Cantik betul hasil ubah suai rumah kediaman usia 30 tahun ini. Setelah diberi nafas baru, hasilnya memang wow! sungguh. Terutama, binaan loteng yang baru.
Pemiliknya, Quzarina Syazareen berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas ubah suai kediaman rumah lama di grup Kelab Kaki Deko. Tertarik sungguh dengan hasil selepas.
Untungnya rumah dulu dulu ini, mempunyai syiling yang tinggi. Asalnya binaan loteng kediaman dijadikan ruang santai keluarga. Memandangkan hampir reput, ianya melalui proses pengubah suaian. Selepas diubai suai struktur binaannya, hasilnya jadi lebih kemas. Malah, menjadi tumpuan mata setiap kali memasuki kediaman berkenaan.
Ruang loteng yang baru, dijadikan tempat study.
Kongsinya lagi, konsep kediamannya itu adalah gabungan modern farmhouse, boho, moden dan industrial.
Bolehlah ambil inspirasi daripada rumah cantik ini ya. Pemiliknya juga tak lokek berkongsi di mana mahu mencari perabot dan beberapa kelengkapan yang mencantikkan rumah usia 30 tahunnya itu.
Rumah Usia 30 Tahun Selepas Diberi Nafas Baru
Ruang tamu asal, rona catnya lebih gelap.
Ini keadaan rumah yang asal.
Loteng asal yang dah hampir reput dan kedudukan tangga kena naik dari ruang makan.
Ads
Rak buku saya pindahkan di ruang study/loteng.
Hasil Ruang Tamu Dengan Binaan Loteng Lebih Kemas
Kata pemiliknya, kos untuk hasilkan loteng sebegini adalah RM9000.
Bila syiling tinggi, binaan loteng memberi keseimbangan ruang pada bahagian ruang tamu.
Sofa dan meja kopi yang cantik itu pemiliknya memberi di SSF.
Lounge chair rekaan klasik pula di peroleh dari LAZADA.
Untuk syiling, pemilik cuma warnakan dengan cat hitam ‘syiling yang tu memang dah ada, cuma dulu warna putih, saya cat hitam’.
Menariknya Pintu ‘Sliding Barn Door’
Sliding barn door dihasilkan oleh tukang dari Sungai Petani. Pintu barn ini juga menjadi tumpuan klasik di kediaman ini. Kosnya sekitar RM1500.
Di sebalik pintu ada satu lagi ruang yang ada bilik air dan 2 bilik tidur. Akuinya, ‘design rumah lama macam puzzle sikit.’
Pintu di sama tingkat dengan loteng pula akan membawa anda ke bilik tidur di tingkat atas.
Rak Hitam Bawah Loteng
Ads
Kongsinya, rak hitam adalah trofast Ikea.
Manakala raga beli di shopee
Lampu 6 Bulb Ceriakan Ruang
Rekaan lampu pun sedap mata memandang. Beli lampu di shopee
“Saya beli yang 6 bulb je. Harga dalam RM200 tak silap. Yang mahal tu kalau double layer.”
Untuk tulisan khat yang terhias di dinding, pemiliknya mendapatkannya dari IG Tasniim Creative.
Begitu juga dengan kipas angin adalah dari brand Rubine.
Pemilik memilih cat – Summer Snow JOTUN untuk mendapatkan hasil putih nan luas.
Cantik terinspirasi kan? Jika ada ruang tinggi di dalam kediaman, boleh ambil idea bina loteng sebegini. Nampak kemaskan. Anak-anak pun tentu seronok nak duduk di ruangan tu.
Tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita! Wah dalam banyak-banyak jenis amalan diet dan senaman untuk turunkan berat badan, kaedah ini paling min suka.
Iyalah, tak perlu bersusah-payah berdiet teruk, pastikan tidur melebihi lapan jam, berat badan akan turun menurut kajian yang dilakukan di Chicago ini.
Tidur Sejam Lebih Daripada Biasa
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK semalam.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka. Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Boleh Kurangkan Berat Badan Wanita!
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Mingguan Wanita : Bila waktu tidur sempurna, seseorang itu dapat berfikiran dengan tenang dan dapat melakukan rutin harian dengan baik bukan saja dapat menurunkan berat badan semata-mata.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Kain buruk memang wajib ada kat dapur mak-mak. Itulah guna untuk lapkan dapur lepas masak. Kadang-kadang dah tak nampak rupa kainnya.
Satu masalah bila nak basuh kain buruk ni. Kononnya nak bagi hilang kotoran yang mak-mak lap dapur itu. Sampaikan berendam dua tiga hari. Hasilnya, berbau dan berlendir. Geli pula nak basuh dan guna nanti.
Jangan dibuang. Ada cara nak pastikan kain buruk ini bersih dan wangi kembali. Ikuti perkongsian daripada kekcawan.com.my ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...