Caprice pilih Farra Inalis wanita cantik ibu tunggal anak satu, semoga bahagia hingga ke jannah. Tahniah diucapkan kepada Caprice dan Farra Inalis! Dalam diam, rupanya Caprice sudahpun bernikah dan bergelar suami.
Caprice Pilih Farra Inalis Wanita Cantik Ibu Tunggal Anak Satu
Seperti yang diketahui umum, setelah 40 hari ‘hilang’ daripada radar media sosial, penyanyi rap popular, Caprice berkongsi khabar gembira apabila selamat bergelar suami kepada Farra Inalis.
Malah menerusi carian di akaun Instagram, wanita pilihan Caprice itu merupakan ibu tunggal anak satu dan baharu sahaja berumur 26 tahun.
Aktifkan Semula Akaun Media Sosial Jawab Pertanyaan Status Terbaru
Menerusi akaun Instagramnya juga Caprice memaklumkan dia terpaksa mengaktifkan semula akaun media sosial setelah dihujani pertanyaan mengenai status terbaharunya
“Halal. Maaf saya menghilang lebih 40 hari. Banyak yang dilalui, InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan kongsikan apa yang berlaku.
“Tolong ikuti Instagram baharu saya kerana saya akan berkongsi semuanya di akaun baharu, disebabkan saya tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Caprice’ dan akaun Instagram ini untuk sementara waktu.
Kongsi Cerita Tidak Lama Lagi
“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya.
“Maaf atas segala kesulitan. Saya akan kongsi semua cerita tidak lama lagi dan kembali lebih baik,” jelasnya.
Kadang kala ‘kreativiti’ memang di luar kotak pemikiran. Siapa sangka makanan yang dilihat di ‘skrin’ kini boleh dirasai sendiri dengan hanya menjilatnya.
Terbaru, seorang profesor di Jepun membangunkan prototaip skrin televisyen yang boleh mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.
Taste The TV
Skrin yang dinamakan Taste the TV itu dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih. Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin televisyen yang rata untuk dirasai oleh pengguna.
Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, teknologi itu boleh menggalakkan orang ramai berhubung dengan dunia luar, terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.
“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.
Kos 100,000 Yen
Projek itu dilakukan oleh Miyashita dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu, termasuk garfu.
Miyashita memberitahu, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.
Mingguan Wanita:Terlebih kreatif Profesor dari Jepun ni, hasilkan ciptaan prototaip skrin televisyen yang boleh dijilat untuk rasa makanan sebenar.Persoalannya, sanggup ke kita ‘jilat’ skrin semata-mata nak rasa makanan tersebut?
Kini penularan pandemik Covid-19 semakin hari semakin mengganas. Malah menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil.
Golongan kanak-kanak sudah pasti belum arif dengan apa yang disarankan seperti penjarakan sosial, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu sebagai ibu bapa sememangnya memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini,
Adira Jalani Kehidupan Norma Baharu
Sepertimana saranan kerajaan tentang status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah penyanyi Adira Suhaimi mengakui sanggup tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anaknya ketika tempoh PKPB ini.
Malah seperti yang difahamkan, Adira juga akur untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu demi menjaga kepentingan anak-anaknya.
Isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini yang mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Anggerik, 3, Assan, 2, dan Anggun, berusia setahun ini memberitahu dia dan anak-anak sihat namun lebih selesa memilih berada di rumah.
Malah Adira juga sering memberi peringatan pada diri sendiri supaya tidak mengalakkan untuk keluar jika tiada hal penting atau memaksa.
Patuhi Arahan
“Saya sangat mematuhi arahan ketika PKPB ini, saya tidak akan rentas daerah atau negeri dan hanya duduk di rumah sahaja.
“Saya takut sampai macam tu sekali kerana ada anak-anak kecil yang sangat berisiko tinggi terdedah dengan penyakit berbahaya seperti Covid-19. Jadi perlu fikirlah itu dulu sebelum lakukan apa-apa,” terang Adira.
Suami Juga Tidak Merentas Daerah
Adira juga menerangkan dia bersyukur suaminya juga tidak perlu merentas daerah untuk ke rumahnya dan madu, Sharifah Norshafilla Hassim atau Datin Red.
“Alhamdulilah suami saya pun sihat dan setakat ini dia tidak perlu pun merentas daerah atau negeri kerana saya dan madu tinggal berdekatan sahaja,” terangnya.
Siapa sangka rezeki sepasang kakak kembar mendapat adik lelaki kembar hanya selepas 20 tahun menanti. Meriah sungguh dapat adik beradik kembar ni.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Berkongsi Gambar Di TikTok
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Terima Hati Terbuka
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...