Pelakon terkenal. Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga sudah sampai ke titik penamatnya. Dia yang mendirikan rumah tangga selama 5 tahun bersama Alif Adha yang juga juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara sudah bercerai sejak Mei lalu.
Namun, perpisahan selebriti ini bukan berpunca dari orang ketiga. Sakinah menafikannya. “Kami berpisah dengan baik.” Kata Sakinah, keputusan itu diambil demi memikirkan anak mereka Anais Adha yang baru berusia tiga tahun.
Pasangan ini sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
“Saya tak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri.” kongsinya dalam temubual bersama BH Online.
Ads
Sejak Mac lalu, Sakinah memaklumkan yang dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Aliff. Namun berpisah secara rasmi, Mei lalu.
Biarlah Bahagia Dengan Cara Masing-masing – Sharifah Sakinah
Desas desus rumah tangga adik Sharifah Shahirah yang dikesan mulai bergoyah itu bermula apabila Alif dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet.
Ads
“Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’.. itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… itu sebaik-baiknya.” Luah Sakinah.
Ads
Terjawablah sudah teka-teki rumah tangga pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ ini.
Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
Ramai suka sangat pilih makanan sedap ini sebab nak cepat dan akhirnya terus capai apa yang ada depan mata. Malah makanan ini jugalah jadi penambah selera waktu nak berjalan ke mana-mana, cepat, senang dan sedap!
Tetapi adakah makanan yang kita pilih itu baik untuk tubuh badan? Semak dulu sebab ada beberapa makanan yang memberi kesan yang sangat buruk untuk kesihatan tapi ramai di kalangan anda masih mengambil tiga makanan berikut:
1. Kopi instant
Suka minum kopi instant hanya sebab nak cepat siap? Jangan terlalu ghairah kerana kopi 3 dalam 1 selalunya memiliki kandungan berbeza dengan kopi yang anda buat secara manual. Bukan hanya mengandungi pemanis buatan dan krimer tetapi juga ada bahan pengawet yang belum tentu boleh diterima tubuh badan anda.
2. Marjerin
Lemak dalam marjerin lebih banyak minyak yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan anda pasti berisiko tinggi menghidapi kolesterol. Jadi jika anda tidak guna minyak sayur, jangan pula menggantikan dengan marjerin kerana kesannya tetap sama. Lebih elok gunakan minyak zaitun sebagai minyak.
3. Pemanis tiruan
Masih banyak makanan yang menggunakan pemanis tiruan dalam makanan dan minuman, terutama menu yang cepat siap. Tahukah anda pemanis makanan boleh mengundang diabetis?
Ya, banyak makanan yang ada risiko penyakit kepada tubuh badan. Jika anda mampu tolak tiga makanan di atas, pastinya kesihatan anda lebih baik. Makan dan minum sesekali tidak salah tetapi kalau mampu elak dan ‘tinggalkan’ secara terus lagi bagus!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Satu-Satunya Anak Saya, Tiada Gantinya,” Budak 2 Tahun Maut Dalam Kemalangan 5 Kenderaan. Sungguh ajal dan maut ketentuan tuhan. Tak puas lagi bermanja dan mencurah kasih pada satu-satunya anak yang ada, akhirnya anak telah dijemput ilahi.
“Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia.”
Demikian luahan hati Aizat Istamuel Amir Hamzah, 30, bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun, Gibran Alfarizqi yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, petang semalam.
Katanya, disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, anak tunggalnya itu pergi meninggalkan dirinya dan isteri, Farida Kurnianingsih, 36.
“Pada 19 Februari, jam 3.30 hingga 4.30 petang, kami sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang. Saya kehilangan anak yang saya cintai dan isteri saya kritikal patah di pelbagai anggota badan.
“Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada gantinya.
“Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar dan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohon Ada Rekod Rakaman Tampil Membantu
Justeru itu, Aizat memohon bantuan sekiranya ada individu yang mempunyai rekod atau rakaman ketika kejadian tampil membantu.
“Sebelum kemalangan saya melihat sebuah kenderaan berwarna hitam atau gelap memotong terlalu rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga mereka mengelak dan terbabas melanggar saya dan kereta di belakang.
“Saya mohon bantuan jikalau ada sesiapa yang ada dashcam atau lain-lain bukti atau saksi untuk tampil ke Balai Trafik Kota Tinggi.
“Pagi semalam saya membawa isteri dan anak bermain pantai di Desaru. Gibran sangat gembira bermain pantai dan mengatakan gembira bermain bersama mama dan papa,” katanya.
Memotong Kenderaan Tak Lepas
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, punca kemalangan disyaki memotong kenderaan tidak lepas.
“Nombor kenderaan tidak diketahui kerana kelima-lima kenderaan hilang kawalan akibat mengelak antara satu sama lain dari arah bertentangan.
“Polis dalam usaha mengesan saksi kemalangan membabitkan lima kereta yang mengorbankan kanak-kanak lelaki.
“Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-479 3329 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan kehilangan satu-satunya anak kesayangan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.