko rendah dan tidak susut nilai modal disamping mudah untuk diakses (fleksibel).
Sebagai contoh, boleh peruntukkan sebahagian pendapatan bulanan untuk dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang berisiko rendah seperti Amanah Saham Bumiputera.
Melabur memberi peluang untuk mengembangkan wang dan melindungi nilainya dari mengecil akibat inflasi. Apabila telah membuat pelaburan setiap bulan pula, manfaatkan kuasa kompaun iaitu dividen atas dividen, untuk menjana lebih pulangan.
Pelaburan yang dibuat secara konsisten boleh dimanfaatkan dengan kuasa kompaun sekiranya dividen yang diterima dibiarkan di dalam akaun untuk berkembang dalam tempoh masa yang panjang. Iaitu dengan tidak mengeluarkan modal dan dividen tahunan jika tidak memerlukan serta melabur untuk tempoh jangka panjang untuk mendapat pulangan yang lebih besar.
Auto Labur myASNB
Berita baik, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan kemudahan Auto Labur yang kini boleh didaftar menerusi aplikasi mudah alih myASNB. Ia bertujuan menggalakkan para pelabur untuk membuat pelaburan bulanan secara automatik menerusi kemudahan ini.
Dengan jumlah minimum serendah RM30 sebulan, pelabur boleh menetapkan tarikh pemotongan dari akaun bank untuk dilaburkan ke akaun ASB sendiri, akaun anak, isteri tersayang atau pihak ketiga yang diinginkan. Senang kata untuk sesiapa sahaja
Caranya memang cukup mudah, pelabur hanya perlu daftar menggunakan myASNB (portal dan aplikasi) sekali sahaja, tetapkan jumlah potongan bulanan daripada akaun bank yang dipilih dan jumlah potongan akan dilaburkan ke akaun unit amanah yang dipilih setiap bulan mengikut tarikh pilihan.
Menerusi Auto Labur, pelabur dapat mengembangkan wang dalam tempoh jangka sederhanan atau masa panjang, serta mampu memupuk sifat berdisiplin dalam menyimpan/melabur.
Kesimpulannya Auto Labur sememangmya memudahkan urusan wanita yang selalu sibuk uruskan rumahtangga, anak-anak dan kerja seharian dan membantu pengurusan kewangan yang bijak juga. Jadi tiada lagi alasan terlupa untuk membuat pelaburan malah mengelak terlebih belanja apabila pemotongan secara automatik telah dilakukan terlebih dahulu pada setiap bulan.
Berita baik buat para wanita, bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2022, ASNB menganjurkan kempen Jom Auto Labur yang menawarkan pelbagai hadiah utama menarik seperti Perodua Alza, Yamaha Y15ZR dan gajet untuk dimenangi bersama. Selain itu seramai 150 pelabur bertuah setiap bulan berpeluang memenangi unit amanah bernilai RM100.
Cuma perlu buat potongan bulanan minimum RM50 bagi pendaftaran Auto Labur baharu atau tingkatkan potongan semasa sehingga RM50 bagi pelabur yang sudah mendaftar Auto Labur.
Bukan itu sahaja, bagi wanita yang melabur dalam ASB juga layak untuk menyertai kempen Kumpul & Menang yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2022 ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari;
Website : https://www.asnb.com.my/myASNBautolabur.php
Kempen Jom Auto Labur: https://www.asnb.com.my/JomAutoLabur.php
Kempen Kumpul & Menang: https://www.asnb.com.my/KumpulMenang.php
Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad https://www.facebook.com/ASNBmy
Instagram: @asnbmy https://www.instagram.com/asnbmy/?hl=en
YouTube: ASNBmy https://www.youtube.com/user/ASNBWebTube
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI