Rupanya ada caranya dan tip untuk masak nasi atas dapur supaya cantik elok kejadiannya. Barulah nasi elok berderai, tak terlalu keras, kering, lembik ataupun mentah. Memang mudah jika ikut cara yang dikongsikan ini. Bukan apa, ada masanya kita nak cepat masak nasi atau tiada elektrik di rumah kena masak guna atas api dapur sebagai alternatif.
Baca perkongsian daripada Puan Amy Farnan ini sebagai panduan;
Cantik kejadian masak nasi atas dapur.Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tip memasak dari Chef Korea.
Cara-Caranya:
1. Rendam dulu beras sekurang-kurangnya 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih). Kemudian basuh macam biasa yang ni ikutlah nak basuh 3 kali ke, 7 kali ke terpulang.. Saya basuh 3 kali je. Lepas tu sukat air macam biasa.
2. Masak atas dapur gas selama 20-25 minit guna api perlahan-sederhana (Ni bergantung pada banyak mana sukatan beras).
Ads
3. Lepas 20-25 minit tu, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak nasi atas dapur cantik kejadiannya, ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Korea. Boleh cuba masak nasi ikut cara begini nanti.
Pakai wira buruk. Mungkin ada daripada kita yang sudah habis bayar bulanan kereta. Rasa lega sangat sebab dah terlepas dari bayar bulanan. Duit yang ada itu bolehlah digunakan untuk keperluan lain atau buat simpanan.
Namun, bila pakai wira buruk, mulalah orang bertanya-tanya bila nak pakai kereta baru, lebih-lebih lagi dengan anak ramai. Bersesak dalam kereta.
Masing-masing ada pendapat tersendiri. Nak beli kereta baru untuk menunjuk-nunjuk sampai ada yang pening nak bayar bulanan kereta.
Ada sedikit perkongsian dari pengalaman saya sendiri.
Saya tertarik dengan post Dr berkenaan dengan “Ramai suruh tukar kereta baru”.
Saya juga salah seorang yang menghadapi pertanyaan yang sama setiap kali balik kampung atau berjumpa kawan dan saudara mara.
Dihina dan dipandang rendah itu perkara biasa.
Dari mula saya bekerja tahun 2010 hingga sekarang, saya cuma memandu Proton Wira 1993. Isteri pula ada sebuah Alza 2013 yang juga digunakan sebagai family car kami.
Walaupun kami tertarik untuk membeli kereta yang lebih besar dan mewah, namun keinginan itu kami simpan dahulu.
Maka bersesaklah kami 6 beranak di dalam Alza yg penuh dgn barang barang ketika balik kampung.
Apa yang saya buat ketika org lain sibuk membeli Honda civic, Toyota estima, Alphard, Vellfire?
Saya tahan diri dan buat perkara-perkara di bawah.
1. Saya beli 2 buah rumah, satu untuk disewa dan satu untuk didiami oleh kami sekeluarga. Alhamdulillah hasil sewaan digunakan membayar pinjaman rumah.
2. Saya paksa diri untuk membuat ASB financing dari mula bekerja hingga sekarang berjumlah 800K (suami isteri ASB1 + ASB2). Dividen tidak pernah disentuh hingga sekarang.
3. Saya gagahkan diri buat part time selagi ada masa terluang. Hasil part time semuanya disimpan di dlm ASB/Tabung Haji/SSPN/Unit Trust.
4. Cuba berbelanja dengan berhemah, segala perbelanjaan saya catat dan simpan. Setiap bulan perbelanjaan akan direview semula.
5. Beli beberapa tanah yang ada nilai & potensi masa hadapan.
Setelah 13 tahun saya mengikat perut dan menahan nafsu, jumlah semua cash2 dan simpanan yang terkumpul pada hari ini adalah RM907,770. Ya, hampir RM1 juta.
Dividen yg dihasilkan pula dari jumlah ini sekitar RM60-70k setahun (RM907k cash + ASBf 800K).
Akhirnya pada bulan lepas, saya dan isteri baru mengambil keputusan untuk membeli kereta idaman kami sebuah MPV besar untuk kegunaan keluarga hanya dengan menggunakan dividen dari simpanan (sekitar RM2k sebulan).
Bagi saya, apa yang penting adalah matlamat kewangan seseorang lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga.
Tak guna beli kereta untuk menunjuk-nunjuk kemewahan jika diri sendiri sengsara membayar setiap bulan.
Pekakkan telinga, jawab sahaja kita tidak mampu.
Nota : Saya mula bekerja dgn gaji RM2500, skrg RM8500. Manakala isteri guru sekolah kerajaan. Tidak kira berapa gaji saya, lebih separuh akan disimpan secara tetap (force saving).
Yang benar,
Owner wira buruk.
Mingguan Wanita : Selagi boleh gerak, kita gunalah, daripada tambah hutang. Tapi kalau dah teruk sangat memang kena beli. Jenuh pula nak bayar baiki kereta rosak.
Kelebihanan mengecat lantai menggunakan Epoxy Paint ini bukan sahaja merubah wajah menjadikan bilik air lebih cantik dipandang, malah dapat menyelesaikan masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Namun demikian, ada sebabnya jika mak-mak ada merancang untuk mengecat lantai di bilik air mengggunakan Epoxy Paint, sebaiknya elak pilih warna gelap. Bukan apa, warna lantai di bilik air memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keselamatan diri.
Ini pesanan yang dikongsikan oleh Puan Intan Lianasebagai panduan;
Sedikit nasihat buat yang ingin mengecat lantai bilik air dengan Epoxy.Kalau boleh sila elakkan menggunakan warna hitam atau gelap seperti gambar contoh ini kerana :
1.Tak Nampak Najis
Kalau ada najis tak nampak dan mungkin akan terpijak balik dan bawa keluar dari tandas.
2. Tak Nampak Binatang Berbahaya
Ada cacing,lipan atau binatang lain tak akan nampak dan merbahayakan kerana bilik air adalah tempat kesukaan mereka.
3. Kotoran Mudah Melekat
Cat Epoxy ni sangat mudah melekat kotoran (pengalaman sendiri) dan selalu sangat kena cuci.Bila dah warna gelap,ada kotoran pun kita tak nampak dan walaupun tak nampak,kotoran dah ada dilantai.
Sebaliknya, kalau bahagian dapur pula, dapur yang bagus letak warna cerah sebab mudah nampak kotoran dan kita akan cepat-cepat bersihkan.
Semoga menjadi panduan buat yang baru merancang nak buat atau yang dah buat.
Perut lembu boleh dimasak dengan pelbagai jenis resipi.Rasanya memang sedap, lembut dan kenyal. Namun proses yang paling penting sebelum nak masak perut lembu ni ialah sewaktu membersihkannya dari kotoran dan cara merebusnya. Bukan apa, untuk pastikan perut lembu betul-betul bersih, tak hanyir dan rasa berbau selepas di masak.
Rupanya dengan hanya menggunakan halia tua, boleh mengilangkan hanyir pada perut lembu ini.
Boleh ikut petua dapur yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini sebagai panduan;
Ada sikit masa lapang untuk menyediakan Mee Daging untuk makan hari ini. Tapi hari ini juga bila saya tengah menyediakan bahan-bahan untuk masak, saya ingin kongsikan satu tip yg sangat senang untuk menghilangkan bau hanyir perut. Senang sahaja. Ini ialah sukatannya.
Bahan Diperlukan:
2 Ketul Halia Tua
Air secukupnya
1. Untuk setiap 500gram Perut yg dibeli siap rebus dipasaraya atau frozen , saya menggunakan 2 ketul Halia Tua bersaiz ibu jari. Cuci perut itu bersih bersih dan potong ke saiz yg dikehendaki.
2. Kisarkan halus halia itu tanpa air.
3. Perah air halia ke dalam Perut itu dan gaulkan . Tinggalkan selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, boleh gunakan terus perut itu dalam masakan , tidak perlu cuci air perahan halia.
* Jika menu anda tidak memerlukan rasa halia, boleh cuci air halia dari perut dan menggunakan perut untuk masakan.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak hilangkan hanyir perut lembu.Guna halia tua je. Suka makan perut lembut, sewaktu merebus nanti boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...