Cara dan petua orang lama dalam menjaga kecantikan memang banyak. Jika diamalkan secara konsisten, ia boleh menampakkan hasilnya.

Mata yang cantik dan bercahaya, bebas daripada masalah kantung mata (eye bag) atau lingkaran hitam, pasti memukau pandangan sesiapa saja yang menatapnya. Sebab itulah, mata juga perlu dirawat dan dijaga sebaik mungkin, apatah lagi ia merupakan salah satu pancaindera yang cukup penting untuk diri kita.

TIADA LAGI LINGKARAN HITAM MATA DENGAN MINYAK ZAITUN

Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun

Bahan-bahan:

Sedikit minyak Zaitun

Cara Membuat:

  1. Bersihkanwajah menggunakan pencuci muka untuk membersihkan kotoran daripada pori-pori kulit wajah Anda.
  2. Sediakan secukupnya minyak zaitun.
  3. Oleskan pada sekitar kantung mata atau kulit di bawah sekitar mata hingga merata.
  4. Biarkan semalaman dan tidurlah.
  5. Keesokan pagi saat anda bangun dari tidur, cuci wajah anda.
  6. Lakukan perawatan ini secara rutin dan teratur, iaitu saat sebelum tidur pada waktu malam dan lakukan secara teratur.
  7. Minyak zaitun memiliki kandungan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengencangkan kulit yang kendur, juga mencegah penuaan dini.

MADU HILANGKAN LINGKARAN HITAM MATA

Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun

Bahan-bahan:

½ sudu teh madu

Cara Membuat:

  1. Ambil setengah sudu teh madu.
  2. Oleskan di sekitar mata, lalu biarkan selama satu jam.
  3. Kemudian cuci muka anda dengan air bersih.
  1. Madu mampu melembapkan, membersihkan dan mencerahkan kulit.

MADU DAN TIMUN:

Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun

Ads

1 batang timun

Sedikit madu

Cara Membuat:

  1. Kisar timun di dalam pengisar hingga hancur.
  2. Campurkan jus timun itu dengan sedikit madu (1: Jus imun dan 2: madu). Kacau rata.
  3. Oleskan campuran ini ke kawasan bawah mata.
  4. Biarkan selama beberapa ketika, lalu cuci muka.
  5. Lakukan secara rutin selama tiga minggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Lagi artikel:

Guna Kiub Timun Madu, Petua Cantik Hilangkan Lebam Bawah Mata, Kulit Muka Jadi Bersih Berseri!

Ads

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

EXTRA!

Petua lain untuk hindari kantung mata atau lingkaran gelap pada mata, boleh semak di bawah ini.

Tidur Berkualiti

Dengan menikmati, tidur yang nyenyak pada waktu malam, dapat membantu mengurangi kantung mata (eye bag) dan lingkaran hitam sekitar mata. Kulit di sekitar mata sangat tipis dan ini menyebabkan ia sangat sensitif. Kesannya akan dapat mudah terlihat sekiranya anda kurang tidur. Kurang tidur dapat mempengaruhi sistem peredaran darah, akibatnya pembuluh darah akan tampak lebih jelas daripada lapisan kulit yang tipis di bawah mata anda.

Ads

Untuk mendapatkan tidur yang lena, anda boleh cuba tip ini:

  • Sediakan dua biji bantal di bawah kepala anda, sehingga saat tidur, cairan pada kulit di bawah mata anda dapat mengalir sehingga tidak tampak sembap di pagi hari.
  • Lingkaran hitam di bawah mata juga boleh diakibatkan oleh alergi atau struktur tulang.
  • Untuk mengecilkan kantung mata, cubalah untuk tidur menggunakan dua biji bantal sebagai penyangga kepala, agar aliran cairan daripada wajah anda lancar sepanjang malam.

Urutan Lembut

Dengan mengurut manja di sekitar mata Anda untuk melancarkan aliran cairan dan mengurangi sembap. Mata sembap biasanya disebabkan oleh timbunan cairan di bawah mata. Berikan urutan lembut kulit di bawah mata untuk membantu melancarkan aliran cairan dari wajah ke nodus limfa yang lebih besar dan dapat mengalirkannya dengan lebih baik.

Tepuk dan urut lembut kulit di sekitar mata dengan jari manis. Jangan urut terlalu kuat agar kulit sekitar mata tidak tertekan atau tertarik terlalu kuat. Urut di sekeliling mata secara melingkar.

Kurangkan Pengambilan garam

Makanan yang kaya garam, MSG, alkohol, atau pemanis tiruan boleh merosakkan kulit di sekitar mata, atau menyebabkannya tampak sangat sembap. Lebihan garam boleh membuat tubuh anda menahan air dan nampak menggembung. Kulit di sekitar mata pula sangat lembut, bahagian inilah yang akan nampak paling kembung.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI