Bukti kekuasaan Allah, seluruh rumah musnah tetapi senaskah al-Quran selamat dan masih berada dalam keadaan yang baik dalam sebuah rumah yang musnah dijilat api. Inilah bukti kekuasaan Tuhan dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.
Al-Quran yang tidak hangus dijilat api itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian penduduk sekitar Surabaya, Indonesia. Dalam masa yang sama ramai yang mengambil peluang untuk menetap kitab suci Al-Quran secara dekat.
Surabaya- Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata Agung.
Selepas Tular, Ramai Datang Lihat Keajaiban
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial,” ujarnya lagi. Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. – Agensi.
MW: Ternyata apa yang Berlaku ini menunjukkan bahawasanya tingginya nilai kitab suci Al-Quran di sisi Allah. Banyakkanlah membaca Al-Quran, hayati keindahannya dan fahami maksudnya.
Tak dinafikan pandemik Covid-19 yang dihadapi seluruh dunia mengorbankan banyak nyawa. Dikala ini petugas barisan hadapan golongan paling sibuk dan antara yang tidak terkecuali mengalami risiko kehilangan nyawa ketika menjalankan tugas.
Atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai, pihak kerajaan Arab Saudi dikhabarkan akan memberikan bantuan kewangan sebanyak 500,000 riyal (RM555,829.76) kepada keluarga pekerja kesihatan yang meninggal dunia akibat pandemik koronavirus (Covid-19), lapor portal berita Al Arabiya semalam.
Diberikan Buat Keluarga
Bantuan itu diberikan kepada keluarga para pekerja kesihatan di sektor awam dan swasta, sama ada orang awam atau ketenteraan dan semua kewarganegara yang meninggal dunia akibat Covid-19.
“Sejumlah 500,000 riyal akan diberikan kepada keluarga yang meninggal dunia akibat pandemik koronavirus yang bekerja di sektor kesihatan kerajaan sama ada orang awam atau ketenteraan, rakyat Arab Saudi atau tidak,” kata satu keputusan daripada Majlis Menteri-Menteri negara beraja
Keputusan itu juga dibuat selepas satu sesi mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz diadakan.
Menurut portal Arab News, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menyediakan kakitangan kesihatan dengan pelbagai bantuan, peralatan perubatan dan mensanitasikan kemudahan kesihatan sebagai usaha memerangi pandemik tersebut.
Pada Selasa lalu, pihak kementerian melaporkan 16 kematian dan 339 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti pandemik tersebut ialah 345,631 orang.
Angka kematian akibat pandemik itu ialah 5,329 orang. – Agensi
MW: Meskipun nilai nyawa itu tiada galang gantinya, namun inisiatif Kerajaan Arab Saudi ini memang terbaik. Sekurang-kurangnya menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta membantu waris yang ditinggalkan.
Nak basuh baju pun kena ada cara sebab pakaian yang lembut akan membuat si pemakai rasa selesa. Kadang ada bahan pakaian memang nampak bagus tetapi tak selesa dipakai. Kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan aktiviti.
Usah bimbang, kali ini anda boleh dapatkan tip mudah menjadikan T-shirt lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini…
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kenapa Mydin berani cabar Caprice saman mereka? Peguam terkenal kata lihat ada asas fitnah tak di situ. Sejak semalam isu meminta maaf dan cabaran berlaku antara Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Ariz Ramli atau disapa Caprice selepas satu kenyataan di twitter rasmi Mydin.
Ia bermula dari satu hantaran mereka yang menulis, “mula-mula ingat nak beli teh je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah rasa tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam tempoh 24 jam.”
Rentetan itu, Ariz Ramli telah meminta Mydin meminta maaf atau disaman RM30 juta dan hal saman ini telah disambut oleh pengarah urusannnya yang meminta agar pihak Caprice menghantar surat saman kepada mereka.
Hal saman ini turut menarik perhatian ramai termasuk peguam terkenal, Mahmud Jumaat yang bertindak sebagai peguam bela bagi kes Bella.
Dirinya telah menulis di fbnya bagi menjawab mengapa Mydin begitu berani mencabar Caprice untuk disaman. Dan inilah jawapannya dari sudut perundangan.
Soalan yang banyak saya terima adalah sama ada Caprice boleh tak saman Mydin atas penerbitan Mydin yang dikatakan secara innuendo menghina beliau sehingga menyebabkan beliau rasa kurang selamat dan trauma oleh pelanggan, pekerja dan pembeli daripada Mydin Malaysia.
Jawapan saya: Boleh! Apa yang tak boleh, bayar peguam untuk saman, keluarlah saman ke atas individu yang ingin disaman sebab peguam buat je kerje. Ada duit jalannn…
Namun persoalan yang kita perlu mengambil kira adalah sama ada ada kes atau tidak dan boleh ke kita menang dengan saman kita tu. Kalau kalah malu ooo. Lebih mengaibkan sebab kita nak sangat saman orang walaupun kita tak selidik sama ada ada kes fitnah atau tidak.
Saya rasa ramai dah rakan peguam dalam sosial media kongsikan bahawa undang-undang dekat Malaysia tiada saman malu. Saman fitnah ada. Orang putih dia Defamation action. Humiliation action takda dekat Malaysia.
Kita lihat posting Mydin. Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice, nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam.
Isu pertama: Kat mana dalam kenyataan Mydin merujuk kepada Caprice? Mungkin ada sesetengah pihak lihat secara tak langsung merujuk kepada Caprice. Kalau Mydin kata memang betul dia hari tu memang terbeli cap dengan nasi untuk anak dia patu kata na return balik Cap kat Mydin and Mydin terima kita na cakap apa?
Ada pulak bukti dia return cap dengan nasi dekat Mydin hari tu. Tambah na jadi citer dia tengah bergurau dengan kawan dia nama Caprice juga. Tak ke pishang?
Isu kedua: Yang paling susah nak proof dalam kes defamation adalah kenyataan tersebut mesti MEMFITNAH. Please tunjuk kat saya kat mana ayat tu fitnah? Fitnah sape? Fitnah sebab tersalah beli topi dan nasi? Fitnah sebab Mydin bagi pulangkan balik topi dan nasi?
Isu ketiga: Kerugian awak apa? Rasa kurang selamat dan trauma oleh pelanggan, pekerja dan pembeli daripada Mydin Malaysia. Aduih tak patut buat kenyataan ni. Better silent.
Memang confirm rendah kalau na proofkan kerugian nanti. Saya pernah ada satu kes menang tapi Court langsung tak award punitive damages pun. Pishang!
Saya lihat secara keseluruhan kenyataan penerbitan Mydin, tiada mana-mana pihak yang difitnah dalam kes ni. So what is your cause of action?
Saya yakin Mydin sudah merujuk kepada peguam beliau tentang isu ini dan kerana itulah beliau begitu yakin dan dengan berani mencabar Caprice untuk menyaman beliau. Tahu tak kalau kita saman orang and if kita kalah kita perlu bayar kos Mahkamah yang boleh mencecah RM100k. Sebab kalau na saman orang atas RM1 juta pergi Mahkamah Tinggi. Kos Mahkamah Tinggi amatlah tinggi.
So sebelum kita saman orang dapatkan nasihat daripada beberapa peguam untuk dapatkan second opnion. Nanti yang pishang kita, lawyer dapat legal fees senyum bro.
Cubalah berbincang secara aman antara kedua belah pihak dan janganlah menggunakan ayat seperti peguam sebagai respond. Sekadar nasihat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!