Bercinta dan kemudian berkahwin bertahun lamanya, sudahnya kasih, cinta dan sayang kepada pasangan makin subur. Namun hubungan perkahwinan ini melibatkan dua pihak, jika satu pihak bertahan dan lagi satu pihak seoral-olah tidak berusaha untuk mengukuhkan ikatan, maka pengakhirannya pasti “berpisah.
Sebenarnya bukan kita tak mampu berpisah dan move on, tetapi dalam masa yang sama kita masih meletakkan harapan pada suami, dia akan berubah suatu hari nanti dan kembali di sisi kita seperti dahulu.
Tanda-tanda sesebuah hubungan sudah sampai ke penghujung jalan…
1. Orang yang buat salah, tak nak mengaku kesalahannya dan mengalihkan kesalahan itu kepada orang lain yang dikatakan punca dia melakukan kesalahan.
Ads
2. Tiada komitmen dari dirinya untuk memperbaiki, memperbetulkan kesilapan itu lalu memanfaatkan peluang yang diberi.
3. Hilang kepercayaan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan sentiasa curiga, ragu-ragu serta waspada dengan setiap gerak-geri dan tingkah lakunya.
4. Masing-masing sudah tak bergaul seperti kebiasaannya. Masing-masing sudah tak mampu berhadapan sesama sendiri. Masing-masing lebih memilih untuk menyendiri.
Ads
5. Usaha untuk memperbaiki hubungan itu datang dari sebelah pihak sahaja.
Benda yang paling susah untuk dilakukan bila kita sudah sayangkan seseorang itu ialah berpisah… Berputus asa bahawa dia sudah berubah, dia sudah bukan dirinya yang dulu, dia sudah ada matlamat dan hala tuju yang lain, yang mana mungkin bukan kita yang akan terus berada di sisinya…
Pergi Dari Hidupnya
Sekiranya dia sudah menganggap kita bukan dari sebahagian dari rancangannya, maka saat itu kita perlu sedar untuk pergi dari hidupnya…
Ads
Kita tak boleh suruh dia stay sebab dia nak pergi… Kita tak boleh suruh dia ubah fikiran sebab dia memang tak akan ubah fikiran…
Kelemahan kita bukanlah tak boleh meninggalkannya, tapi kelemahan kita adalah masih meletakkan harapan terhadap dirinya…
Jika kita cukup kuat untuk mengubah hala tuju hidup kita, maka kita akan berjaya untuk hidup lebih baik dari sebelumnya…
A few months of sadness is better than a lifetime of pain…✌️
MW: Jika tak sayang sekali pun berterus-teranglah pada pasangan. Ingatlah bahawa sebelum ini, dialah yang anda puja dan sayang siang, malam. Bukan mudah setelah bertahun kahwin, tiba-tiba perkahwinan diuji dan suami rela memilih orang lain. Jadi wanita di luar sana, bila orang tak suka apa guna memaksa. Move on jika ia adalah jalan terbaik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
1. Makanan tak terbazir 2. Anak-anak berselera 3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak. 4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam. 5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam. 6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai. 7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat. 8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini. 9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula. 10. Pahala pun dapat. 11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Saida dedah perkahwinan kedua hanya bertahan 4 tahun, baru-baru ini peminat dikejutkan apabila kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida mengesahkan telah berkahwin kali ketiga.
Majlis perkahwinan penuh meriah dikongsikan oleh Siti Nurhaliza menerusi Instagram Stories akaun rasminya pada 12 Disember lalu.
Saida Dedah Perkahwinan Kedua Hanya Bertahan 4 Tahun
Pemilik nama sebenar Siti Norsaida Tarudin melangsungkan pernikahan dengan Mohd Nooraizal Rasip selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.
Malah Saida juga memaklumkan dirinya sudah sah berpisah dengan bekas suami yang juga ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat sejak Mac lalu. Perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 itu hanya bertahan sekitar empat tahun.
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” kata Saida.
Suami Terima Saya & Anak-Anak Seadanya
Saida turut menyatakaan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan sebaya dengannya.
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya.
“Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga.
“Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama.
“InsyaAllah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Sebelum berkahwin, bukan main lagi melayan dan gembirakan hati pasangan. Kadang-kadang bila si dia merajuk terus dipujuknya walaupun ada masanya salah si dia itu sendiri.
Begitulah manisnya masa bercinta. Kalau boleh nak gembirakan hati pasangan itu lebih dari segala-galanya. Tak mhu langsung lukakan hatinya.
Tapi semua ini boleh juga bertukar sebaliknya bila si dia sudah menjadi pasangan ‘halal’. Semua ini dapat dilihat bila suami tidak lagi masa alam percintaan. Dulu boleh saja layan dan gembirakan hati isteri, sekarang buat tak tahu saja. Bersabarlah.
Sepatutnya, bila dah jadi suami isteri layanan dan gembirakan hati isteri iut kena lebih sebelum kahwin. Sebab ia boleh beri bekat pada rumahtangga dan rezeki sentiasa melimpah ruah. Percayalah.
Ini tidak, sesetengah suami merasakan isteri seperti ‘bibik’ layan endah tak endah saja, maklum saja sudah beri hantaran tinggi-tinggi, kenalah buat kerja rumah bagai.
Janganlah begitu, layan dan gembirakan hati isteri, dia sudah berkorban dan sanggup susah senang bersama. Bayangkan bila isteri sudah tidak ada, mahunya kelam kabut hidup dan mulalah menyesal sebab isterilah orang yang plaing penting dalam hidupnya.
Inilah yang ditulis oleh Akhtar Syamil dalam perkongsiannya. Moga ia memberi panduan dan mafaat buat suami isteri di luar sana. Sama-samalah saling gembirakan hati pasangan dan hidup rumahtangga sentiasa diberkati.
Tak banyak benda yang saya nak dalam hidup. Saya kalau boleh nak gembirakan isteri saya je. Sebab bila isteri kita gembira, secara automatik hidup kita akan gembira. Ramai sangat orang tak faham pasal ni.
Melayan isteri endah tak endah. Umpama tidak memberi kesan langsung dalam hidup. Cukup sekadar ada untuk jaga zuriat dan uruskan kerja-kerja rumah sahaja.
Ada yang terlalu garang dengan isteri. Dia tak nampak perbezaan antara tegas dengan terlalu garang. Isteri tak boleh langsung beri pendapat. Akan diherdik, dimarahi dan ada kalanya dihina terus. Level tak sama. Isteri kedudukannya di bawah.
Emosi isteri tidak dipedulikan. Sedih? Tak ditanya mengapa. Malahan dimarahnya pula. Merajuk? Keras la kat situ seorang diri. Sunyi? Anak-anak kan ada?
“Maaf, abang tak romantik macam lelaki lain”. Bukan isteri tu nak apa pun, nak pegang tangan je. Terus dilabelnya romantik dan terus digunakan alasan sifat semulajadi dia tak romantik. Masalahnya masa mengorat dulu boleh pulak ayat berbunga-bunga. Bila dah dapat, terus jadi hati keras macam batu?
Yang paling menyedihkan bila menjadikan isteri itu hanyalah alat di rumah. Urusan peribadi suami jangan masuk campur. Cukup makan, pakai dan tempat tinggal kan? Tanggungjawab suami dah selesai. Tak perlu nak harapkan lebih-lebih.
Mentaliti yang paling teruk pernah saya nampak ialah apabila dengan yakinnya berkata, lelaki tiada istilah curang kerana lelaki boleh kahwin 4. Langsung tak peduli perasaan isteri bila cakap macam tu. Bangga kerana dapat nampak gah dan kuat dengan pemikiran begitu. Dihasutnya pula kawan-kawan lain untuk mempunyai fikiran yang sama.
Sayangilah Isteri
Saya tak faham sebenarnya. Susah sangat ke nak letak diri kat tempat isteri? Benda ni kita panggil sebagai empati. Bila empati kita kuat, mata kita akan terbuka seluas-luasnya. Kalau kita tiada empati, kita takkan nampak sisi yang selama ini tersembunyi. Tapi bila kita letak diri kita kat tempat orang lain, isteri terutamanya, barulah kita boleh sedar dan faham apa sebenarnya yang mereka rasa.
Sayangilah isteri anda semua. Janganlah garang sangat. Jangan pula tidak mempedulikan. Layanlah baik-baik. Mungkin hari ini kita gagah perkasa tak rasa apa pun boleh menyakiti kita. Tapi akan tiba masanya kita tidak berupaya. Masa itulah orang yang kita layan dengan baik ini akan melayan kita dengan sangat baik.
Kenapa saya cakap macam ni? Sebab ramai yang pm saya dan ramai yang saya baca masalah mereka. Saya rasa sedih sangat. Bukan saya nak jadi hero. Tapi saya nak kongsi benda-benda baik ni supaya dalam 100 yang baca, 1 orang sahaja yang terdetik untuk melayan isteri dengan lebih baik pun sudah memadai.
Percayalah, bila kita sayang isteri kita, dia akan serahkan seluruh jiwa raganya pada kita. Itu sebabnya apabila seseorang lelaki jatuh, pasti ada isteri di sebelahnya menyokong dan mengangkat semangat suaminya. Sama juga apabila ada lelaki yang berjaya, hampir pasti ada isteri di belakang yang menolak suaminya ke hadapan.
Peluk erat orang di sebelah kita tu. Jangan bila dia dah tiada nanti baru nak faham betapa pentingnya isteri dalam hidup.
Mingguan Wanita : Ingat tu, pentingnya isteri dalam hidup suami. Jangan bila dah tak ada nak menyesal. Semuanya sudah terlambat!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...