Ada pelbagai cara dan resipi untuk membuat cekodok. Namun nak dapatkan cekodok yang cantik bulat-bulat, rangup di luar dan lembut berongga di dalam ada tekniknya. Paling penting tak letak yis. Bukan apa, bila letak yis rasanya terlalu ‘kuat’ atau ada juga orang yang sensitif tak boleh makan yis.Rupanya antara tipnya kena campur sedikit air panas dan buat dua kali bancuhan cekodok.
Untuk faham lebih lanjut boleh ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Puan Akma Razaliini sebagai rujukan;
Saya nak share resepi cekodok paling simple je,tapi rasa dia rangup diluar, lembut dan berongga di dalam. Uma mantuhak (mak mertua) yang ajar, saya suka cekodok dia semua sedap-sedap dan cara dia buat pun mudah,anak-anak pun suka.
Bahan-bahan:
4-5 sudu tepung gandum
Air panas menggelegak secukupnya
Air Biasa
Garam
4 senduk nasi membukit tepung (bancuhan biasa)
Daun Kucai
Ikan Bilis *saya kisar sekejap guna blender kering
Cara Membuat:
1. Ok yang ni penting, bahan pertama kene buat, 4-5 sudu tepung gandum (saya guna cap ros).
2. Air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan, kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. (Saya guna air paip je) kacau sebati. Sukatan agak-agak je. Kalau guna 5 sudu tepung tu, mula-mula sekali curah air panas, sebelah tangan lagi kacau tepung dengan sudu,lepas curah air panas cepat-cepat curah air biasa pula untuk mengelakkan tepung tu berketul, janji dapat tekstur berkanji tu.
3.Lepastu jadi macam ni. Mak mentua saya kata jadi macam kanji (lebih kurang rupa nestum baby yang segera tu kalau dibancuh). Ni rupa lepas saya kacau,tak nak bagi berketul-ketul. Step awal sekali buat sikit je, tapi kalau buat banyak kilo, kena lebihkan lah buat kanji ni.
4. Masukkan garam. Masa ni bancuhan ni suam-suam, garam mudah larut.
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cekodok.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu, sebab baunya sangat wangi. Pokok kucai ni pon mentua yang bagi, tanam dalam polibag banyak-banyak.
Ads
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut citarasa masing-masing. Anak saya suka letak 2 bahan ni je.
8. Kemudian, kacau sebati.
9. Masukkan air biasa (Saya guna air paip je).
10. Bancuh sampai jadi camni,tak pekat sangat,tak terlalu cair. Lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
11. Ha jemput camni, ibu jari tu nanti tolak doh masuk dalam kuali.
Ads
12. Camni, jadi bulat la cekodok tu. Anak-anak suka yang bulat-bulat. Boleh je nak sudukan bentuk kapal terobang boleh, nak buat panjang boleh tapi kene guna pinggan, maaf saya tak dapat tunjuk sebab anak bising nanti cekodok deme jadi panjang.
13. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
14. Ok ni rupa bulat-bulat. Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan).
15. Ni rupa lepas belah, berongga tanpa letak yis. Mungkin ramai yang tahu cara ni, saya kongsi untuk yang belum tahu lagi. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap, kulit nya pun rangup. Saya tak goreng kuning sangat sebab ada anak 2 tahun makan.
Mingguan Wanita: Begini rupanya teknik nak buat cekodok bulat-bulat, rangup di luar dan lembut di dalam tak letak yis. Boleh cuba nanti untuk anak-anak.
Ada ketikanya sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak ayah sendiri.
Nampak sungguh sedap dan menyelerakan lauk kegemaran arwah ayah Puan Norisma Miskan ini.Walaupun resipi simple seperti Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati di mana-mana. Ini kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.
Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah paling penting nak buat pun senang.
Alkisahnya..dah lama teringin nak makan sambal favourite arwah abah. Hari ni baru berkesempatan untuk masak Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera.
Bahan-Bahannya : (*Dihiris)
20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin –
*Saye guna ikan kurau, kalau ade ikan pari masin lagi best.
1. Mula-mula goreng ikan masin sampai masak.Selepas tu angkat.
2. Guna minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap.
4. Lepas tu masukkan daun kunyit dan serai hiris…tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping…gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Bagi mendidih jap. Time ni kalau nak letak tempoyak pun boleh, letak dalam 2 sudu besar. Memang meletups sedap!.
Mingguan Wanita : Boleh cuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai yang dikongsikan ini. Lauk simple tapi boleh buat makan bertambah-tambah.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang dibuat.
Chef Single, Hafiz Fizzzainal berkongsi tips kupas telur rebus yang mudah. Khusus buat peniaga mahupun suri rumah yang berdepan dilema kupas telur rebus jadi licin.
Serius, kalau tak tau cara memang struggle betul nak mengupasnya. Buatlah macam-macam cara, siap kupas bawah laluan air pun pernah dicuba. Tetap tak licin, malah habis merekah isi putih telur tu.
Kalau nak makan sendiri, bolehlah hadap saja. Kalau nak dijual macam mana pula halnya. Tentu dah jadi satu kerugian nanti.
Chef Hafiz juga terkesan dengan satu hantaran dilema peniaga nasi lemak, “Chef Single ada terbaca posting peniaga nasi lemak. Dilema nak masak telur rebus.
Jangan risau Chef Single akan bantu bagi tips nak kupas senang. Kawan-kawan dan peniaga di luar sana. Kalau nak rebus untuk 1500 biji takde masalah ya.
Dalam masa 2 jam untuk mengupas telur.” Haa.. Apa kata belajar cara betul kupas telur rebus dari Chef Hafiz ini.
Hasil telur rebus dikupas dengan cara Chef kongsi. Licin dan cantik kejadiannya.
Cara Betul Kupas Telur Rebus
Jom saya share 4 tips rebus telur yang mudah. Boleh share dengan family atau kawan-kawan tips rebus telur
Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masuk kan garam.
Rebus telur dalam suhu didih 100’c tuang minyak masak sedikit. Mudah untuk kupas.
Kalau kat rumah ade stimer, susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.
Sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih lepas tu selawat banyak-banyak kompem senang kupas.
Sedang asyik memikirkan menu tiba-tiba mata terus tertangkap bila pemilik akaun yang bernama Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi gambar masakannya. Memang meleleh air liur tengok menu Pulut Gaul Nyior Dengan Ikan Rebus Goreng ini.
Bila mak-mak naik buntu dan tak ada idea nak masak dalam tempoh PKP ni, bila nampak gambar Pulut Gaul Nyior Dengan Ikan Rebus Goreng ini terus teringat kampung. Apa lagi teruslah ke dapur dan cari bahan-bahan yang cukup ringkas untuk memasak resipi istimewa ini.
Ikan Rebus Boleh Disimpan Lama
“Ikan Rebus boleh disimpan lama, boleh dipanaskan dan adalah cara tradisional orang zaman dulu menyimpan ikan ketika belum ada peti sejuk lagi.
“Boleh digunakan sebagai rencah Masak Lemak Putih Sayur Kubis, Kacang Panjang atau Pucuk Labu dan sayur apa sahaja.,” kongsi Kak Zue.
Mudah Disediakan
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Kak Zue.
BAHAN-BAHAN:
Ikan Asam keping Lengkuas Garam kasar. (Serbuk perasa : jika mahu)
Cara-Caranya:
1.Tumbuk isi ikan bersama lada hitam dan bawang merah.
2.Masukkan dalam periuk.
3.Tambah santan, garam dan bila mendidik, barulah masukkan sayur.
4.Boleh dimakan dengan budu atau dijadikan rencah sambal juga tau.
Cara Membuat Sambal Lada Dengan Ikan:
1.Tumbuk isi ikan rebus bersama lada atau cili padi merah.
2.Masukkan sedikit garam dan jika mahu boleh tambah gula.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...