
Isi Kandungan
ToggleSusah nak dapat bancuhan tepung yang sedap dan kekal rangup walaupun dah sejuk. Selalunya salutan tepung tersebut hanya rangup ketika panas dan lembik bila dah sejuk.
Menerusi perkongsian Tuan Adriana Arissa, rupanya kena campur ais dan air sejuk dalam bancuhan tepung goreng, barulah ia rangup dan tahan lebih lama.
Berikut perkongsian resipi dan tip yang dikongsikan;
“Cempedak goreng rangup. Santapan malam tadi. Resepi bancuhan tepung rangup saya sediakan dibawah”
“Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pun saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk.”
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4 atau 5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.
Cara Membuat:
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
Boleh share. Saya halalkan.

Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang tercari-cari resipi bancuhan tepung rangup boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Tuan Adriana Arissa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini
Esok cuti, jadi apa agaknya menu yang ringkas senang dan bahan-bahannya tak susah untuk mak-mak cuba. Kali ni mingguan Wanita berkongsi dengan mak-mak terutamanya yang buntu tak tahu nak masak apa pagi-pagi esok untuk santapan anak-anak dan suami tercinta. Berikut adalah resipinya, jangan lupa cuba ya. Pasti menjadi kami janji.
NASI GORENG DAGING
Bahan-bahan :
- 3 mangkuk nasi putih
- 1/2 labu bawang besar } dihiris
- 2 ulas bawang putih } dihiris
- 2 sudu besar cili kisar
- 100 gram daging } direbus, dihiris nipis & digoreng garing
- 3 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos cili
- sawi secukupnya } dihiris
- bahan perasa dan garam secukupnya
- sedikit minyak
- sedikit air
Cara menyediakannya :
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan putih yang dihiris. Tumis sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, kicap pekat dan sos cili. Tambahkan air jika perlu.
- Pecahkan telur, masukkan daging, nasi serta sawi. Gaul rata.
- Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya. Sedia dihidangkan.
KUETIAU SEAFOOD
Bahan-bahan :
- 500gm kuetiau
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 6 sudu besar kicap pekat
- 6 sudu besar sos cili
- Semangkuk taugeh
- Seikat daun kucai
- 10 ekor udang bersaiz sederhana
- 2 ekor sotong saiz sederhana } dipotong bulat
- garam dan serbuk perasa secukupnya
- minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
- Panaskan minyak, masukkan udang dan sotong. Goreng sehingga garing, ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga pecah minyak. Tambahkan sos cili, gaul rata.
- Pecahkan telur dan masukkan kuetiau. Gaulkan seketika, masukkan taugeh, daun kucai, udang dan sotong.
- Perasakan secukupnya dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
MI GORENG DAGING
Bahan-bahan :
- 500 gram mi kuning
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 6 sudu besar kicap pekat
- 6 sudu besar sos cili
- Semangkuk taugeh
- Sehiji tomato (dibelah empat)
- sawi secukupnya
- 200 gram daging (direbus dan dihiris nipis dan digoreng garing)
- garam dan serbuk perasa
- minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
- Panaskan minyak, masukkan daging dan tumiskan bawang putih. Masukkan cili kisar. Biarkan seketika.
- Masukkan sos cili dan kicap pekat. Kemudian pecahkan telur dan masukkan mi, kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan taugeh, tomato dan sawi. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
PASTA AGLIO OLIO

Bahan-bahan :
- Sebungkus spaghetti } direbus sehingga lembut & toskan
- 5 ulas bawang putih } dicincang halus
- 1 labu bawang Holland } potong dadu
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- sedikit emping cili kering
- 15 ekor udang sederhana saiznya } celur seketika
- 3 ekor sotong saiz sederhana } celur seketika
- 1/2 batang lobak merah } potong memanjang
- 1/2 batang saderi } potong memanjang
- 10 biji tomato kecil dibelah dua
- sedikit minyak zaitun
Cara menyediakannya :
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih bersama bawang Holland sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan sotong. Selepas itu masukkan spaghetti, serbuk lada hitam, emping cili kering, lobak merah, saderi dan tomato kecil. Gaul rata.
- Biarkan seketika. Kemudian angkat pasta itu dan hidangkannya.
PASTA CARBONARA
Bahan-bahannya :
- Sepeket spaghetti } direbuskan dan toskan
- sebiji bawang holland } dicincang
- 5 ulas bawang putih } dicincang
- 5 batang sosej } dipotong serong
- setin cendawan
- 2 tin sos cendawan carbonara
- 1 liter susu segar
- lada hitam secukupnya
- Oregano flakes
Cara membuatnya :
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan sosej dan cendawan butang.
- taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam. Tuangkan sos cendawan dan tambahkan susu. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’

Isi Kandungan
ToggleKuih Kaswi antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lemak manis dan lembut, memang sedap dinikmati bila-bila masa. Jika selalu kita buat kuih Kaswi Gula Merah, boleh cuba resipi Kaswi Pandan pula.
Cantik sungguh permukaan kuih Kaswi Pandan yang dikongsikan oleh Puan Zura Zul ini. Elok licin tak berlubang-lubang malah sangat lembut, ‘gedik’ bergoyang. Malah cukup mudah nak buat, guna sukatan cawan je.
Kuih Legend, KASWI PANDAN LEMAK MANIS
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6-7 helai daun pandan + 1 cawan air, blender dan tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam
Cara Membuat :
1. Bancuh semua bahan atau blender halus, kemudian tapiskan.
2. Guna loyang saiz 8 dan sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit.
3. Tuang adunan dalam loyang, kukus 30 minit.
4. Kalau ada wap air jatuh, terus je lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap. Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih.
5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa.
Sedia dihidang dan selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Cantiknya Kuih ‘Buah Melaka’ Warna Kuning, Rasa Lemak Manis Guna Buah Labu Je! Begini Caranya
Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!
MW:Sedapnya Kuih Kaswi Pandan ni. Cantik permukaannya licin, rasa lemak manis dan elok lembut ‘bergedik’. Nak buat pun mudah, ikut je resipi dan cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Zura Zul
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

Isi Kandungan
ToggleCucur Badak antara kuih tradisional yang ramai orang suka. Payah nak cari kuih Cucur Badak yang menepati citarasa dan kena selera. Sedap, lembut rasa manis keledek dan pedas, manis berempah padat dengan udang segar dan kelapa parut pada intinya. Rupanya tak susah mana kalau mak-mak nak cuba buat sendiri cucur badak ni di rumah.
Boleh cuba resipi cucur badak sedap yang dikongsikan oleh Puan Normani Mdsaad ini sebagai panduan.
“Assalamualaikum..Ramadan kareem..Di sini saya share resepi cucur badak mungkin ade rakan-rakan yang nak try..saya izin dan halalkan”
Bahan-Bahan (Inti):
1/2 kilo Udang kapas(kecil)
2 biji kelapa parut (tak terlalu tua)
20-25 biji cili kering
5 batang serai
5-6 biji bawang merah
1biji bawang besar
Sikit kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
Garam gula serbuk perasa
Cara Membuat:
- Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa,kelapa parut.
- Masak sekejap diatas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap.(jangan lama,nanti halus sangat tak sedap)
- Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang.
4.Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam gula perasa(kalau guna)ikut selera masing-masing nak pedas atau manis sikit ke.
5.Kacau hingga agak kering dan angkat dan sejukkan sebentar.
Bahan-Bahan (doh/kulit):
1kg keledek(saya guna yang pink) manis
2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian
garam sikit
Cara Membuat:
1.Kupas kulit keledek, potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus. Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
2.Rebus hingga air hampir kering. Angkat..biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan tepung sikit-sikit.
3.Bila dah siap bulatkan sama saiz.Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali. Tabur sedikit tepung atas tray@talam agar adunan yang dibulat tadi tak melekat ketika angkat menggoreng.
4.Dah siap goreng dengan api sederhana panas..siap!

#Saya suka buat inti lebih sebab boleh guna buat pulut udang dan sepera(orang utaqa tau kuih ni)
Info Ekstra!
- Tip masa gentel tepung tak melekat dekat tangan ada 2 cara. Lebihkan tepung tak melekit, tapi keras. Saya kurangkan tepung, nanti masa nak gentel tangan kita main dengan tepung. Insyaallah tak melekit.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!
Sumber: Normani Mdsaad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI