
Isi Kandungan
ToggleMemang geram bila ada haiwan perosak seperti tikus dan haiwan berbahaya seperti ular ada di rumah. Tak tenang di buatnya walaupun duduk di rumah sendiri. Selain gunakan racun untuk ‘bunuh’ haiwan-haiwan ini, boleh juga cuba petua semulajadi ramua berkesan yang dikongsikan oleh Puan Fara Aem untuk ‘menghalau’ nya.
Tujuan asal buat ni untuk halau ular. Tapi tak sangka pulak boleh juga menghalau tikus. Cicak pun baru perasan jarang nampak batang hidung. So rekomen sangat la kalau nak menghalau binatang ni dekat rumah.
Bahan Diperlukan:
Garam Kasar
Minyak Kasturi * Boleh beli Di Sini : https://invol.co/cl5f5td
Kulit kayu manis (Ditumbuk)
Sedikit Cengkih (Kalau takde pun takpa)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut. Baunya, perghhhhh..
2. Kemudian, gaul bagi rata.
3. Bacalah selawat dan Zikir sikit, niat sebagai ikhtiar untuk menghalau haiwan perosak dan berbahaya ini.
4. Letakkan sikit dekat semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan-haiwan ni.
Saya dah cuba, sangat alhamdulillah.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Makan Daging Tikus Rahsia Cantik Wanita Vietnam Untuk Kekal Awet Muda!
Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai
Air Garam & Lada Hitam, Penawar Sakit Kulit 3 Hari Kering Sembuh
Mingguan Wanita : Kalau mak-mak ada masalah tikus dan ular dekat rumah tu, boleh cuba petua dan tip yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Fara Aem
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PENTING! Wanita Perlu Ada Ilmu, Tahu Asas Uruskan Kewangan Sendiri Dengan Baik

Isi Kandungan
ToggleMemang ada benarnya penting bagi wanita zaman sekarang untuk mempunyai ilmu dan asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Ilmu ini sangat penting untuk wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumahtangga. Pengurusan kewangan sendiri dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu, serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Malah tidaklah kita sampai terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Ini antara perkara yang wanita boleh melakukan untuk menguruskan kewangan dengan baik.
1. Mengenali Sumber Pendapatan Anda.
Untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita wajar mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri. Wanita juga perlu belajar untuk menyimpan tanpa mengira bentuk hasil pendapatan, sama ada duit dari bekerja, berniaga kecil-kecilan, dividen pelaburan, bonus mahupun pemberian nafkah daripada suami.
Setiap ‘duit masuk’ atau pendapatan yang ada perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap bulan. Jika berkemampuan, ada baiknya juga untuk wanita mempelbagaikan simpanan mereka, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain.
2. Tahu Menguruskan Hutang & Harta Dengan Bijak
Asas dalam pengurusan kewangan yang baik ialah mengetahui cara menguruskan hutang dan harta dengan bijak. Berhutang itu tidak salah namun uruskanlah dengan bijak. Jangan kerana hutang yang ada, membuatkan kita terbeban dengan tanggungan yang tidak wajar.
Tak dinafikan ramai sebenarnya yang masih mengambil mudah dalam urusan melangsaikan hutang ini. Tak kiralah berhutang pada orang lain, pihak bank dan sebagainya.
Oleh yang demikian, penting sebenarnya bagi kita agar tahu menguruskan setiap hutang dan harta dengan bijak. Antaranya, tidak terperangkap dengan hutang jahat seperti membuat pinjaman peribadi pada ‘kehendak’ serta perkara bukan keperluan yang akhirnya boleh memakan diri sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Bagi wanita terutamanya, sebolehnya ‘tahankan’ hati untuk membeli pelbagai barangan yang diingini secara berhutang. Sebaiknya jika ingin membeli sesuatu dalam jumlah yang besar, buat simpanan khas dan beli secara tunai. Ia mungkin mengambil masa yang panjang, namun ia lebih selamat dan berbaloi, berbanding hutang.
Bukan itu sahaja, pelajarilah beberapa teknik pengurusan hutang yang boleh diamalkan antaranya ialah ‘Snowball Effect’. Teknik ini dapat membantu menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah atau ‘interest’ yang tinggi dulu, kemudian diikuti dengan hutang-hutang yang lain.
Semoga usaha kita untuk melunaskan semua hutang-hutang ini, dapat membebaskan diri dari bebanan, sedikit demi sedikit.
3. Tahu Menguruskan Perbelanjaan Secara Berhemah
Tahu menguruskan perbelanjaan secara berhemah merupakan antara perkara penting dalam menguruskan kewangan dengan baik. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Pastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri. Malah sangat penting dalam memastikan pendapatan yang diperolehi lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan yang perlu dilangsaikan.
Pada masa yang sama, selalulah mengenal pasti dan menganalisis tahap kewangan anda pada setiap 6 bulan, mahupun setahun sekali atau setiap kali gaji dinaikkan. Ini penting bagi memastikan tahap kewangan berada di tahap yang sihat dan digunakan secara berhemah.
4. Ada Matlamat Kewangan Yang Jelas
Akhir sekali, untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita juga perlu mengetahui dan mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Para wanita perlu bertanya, apakah tujuan wang simpanan tersebut dan apakah kegunannya? Wang simpanan adalah untuk digunakan pada hari tua, waktu kecemasan, pendidikan anak-anak, deposit pembelian rumah, menunaikan umrah/haji dan sebagainya, bergantung pada objektif setiap individu.
Dalam memastikan setiap matlamat simpanan tercapai, penting untuk mewujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, wanita perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji, juga sebagai persedian bagi menghadapi waktu yang sukar mahupun musibah yang boleh berlaku. Anggaran ini adalah supaya boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenangainvestors.com.my
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ada Alasan Malas Kerja, Peluang Kerja Sekarang Berlambak

Setiap awal bulan, mak-mak tentu sudah ada senarai barang dapur yang perlu dibeli untuk keperluan seisi rumah dalam tempoh sebulan. Namun, ada juga sampai setengah bulan, barang dapur dah susut. Jawabnya, kena top up lagi, maklumlah bila anak-anak semakin membesar, selera diorang pun tinggi dan bertambah-tambah. Bagi mak-mak, tak kisahlah semua tu, yang penting anak-anak suka dengan air tangan maknya.
Namun, bukan itu yang nak diceritakan tetapi tentang apa yang saya lihat ketika membeli barangan dapur di sebuah pasar borong baru-baru ini. Mungkin sebelum ini, hanya perasan kebanyakan jurujual dan cashier kebanyakan adalah bukan warganegara Malaysia. Ini kita boleh tengok sendiri boleh tengok dengan gaya dan raut wajah mereka.
Sesuai dengan jiwa wartawan, memang akan memerhati sekeliling, terutamanya bila menunggu masa untuk kita membuat bayaran. Masa itulah, mata saya tertumpu pada cashier yang bertudung. Maklum sahajalah, sebelum ini kebanyakan adalah wanita yang tidak bertudung dengan kebanyakan muka bukan dari orang Malaysia. Bukan seorang tapi adalah tiga empat orang yang menjalankan tugas mereka.
Bila sampai giliran saya untuk membayar, mulalah mulut ‘gatal’ nak bertanya pada wanita yang tersebut. Katanya, pekerja yang sebelum ini telah di hantar pulang dan syarikat perlu mengambil pekerja baru yang mesti orang tempatan. Mana yang ada sekarang ini pun menunggu masa untuk di hantar pulang.
Dalam bercerita sambil tangan masih laju ‘tag’ harga barang, sempat lagi saya bertanyakan pasal gaji, maklum lah tak boleh nak samakan gaji dengan mereka. Dia juga berpendapat sama, nak tak nak syarikat perlu naikkan gaji dan tak boleh samakan dengan pekerja bukan warganegara. Bagi pekerja asing, gaji yang mereka dapat itu sudah cukup mewah untuk mereka sedangkan kalu pekerja tempatan, masih belum mencukupi dengan kos sara hidup sekarang, lebih-lebih lagi bila punyai anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.
Satu yang saya rasa seronok, bila sekarang ini kita dah boleh tengok pekerja tempatan di pasar borong itu dan mungkin juga pasar raya lain (masih belum berkesempatan pergi ke pasar raya lain). Keadaan ini sudah tentu memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. (Maaf la mungkin sebelum ini saya tidak perasan, ini adalah salah satu pembaharuan daripada pemerintah Malaysia baru).
Jadinya, bagi rakyat tempatan yang masih merungut, tak ada kerja dan masih lagi menganggur, cubalah untuk menjenguk mana-mana web ataupun surat khabar. Banyak peluang kerja yang diberikan. Jangan terlalu memilih sebab kita tak tahu daripada situlah berkembangkan karier kerjaya kita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang!

Isi Kandungan
ToggleBaking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang! Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Terutamanya dalam pemilihan bahan penting iaitu baking powder dan baking soda. Ia membuatkan kek, kuih mahupun biskut yang dihasilkan jadi lebih gebu, rangup atau mengembang.
Baca perkongsian tip perbezaan Baking Powder, Baking Soda dan Soda Bikarbonat ini sebagai panduan;
Baking Powder
Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid( biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini dicampur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang disediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila digunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila dibakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Baking Soda
Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Baca Lagi Di Sini:Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
Artikel Menarik:Wanita Ini Kongsi Cara Dia Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas, Hasilnya Rangup, Gebu Dan Menjadi
Mingguan Wanita: Jadi bila nak buat kek, kuih atau biskut, kenal pasti dulu betul-betul bahan yang digunakan, sama ada baking powder atau baking soda. Barulah menjadi!
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI